Monday, April 29, 2013

tambun oh tambun..

Assalamualaikum...

=))...hehe..

Senang hati sgt sbb sekarang ni dah dapat merasai keenakan dan keempukan sofa kt rumah..patutla omputih selalu ckp home sweet home...mmg suweeeet sgt bila dpt balik umah..lebih2 lagi bila dapat merasa masakan emak yg selalunya tiptop..

Tapi entry kali ni aku nak cite pasal tambun ye..tambun??..lost world of tambunla...ayyoo..

Ini tempat woo manyak panas maa.. (mmgla panas sbb tu dia wat taman tema air..aparrra..).solli..solli..bukan nak cite pasal panas tapi nak cite yg tmpt ni xbrapa menarik sgt..hmm..mngkn aku rasa xbrape menarik sbb aku xsihat sgt kot.ditambah lagi ngn muka aku yg sensitif tahap karma kat matahari smpai naik ruam2.lagi 'cun' bila ruam2 tu makin menampakkn warna merahnya bila aku berendam dlm air panas..n smpai sekarang kulit aku gatal2..cesss....hampeh tol..

tujuan aku nak ikut gi tambun ni 2 bnda je.first sebab aku nak berendam dalam kolam panas..second sebab nak jalan itut kawan2...hehe..jadi, dah tercapaila dua matlamat yg aku nak capai tu..

Apa2 pon aku tngglkn korng dgn gambar2 masa aku kt sana..







Wednesday, April 17, 2013

USM...

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi, akhirnya aku kembali lagi ke ruangan ni..xde mood sgt nak post apa2 since pkai tenet kt phone but at least aku try gakla..=)

Skang ni aku still lg kt usm kubang kerian.seriously best sbb dapat hilangkan diri sekejap dari segala telatah2 pesakit aku kt kl.tapi yg paling best bila dapat rasa pengalaman oncall..

Kadang2 rasa agak jahat gakla sebab selalu berharap akan ada oncall..itu bermakna kena ada orang cedera dulu baru ada oncall..jahatkan aku ni...tapi syukur sgt sebab setakat ni dah ada 2 oncall..jadi, sempatlah aku tgk mcm mana doktor manage pesakit2 yg tgh cedera ni especially bahagian muka.

Part paling xdapat tahan bila asyik makan je.rasa dh makin booolatt sgt dh..bila dh bosan mmg makan jela kerja aku ni.

Secara overallnya boleh tahan menarik gakla datang usm ni sebab dapat tgk macam2 kes, dapat kenal doktor dan staff2 kt sini..tapi kadang2 situasi yg agak krikkrik tu tetap ada gakla..asyik dok menbontoti doktor je pun ada gak.biasanya after 2 mmg xde slot sgt dh..jd blh wat hal sndr..hoho..

Klah..tu je kot.

Ps:hampir sume doc OS ni tinggi2..tapi tinggi lagi sorng student ni.

Tuesday, February 26, 2013

Muhasabah Diri...

Assalamualaikum..

Nak mengeluh pun takde gunanya bila pesakit asyik xdapat datang je..Kalau dulu rasa geram jugak kt pesakit aku bila diorang asyik cancel appointment last minute ni.. Rasa macam nak terminate je terus pesakit2 yg selalu cancel appointments ni.

Tapi skang ni xdapat dah nak rasa macam tu sebab aku fikir semua yang berlaku ni mesti atas sebab kesalahan aku sendiri..sebab urusan ni semuanya akan dipermudah @ makin susah hanya dengan izin Allah..kalau Dia xbenarkan, maka susahlah semua urusan kita.Jadi, mungkin Allah nak uji @ sedarkan aku balik atas apa yg aku lakukn selama ni..Ataupun Dia nak kita sentiasa ingat kat Dia selalu..Allahhu a'lam...

Kalau asyik fikir nak grad je, memang stressla jawabnya bila patient asyik wat hal..yela..macam mana nak grad kalau requirement xcukup.Bila borak ngn mak pun, selalu gak kena marah sebab asyik cakap takut takleh grad.mak aku selalu pesan yang kita ni kena yakin dengan Allah..mintak doa banyak2 supaya Allah permudahkan semua urusan..jangan asyik cakap takut xleh grad je.Macam mana Allah nak tolong kalau kita tak yakin dengan apa yang Allah mampu lakukan.

Cuma kadang2 aku guna perkataan takut tu sebab aku xnak menaruh harapan sangat..sebab aku tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan nanti..

Sekarang ni hanya dapat berdoa dan berusaha..Moga Allah permudahkan segala urusan.

(Gambar suka-suki)


P/s:senyum xperlu kata apa2...


Saturday, February 9, 2013

Dulu dan Kini

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah sebab exam dah habis..=>

Cuti yang dinanti dh tiba cuma masih berada di KL disebabkan tiket banyak dah habis.

Walaupun exam setiap tahun tetap sama pada aku tapi banyak perubahan yang dah berlaku yg baru aku sedari akhir2 ni.

Kalau dulu mesti tak sabar nak habis exam sebab nak kuar enjoy ngn kawan2 sebab nak hilangkan segala tension yang ada.

Sekarang ni semua tu dah tak rasa sebab rasa syukur dah abis exam tu dah cukup boleh hilangkan segala tension masa exam tu.Tension sebab asyik nak kena mengadap nota je.

Kalau dulu,aku akan kuar celebrate which is makan2 dengan kawan2 tapi Syukur alhamdulillah tahun ni dapat jenguk kawan sekelas yang baru bersalin dan masih dalam pantang.rasa tanggungjawab sebagai kawan terlaksana sekejap.Rasa bertambah gembira bila dapat tgk baby yg comel tu dan kitorang celebrate makan kat umah kawan aku tu(mak dia yg masak)..hihi..

Hmm..bayak lagi perubahan yg dah berlaku yang aku rasa xperlu kot nak bagitau semua kat sini..ada yang kearah baik dan ada yang tak..harap2 yang tak baik tu akan jadi lebih baiklh lepas ni.

Sekarang ni tak sabar rasanya nak sampai rumah.Walaupun cuti kali ni hanya tinggal aku dan adik2 aku je tapi masih rasa xsabar nak sampai rumah sebab cuti kali ni aku boleh spent masa banyak sikit dengan adik aku.boleh borak dan gosip puas2..

p/s:city hunter menunggu...(bab suka tengok cerita memang susah sikit nak ubah)...=P


Wednesday, January 23, 2013

Panda...

Assalamualaikum..

Hehe..Ni kalau tak cite pun mesti orang dah tahu apa aku nak tulis melalui tajuk entry aku ni..Kali ni straight forward sikit tajuk entry ni..=)

Dah dekat nak exam ni,baru aku perasan yang aku sangat suka panda.Ni gara2 buka nota perio dan ternampak gambar panda yang sangat cumil..Tiba-tiba semua benda yang berkait dengan panda terflash back dalam kepala otak..(cam dalam citela plak..siap dgn flash back lg)..Nak tau apa yang terflash back dalam otak aku???Haa...

Pertama,aku teringat yang aku pernah tengok satu cite pasal panda ni dan aku hampir menangis sbb cite tu mengisahkan tentang sorang budak dengan panda yang dia selamatkan dari pemburu2 yang tak berperikehaiwanan..(ada ke istilah ni???)

Kedua,aku sangat suka tgk cite Kung Fu Panda sebab panda dalam tu sgt cumil dan buncit..(ada kaitan ke..) yang paling penting dia lawak..

Ketiga,disebabkan ketrujaan aku dekat cite KungFu Panda ni,aku hampir2 nak kejar orng yang pkai cosplay utk watak Panda masa kat Universal Studio Singapore..hehe..nasib baik masa tu dia nak rehat..kalau tak mesti aku dah peluk dah..kuakua..(kalau orng kat dlam cosplay tu laki,boleh peluk ke???)

Keempat,setiap kali aku pandang gambar panda,aku rasa panda tu senyum kat aku sambil berkata,"comel x saya..hihihi."

Seriously,aku rasa PANDA SANGAT COMEEELLLLL!!!!

Mesti korang rasa aku ni gila apa..tak pon meroyan ke..heheh..

Yang penting aku tetap cakap panda sangt comel..kalau aku boleh jumpa panda,benda pertama aku nak wat,aku nak geletek panda tu puas2..hahaha...mesti puas hati giler..Dulu aku dah pernah geletek gajah.Mujur gajah tu xwat hal..kalau x abis la aku masa tu..dahla masa tu tgh tunggang gajah..

Jadi,aku tinggalkan korang dengan gambar2 panda yang teramatlah comel bg aku..=)

Panda 1: "Kita kongsi makan ek.."


Panda 2:"hmm..saya penatlah.."


Panda 3:"urghff..urghff..susahnya nak panjat.kena diet ni.."


Panda 4:"hai..kita ada kuda."


(Aku paling suka gambar ni sbb ada banyak maksud yang cuba diceritakan)

p/s:lepas ni boleh ternak lingkaran gelap bawah mata..mana tau boleh kawan ngn panda.=P

Saturday, January 19, 2013

Exam datang lagi...

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah sebab dah lepas satu beban...

Tapi agak sedikit parah bila mood exam tak kunjung tiba..camnilah jadinya bila ada presentation dan folder checking masa tengah study week..hoho..

Dan macam biasalah kerja aku..hehe..bila kesempitan waktu,masa ni jugaklah aku cari peluang update blog..(">)..Apalah nak jadi dgn aku ni..tak ubah2 perangai malas nak belajar..

Yang penting sekarang ni,aku hanya nak cuti je..boleh rilek kepala jap dari segala masalah pesakit2 yang ada.bab2 requirement ni akan ku kejar bila masuk sem baru nanti..malas nak peningkn kepala pikir pasal klinik dan sekutu2nya..

Klah,Gud Luck for Our Exam...=)

Harap2 mood exam datang mengetuk pintu hati dan otak aku lepas ni..

p/s:there's one guy ajak aku duet dengan dia lagu A Thousand Years..hoho..tahu2 je aku suka lagu ni..



Tuesday, January 1, 2013

Pesan Ayah...

Assalamualaikum..

Bila balik kampung,soalan yang wajib kena soal dari ayah,"Amalan apa yang Ya(nama panggilan kat rumah) istiqamah sekarang."

Gulp...telan air liur sekejap..

Memang aku ni jenis yang susah sikit bab2 istiqamah dalam amalan ni..

Tapi dengan jujurnya jawab kat ayah,"selalunya baca Hisbul Azam. Kalau Manzil tu jarang2."

Ayah soal lagi,"Surah Yasin baca tak?penting tu."

Lambat2 je jawab kat ayah,"hehe..yang tu lagi jarang baca.tak sempat."

Hmm..Ayah memang selalu amik berat pasal amalan2 yang anak dia buat dan ayah selalu risau kalau kitorang takde amalan harian langsung sebab dia takut apa2 terjadi bila kat luar sana.

Aku plak jenis yang pemalas sikit..Selalunya wat sesuatu amalan tu bila rajin je..Haish..apa nak jadila.Kadang2 memang perlukan orang tarbiah sikit aku ni..Lama-lama kalau takde makanan rohani ni(anything yg berbentuk tarbiah boleh dikategorikan sebagai makanan utk rohani kita) mungkin boleh hanyut kot aku ni..

Sebab tu aku suka kalau dapat jumpa ayah walaupun sekejap je sebab bila dapat jumpa,mesti dapat dengar motivasi atau pesanan yang menenangkan jiwa aku.Kadang2 malu gak nak cite apa2 kat ayah tapi bila dah cite,feedback yang ayah bagi memang bagus dan selalunya berbentuk positif.

Pesanan dari ayah yang paling aku ingat sampai sekarang,

"Kita ni akan wat sesuatu benda tu bila kita suka je tapi bila kita tak suka,mesti diiringi dengan rasa terpaksa.Samalah juga dengan manusia.Bila kita suka orang tu,mesti rasa gembira bila dapat bersama tapi bila dengan orang yang kita tak suka,perasaan kurang senang tu mesti ada.Jadi,kita mintak dengan Allah supaya Allah tukar perasaan tak suka tu kepada suka sebab semua perkara datangnya dari Allah."

Ayah memang selalu positif dalam apa jua dia fikir..

Pesanan paling best pernah aku dapat,"kalau rasa xtahan dok kat sana atau rasa stress sangat ke, balik je rumah sekejap kalau itu yang dapat hilangkan stress..Amik je tiket flight.nanti claim je ngan ayah.jimat sikit masa perjalanan."..hehe..perkataan 'claim' tula yang paling menggembirakan aku..Walaupun aku tahu yang aku ni malas(sebenarnya malu) sikit nak mintak duit dari mak atau ayah.Tak suka sangat bergantung kat mak ayah.




p/s: Saya suka masakan mak..memang tiptop..=)