Friday, February 4, 2011

tragedi..

"Ya Allah,jauhilah aku dan keluargaku dari segala mala petaka dan musibah"

Benda yang aku tak penah bayangkan,tiba-tiba berlaku di depan mata aku.Saat aku melihat wajah dia,aku sempat pikir adakah ini kali terakhir aku tengok wajah dia.

"Ya Allah,jauhilah dia dari segala musibah."

Hanya ini yang aku sempat berdoa.Aku tak nak apa2 berlaku kat dia.Disaat aku menjerit,airmata sudah tak tertahan di mata aku.Ingin saja aku rembeskan airmata ini tapi bila difikirkan semula,airmata ni xmampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.Aku menjerit kepada akak n adik aku supaya meminta bantuan.Aku dah tak sanggup tengok dia yang makin jauh dari kami.Abang aku pun xmampu untuk berbuat apa disaat kecemasan ni disebabkan dia pun xpandai berenang.Dari jauh aku hanya dengar suara dia yang sayup2 meminta tolong.Abang dan aku hanya mampu memberi arahan supaya dia berenang ke tepi.Disebabkan keadaan ombak yang bergelora,dia sukar untuk berenang.Aku memang kaget sangat.Aku dapat lihat dia mencuba juga untuk melawan arus ombak.Dalam masa yang sama,adik aku pergi mencari bantuan.Ayah n abang ipar aku xtahu apa yang sedang berlaku disebabkan diorang berada jauh dari tempat kitorang mandi.Aku cuba mencari tali namun usaha ku hanyalah sia-sia.Aku cuba melihat kelibat dia yang makin jauh dari kami,namun ombak yang sangat bergelora kadang2 menghalang pandangan ku dan dia hilang disebalik ombak yang tinggi.

Dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba aku nampak dia mula berjaya melawan ombak dan aku nampak dia mula menghampiri abang aku.Akhirnya, dia berjaya menggapai tangan abang aku.Aku sangat bersyukur kerana Allah masih selamatkan dia dan Allah masih cuba mengembalikan dia kepada kami.

p/s: masih rasa takut bila memikirkan hal ni..huhu

1 comment: