Saturday, July 21, 2012

Masa Pantas Berlalu..

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah sebab aku masih dapat merasa nikmat puasa untuk Ramadhan kali ini..Beberapa minggu yang lepas aku masih berumur 23 tahun but now, i'm already 24..Bila dah melangkau ke usia ni, memang tak dapat nak dinafikan yang perasaan aku agak berserabut dengan soalan2 cepu emas dan penyataan dari orang-orang sekeliling.Yes..i admit that i'm already old and i'm still single.

Tapi yang penting, aku masih bernyawa dan aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku peluang untuk beribadah dan bertaubat. Walaupun ramai kawan2 aku yang dah berkahwin dan dah pun mempunyai anak,itu rezeki diorang.Cuma sekarang ni,belum sampainya lagi waktu untuk aku.

Sebelum ni aku pernah terfikir yang aku mungkin dah kahwin bila menjangkau usia ni tapi Allah itu Maha Mengetahui.Antara aku dan dia,memang kami takde jodoh but i'm happy for him bila aku tahu yang dia dah nak kahwin.For mum n dad,it wasn't your fault at all.Memang dah ditakdirkan begini for both of us.

Yang paling gembiranya sebab aku ada KELUARGA yang sentiasa sayangkan aku.Mak dan ayah yang nak tengok aku berjaya dunia dan akhirat,kakak2 yang sentiasa amik berat pasal aku,abang yang tak pernah berhenti mengacau hidup aku especially kat YM, adik2 yang sentiasa menceriakan hidup aku dan anak2 sedara yang comel2 belaka...=)
I LOVE U ALL VERY..VERY..VERY..MUCH..Tak sabar tunggu raya ni..



p/s: terima kasih sebab sentiasa ada di sisi..(^_^)

Friday, July 6, 2012

Saat Kita Bertemu..

Masih ku ingat pertama kali kita bertemu..
Hatiku riang tak terkata..
Disaat itu aku masih muda dan mentah..
'Gombak' menjadi saksi pertemuan antara kita..

Bagiku engkau sangat sweet..
hatiku berbunga riang bila dapat memegang erat dirimu..
detik itu aku tak inginkan perpisahan..
kerna aku tahu aku sangat memerlukanmu..

walaupun engkau selalu membuatkan otakku sakit dengan kerenahmu..
tapi sayangku melampaui semua itu..
aku tetap berjumpa denganmu selalu..

Bila aku semakin dewasa,
kita makin terpisah..
dan aku tahu engkau masih setia menungguku disana..
akan tetapi sukar bagi diriku untuk berjumpa denganmu..

Akhirnya perpisahan tetap terjadi..
kerana hatiku milik orang lain..
dan amat sedih utk mengatakan yang dia adalah kembarmu..

moga suatu hari nanti kita dapat berjumpa lagi..
dan hatiku mengatakan yang orang lain perlu tahu siapa dirimu yang sebenar..
maafkan aku  'S'..





(owh..slurpee)

p/s:sudah 16 tahun usia perkenalan kita  My Sweet S..=)


Tuesday, June 26, 2012

Dear Christina...

Assalamualaikum..

Ha..Mesti korang pelikkan dengan tajuk entry kat atas..

Hehe..=)

Maaf ye sebab bila tulis blog malam2 macam ni, biasanya perasaan tengah mood jiwang dan ala-ala terbuai untuk tido..


apa kaitan plak dengan tajuk???


Ok..Kaitannya kat sini, aku suka dengar lagu Christina perri sebab most of her song sangat membuai-buai perasaan aku yang tengah tak berapa nak betul sangat ni..Ditambah lagi dengan liriknya yang ada kaitan sedikit banyak dengan kisah hidup aku..=)

Klah,just enjoy this lyric..nak tahu lagu dia macam mana,klik je link kt bawah ni..Mesti korang pernah dengar lagu ni..


ARMS


I never thought that you would be the one to hold my heart
But you came around and you knocked me off the ground from the start

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home

How many times will you let me change my mind and turn around
I can't decide if I'll let you save my life or if I'll drown

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/c/christina_perri/arms.html ]
The world is coming down on me and I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you but I can't make you bleed if I'm alone

You put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go

I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

I tried my best to never let you in to see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved 'Till you put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go


I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let a love get so close
You put your arms around me and I'm home

You put your arms around me and I'm home

p/s:aku paling suka lagu jar of heart..

Friday, June 22, 2012

Bila Badan Dah Penat Tapi Otak Masih Bekerja..

Assalamualaikum..


Pernah tak korang rasa badan dah penat tapi otak asyik dok fikir macam-macam..Fikir pasal benda tu la benda ni la..Yang pasti semua benda yang korang fikirkan tu korang tak jumpa penyelesaiannya dalam otak korang//Jadi,terpaksalah paksakan diri sendiri untuk bangun, buka laptop dan guna MR.GOOGLE untuk cari jawapan..


Mesti pernahkan?kan?


Macam tu juga lah keadaan aku sekarang..(*_*)
Dah pening kepala menggunakan MR.GOOGLE ni untuk cari jawapan..
tapi tak jumpa2 gak..
uwaaaaa..(T_T)


Inilah balasannya untuk orang pemalas macam aku..
Cari jalan mudah guna Mr.Google ni..huahua..
Sampai kesudahla aku tak jumpa jawapan gamaknya..
Padahalnya jawapan berlambak kot dalam buku.huahua..(ada ke??? mungkin ada kot??)


hmm....


Esok jelah aku cari jawapan..
(Dah memang dasar pemalas)..kuikui..
Suka sangat cari alasan bila suruh buka buku..haish..(-_-")

Friday, June 8, 2012

kenapa!!!

Assalamualaikum...

Kenapa?

why?..why?

haish..

ntahla..

bencinya perasaan ni..

nak wat apa ni!!!

ARGHHHH!!!!

Sekian..

p/s:maaf ye..tuan empunya blog ni datang melepaskan perasaan yang terpendam kat sini..chow..

Tuesday, May 29, 2012

USS..

Assalamualaikum..

hehe..ada masa terluang ni, macam biasalah ye, aku nak cite tentang percutian. Kali ni percutian aku ke USS.USS ni singkatan dari Universal Studio Singapore..

About 2 weeks ago, aku n kawan2 aku pergi bercuti kat USS.. Pada mulanya mak aku tak bagi pergi sebab dia risau kitorang pegi tak ramai tapi bila adik aku cakap yang kitorang pegi lebih kurang dalam 10 orang barulah dia bagi kebenaran..

Bermulalah perjalanan kitorang dari KL--->Johor--->Singapore yang mana bermula dari kul 11.30 mlm-12 tgh hari.Kitorang sampai kat USS tu lbh kurang kul 12 lbh tgh hari kalau aku tak silapla..

Agak rugi di sini bila kitorang sampai, most of the character2 yg ada kat sana tu dh start nak rehat..huhu..mujurlah ada banyak tmpt lagi yg kitorng boleh lawat dan tengok kt dlm USS tu.

(peta USS)

Kalau korang perasan kat peta atas tu,dia ada nama2 utk setiap tmpt tu.kitorang start jalan dari hollywood
-->Madagascar.kitorang sempat la round satu tempat tu w'pun tak sempat naik semua benda yang ada kat dlam tu.

USS ni boleh dikatakan lebih kurang macam Genting Highland tapi USS ni lagi advance dan canggih berbanding GH. Bila masuk USS ni,aku paling suka pengalaman masuk Transformer The Ride (TTR).nak cakap pasal TTR ni susah gak. Yang pasti dia sejenis tayangn 4D + kete bergerak (macam pelik je bunyi..kan?) Tapi memang tak dapat nak disangkalkan tahap best naik benda ni..(arhh..teringin nak naik lagi!!!) 

Yang ruginya aku tak dapat naik roller coaster sebab kesihatan tak berapa nak mengizinkan aku naik.jadi, aku naik yang light2 je.Bagi aku not bad la dia punya permainan2 yang ada kt dlm USS ni..Mostly, banyak yang memuaskan hati terutamanya TTR dan tayang 4D Shrek tu.

klah,layan jela gambar2 kat bawah ni ye.. 





3 gambar kat bawah ni kat depan dan dalam Transformer The Ride..








(cantik kan castle Far Far Away ni..)




(Shrek's house)

(firework yg bermula kul 9 mlm..mmg cantik sgt)

p/s: kena makan ckup2, baru boleh main n nikmati perjalanan segembira yang mungkin..




Thursday, May 10, 2012

Jangan Pernah Menyesal..

Assalamualaikum..

Setelah lama tak mulakan entry dengan perkataan ini, insyaAllah pasni perkataan ini akan menjadi pembuka kata untuk setiap entry mendatang.

Ok..back to our topic, entry kali ni memang direct nak cakap pasal tajuk kat atas tu..

Sekarang ni hampir setiap hari ada je keluhan yang keluar dari mulut ni. Benda ni tak kena, benda tu pun tak kena. Nak dikatakan hampir semua benda rasa serba-serbi tak kena. Mungkin mood exam yang telah bertapak utk keberapa kali ntah, menyebabkan mood dan akal fikiran menjadi kurang sedikit warasnya. Symptom ni bukan hanya kat aku sorang but almost everyone. Nak kata semua pun takdelah jugak. Mungkin beberapa orang..hehe

Nak dijadikan cerita, bila stress mula bertapak dalam diri, waktu camnilah mulut2 mula berbicara ayat yg berupa sedemikian, "napelah aku tak try amik cost lain dulu." @ "napelah aku pilih U ni.Kan bagus kalau aku try mintak U lain."

Dalam tak berapa nak sedar, kita sebenarnya dah cuba mempersoalkan takdir yang Allah dah pilih untuk kita. Setiap apa yang Allah tetapkan, banyak hikmah yg tersembunyi disebaliknya yang kita masih lagi tak nampak @ buat2 tak nampak. Sejujurnya, memang pernah terlintas di kepala atau terkeluar dari mulut sendiri ayat2 yang berupa sedemikian, tapi bila difikirkan semula, aku dah kecapi banyak nikmat tanpa aku sedari bila berada dalam haluan sekarang ni.

Jadi, nak nasihat kat sini, jangan kita menyesal dengan pilihan hidup sekarang atau dengan apa yang memang dah ditakdirkan untuk kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan bersyukur dengan apa yang kita pilih sekarang ni sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya..tak gitu???

Kepada kawan2 yang disayangi semua, aku rasa bertuah amik dentistry ni sebab aku boleh kenal korang dan kita dah  lalui banyak pengalaman pahit dan manis selama hampir 4 tahun bersama. Mungkin bila sume dah ikut haluan masing2, waktu belajar nilah yang akan kita rindui selalu.

(bukan sume ada dlm gambar ni termasuklh diri aku sndiri..huhu)

p/s: nak minta maaf jika ada mengguris hati sape2 tanpa aku sedari.