Thursday, July 28, 2011

spreading my sadness into the pain.

Hati sentiasa meronta,
menginginkan mata utk meluahkannya,
tetapi airmata tetap setia,
berada disisi tanpa meninggalkan tuannya.

Hati yang terpendam amatlah bahaya,
bila meletus ia akan binasa,
membawa tuannya ke alam derita.

Jika ia tak diluahkan,
makin parah jadinya,
hanya badan yang memahaminya.

Badan bercakap melalui ekspresi,
hati yang sakit ingin diubati,
yang mampu diberi hanyalah berkongsi,
bersama2 merasai kesakitan hati ini.

p/s: kesakitan yang hadir dapat melalaikan diri kita dari bersedih.

Wednesday, July 13, 2011

Sweet & Sour of 23

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memanjangkan umur saya hingga ke hari ini..11 Julai yang lepas,genaplah umur saya 23 tahun.

Hari lahir kali ini tak disambut seperti kali yang lepas tetapi saya sangat2 bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di bumi Nya ini.Saya juga bersyukur diatas semua kenikmatan yang diberiknNya selama ini.

Kebiasaannya,kalau berada di asrama,memang sudah menjadi kewajipan bagi saya utk meraikannya bersama kawan2 terdekat tapi kali ini,Allah bagi peluang untuk saya meraikannya bersama emak yang tersayang..

Di sini,nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang tak pernah lupa untuk 'wish' sempena hari lahir saya kali ini..

Sayang korang semua!!!


p/s: selalu lupa umur sendiri..=)

Sunday, July 10, 2011

sabar2!!!


Salam semua..

Sebenarnya takde entry yang menarik pun utk dikongsikan bersama..entry kali ni hanyalah cakap2 kosong je..

Bercakap pasal cuti,aku memang suka cuti tapi bila takde adik-beradik yang lain kat umah,aku jadi boring dan sunyi.Mungkin teman2 aku yang lain tengah happy sebab adik2 diorng ramai lagi kt umah..Macam aku sekarang ni,yang ada kat umah hanyalah aku n emak aku je.

Jadi masa yang aku ada banyak dihabiskan di luar rumah.Contohnya,aku pegi window shopping,jaga nenek n sebagainya.Dan banyak jugaklah masa yang dihabiskan di atas jalan raya..maksud aku kat sini memandu..

Bercakap pasal memandu ni,aku memang bengang bawak kete kat kelantan ni.korang nak tau kenapa??

Sebabnya orang2 kat kelantan ni suka bawak kete perlahan sgt..mesti korang nak marah kt aku sebab mengumpat negeri sendiri tapi memang hakikatnye cmtu.aku bukanlh nak kata yang sume penduduk kelantan ni cmtu cuma rmai gaklh yg aku jumpa bawak kete cmn.

Kiranya dalam sehari tu tak sah kalo tak jumpa pemandu yang mcm ni.aku boleh tahan lagi kalo bawak 50km/jam..tapi yang geramnye bila bawak 30km/jam..kalo nak bawak kete dgn laju ni baik bawak motor je.wat mnyusahkan orng lain je.dahla jalan tu sempit.nak lintas memang xde peluang dah..akibatnye, kereta beratur panjang kat belakang.


Mula2 tu aku boleh bersabar lagi bila difikirkan mungkin kete 'tu'ada masalah..saje nk positif thinkingla dulu..tapi bila diperhatikan betul2,dia nk bersiar2 je rupanya siap dengan keluarkn muka ikut tingkap utk hirup udara.ni memang wat aku berasap kepala.

Satu lagi kes bila pemandu tu tgh bercakap @ main hp..bila tgh bercakp kt hp,bawak kete mestilah jadi perlahan..kalo sekejap je takpe jugak.yang geramnya dia borak kt hp tu sampai xingat yang kete kat belakang ni dah beratur panjang dah.hish!!

p/s: sapa yang rasa nk belajar bersabar,bolehla cuba bawak kete kt kelantan..

Thursday, July 7, 2011

Written In The Stars


Satu watak dalam sebuah cerita yang aku tonton pernah menyebut;

"Bintang sentiasa ada di langit untuk menerangi malam. Dan untuk menggapai bintang itu adalah mustahil. Tetapi tak salah jika kita berimpian sedemikian kerana impian itu sebuah mimpi yang indah."

Sunday, July 3, 2011


hoho..cuti yang berbaki masih banyak lagi bagi seorang student macam aku ni yang selalu dapat cuti sikit je...tapi xpe sebab banyak benda lagi yang perlu aku 'settlekan' sblm masuk klinik nanti.Cuma agak malas sikit kebelakangn ini.

Sekarang ni aku nak cite pasal budak2 @ kanak2..Untuk pengetahuan korangla kan,jaga budak2 bukan senang. Lebih2 lagi kalo budak yang korang jaga tu sangat hyperactive..(^0^)

Masa cuti ni memang selalu jugakla aku jumpa anak2 sedara aku..Diorng ni memang boleh dikategorikan sbg hyperactive gakla tapi bukan semua,just sorang je..anak sedara aku ni terdiri daripada 1 pompuan and 3 lelaki. Yang aktif sesangat tu lelaki sorang je. Tapi yang sorang nila aku rasa macam 5 orang.

Ada masanya diorang ni dengar cakap tapi ada gak masa tu wat perangai.Kiranya dalam sehari,aku boleh bahagikan masa tu half-and-half.Sekejap dengar cakap sekejap xdengar.hehe..

Cuma budak2 ni kita kena tegur elok2 tapi mesti bertegas.Kalo tak,memang dia wat tak endah je apa yang kita kata kalo xkena cara.Lembut sangat pun xboleh jugak.Aku pernah gak marah2kan diorang ni masa diorng sepahkan bilik aku.Tapi diorang wat tak endah je.memang berapi tahap karma masa tu.

Baru2 ni diorang sepahkan lagi bilik aku.Masa tu aku fikir kalo aku marah pun xde guna gak sebab taktik hari tu dah xmenjadi.Jadi,aku cuba la guna pendekatan lain nak bagi diorng dengar cakap. Kali ni aku panggil diorang masuk bilik aku,pastu aku soal siasat sape yang wat sepahkan bilik aku sbb kalo marahkan sume tak adil plak.Mula2 xde yang mengaku.Lepas aku wat serkap jarang,barulah terbongkar orang yg sepahkan bilik aku..hehe..macam main2 detektif plak.dahla ngn budak2.

Sambung semula cerita,lepas aku dah tau sapa yang sepahkn bilik aku tu,aku nasihat elok2 dan suruh dia kemaskan semula bilik tu..Mujurlah anak sedara aku ni ikut cakap gak. Dia kemaskan semula sambil mulut membebel2..ish2..kecik2 dah pandai membebel.

Masa tengah kemas tu,dia membebel kat aku,"apala cik ya ni.nak main sikit pun xboleh.Baik saya main kat sekolah.Xde orang nak marah pun main2 cmni."

Aku balas semula,"main kat sekolah mana sama ngan main kat umah.Kat sekolah tu memang tempat untuk main..Takde orang nak larang pun."

Lepas cakap camtu, aku terfikir semula.Bukan ke sekolah tu tempat belajar ke???ish2..aku dah tersilap bagi information dah kt budak2 tu. Pasni kalo cikgu dia tanya sekolah tempat untuk apa,memang nahas aku sbb silap bagitau sekolah tempat main..hehe..(^_^)