Entry aku kali ni adalah berkisarkan tentang masa.Banyak 'input' yang aku dapat dari seorang senior aku berdasarkan tajuk ini.Sebelum ini,aku selalu merasakan yang masa ini mencemburui aku.Sedar tak sedar,dah dekat dengan exam professional dah.Bila kitorang bincang tentang masa ini,baru aku sedar betapa aku dah banyak membuang masa.Tapi aku asyik dok merungut yang aku tak cukup masa.Padahalnya,boleh je plak aku luangkan masa untuk baca komen2 kat facebook aku ini.Yang paling teruk bila aku habiskan masa dengan tengok tv je.Lepas satu cerita habis,aku sambung lagi tengok cerita lain.Pendek kata kalau dok depan tv tu,mmg takkan abis cerita yang aku nak tengok.Tapi nak wat camnelah kan sebab bila aku tengah tensen,memang tvlah pengubat tensen aku tu. Bila dah tengok tv,aku dah tak pikir dah masalah yang aku hadapi tu.
Berbalik kepada tajuk kita iaitu masa,masa ini memang berharga.Kalau tak,takdelah plak pepatah yang mengatakan 'Masa Itu Emas'..kan2??Kalau korang perasanlah kan,satu2nya harta yang kita ada dan takkan habis kat dunia ini ialah masa,melainkan dah ditakdirkan kita tak hidup lagi kat dunia ini.
Baltasar Gracion juga ada menyatakan:
All that really belongs to us is time,even he who has nothing else has that
Ini menunjukkan orang yang tak punya apa2 kat dunia pun masih memiliki masa.Ia hanya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan masa.Orang yang sentiasa membazirkan masa dia untuk benda yang tak berfaedah sesungguhnya dia adalah orang yang dalam kerugian.MasyaAllah..sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan orang yang rugi ini.
Allah juga ada menyebut dalam Al-Quran:
Demi masa.Sungguh,manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
surah Al-Asr
Bila terbaca ayat2 ini,barulah aku sedar betapa aku banyak menghabiskan masa aku dengan benda2 yang tak berfaedah.Sedangkan di luar sana,ramai yang sedang berjuang dan membuat kebajikan.Namun,apa yang aku dah sumbangkan untuk Islam?
Hari2 aku hanyalah diisi dengan kekeluhan disebabkan penat dengan kelas dan klinik.Padahal,kalau nak dibandingkan dengan orang lain,mereka lagi berhak untuk merungut sedemikian.Aku sangat mengagumi wanita2 di luar sana yang sentiasa setia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai isteri,ibu,anak dan pekerja tanpa sedikit pun mengeluh.Malah,mereka berjaya dalam hidup mereka.
It's not so much how busy you are,but why you are busy. The bee is praised. The mosquito is swatted.
-Mary O'Connor-
p/s: harap2 masa aku untuk berblogging ni tak dikira membuang masa lh ye..hehe
No comments:
Post a Comment