Sunday, February 20, 2011

Masa Itu Emas


Entry aku kali ni adalah berkisarkan tentang masa.Banyak 'input' yang aku dapat dari seorang senior aku berdasarkan tajuk ini.Sebelum ini,aku selalu merasakan yang masa ini mencemburui aku.Sedar tak sedar,dah dekat dengan exam professional dah.Bila kitorang bincang tentang masa ini,baru aku sedar betapa aku dah banyak membuang masa.Tapi aku asyik dok merungut yang aku tak cukup masa.Padahalnya,boleh je plak aku luangkan masa untuk baca komen2 kat facebook aku ini.Yang paling teruk bila aku habiskan masa dengan tengok tv je.Lepas satu cerita habis,aku sambung lagi tengok cerita lain.Pendek kata kalau dok depan tv tu,mmg takkan abis cerita yang aku nak tengok.Tapi nak wat camnelah kan sebab bila aku tengah tensen,memang tvlah pengubat tensen aku tu. Bila dah tengok tv,aku dah tak pikir dah masalah yang aku hadapi tu.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu masa,masa ini memang berharga.Kalau tak,takdelah plak pepatah yang mengatakan 'Masa Itu Emas'..kan2??Kalau korang perasanlah kan,satu2nya harta yang kita ada dan takkan habis kat dunia ini ialah masa,melainkan dah ditakdirkan kita tak hidup lagi kat dunia ini.

Baltasar Gracion juga ada menyatakan:
All that really belongs to us is time,even he who has nothing else has that

Ini menunjukkan orang yang tak punya apa2 kat dunia pun masih memiliki masa.Ia hanya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan masa.Orang yang sentiasa membazirkan masa dia untuk benda yang tak berfaedah sesungguhnya dia adalah orang yang dalam kerugian.MasyaAllah..sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan orang yang rugi ini.

Allah juga ada menyebut dalam Al-Quran:

Demi masa.Sungguh,manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
surah Al-Asr

Bila terbaca ayat2 ini,barulah aku sedar betapa aku banyak menghabiskan masa aku dengan benda2 yang tak berfaedah.Sedangkan di luar sana,ramai yang sedang berjuang dan membuat kebajikan.Namun,apa yang aku dah sumbangkan untuk Islam?

Hari2 aku hanyalah diisi dengan kekeluhan disebabkan penat dengan kelas dan klinik.Padahal,kalau nak dibandingkan dengan orang lain,mereka lagi berhak untuk merungut sedemikian.Aku sangat mengagumi wanita2 di luar sana yang sentiasa setia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai isteri,ibu,anak dan pekerja tanpa sedikit pun mengeluh.Malah,mereka berjaya dalam hidup mereka.

It's not so much how busy you are,but why you are busy. The bee is praised. The mosquito is swatted.
-Mary O'Connor-

p/s: harap2 masa aku untuk berblogging ni tak dikira membuang masa lh ye..hehe

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul


Bersempena dengan Maulidur Rasul kali ni,
aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul
kepada seluruh umat Islam tak kira di mana korang berada,

Marilah kita sama-sama mengingati Rasulullah
dengan memperbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Antara sedar dan tak sedar,
dah 23 tahun aku hidup di atas muka bumi ni,
dan baru aku perasan betapa aku telah alpa dengan dunia yang serba fana ni,
dan baru aku perasan juga,
betapa banyak sejarah Nabi kita yang aku masih tak tahu dan masih tak terhafal di kepala,
dan sangat memalukan kalau ada yang bertanya tentang sejarah nabi kita
tetapi kita masih bingung untuk memberikan jawapan yang sebetulnya.

Marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup Rasulullah,
mengamalkan sunnah hidup Baginda,
sentiasa mengingati dan menyayangi Baginda,
seperti mana Rasul sayang akan umatnya.

Perbanyakkanlah selawat ke atas Rasul junjungan kita
Muhammad S.A.W...

Saturday, February 12, 2011

sabar dan masih lagi bersabar..

Sabar????

korang tahu ke apa maknanya sabar?mestila tahukan (yang ni pun nak tanya ke??)..Disebabkan korang memang dah 'expert' sangat dengan definisi sabar, jadi aku taknak la bagitahu definisi untuk SABAR. Aku hanya nak kongsi peristiwa2 yang aku perlu bersabar untuk minggu ni..

1- balik dari kampung halaman dengan keadaan jalan yang sangat sesak..lagi2 bila aku pun terlibat sama kena 'drive' kete dan terpaksa bersesak di atas jalan raya selama 16 jam.. "sabar jela"
2- bangun je dari tido, kepala dah pening2 dan mata dah berpinar2..pegi jumpa doc dan xpasal2 kena wat 'blood test'. Jadi, sampai sekarang aku masih bersabar menunggu keputusan untuk ujian darah tu... "sabar jela"
3- tengah beratur tunggu minuman kat food court,blh je pakcik bangla tu wat dono je..padahal,ramai tengah dok tunggu minuman masing2.. "sabar jela"
4- pakcik teksi pun wat hal gak..ada ke dia bawak kitorang ikut jalan yang paling jauh masa nak balik glenview tadi.. "sabar jela"
5- rasanya,part time job aku sekarang ni asyik kena tunggu pesakit je..lagi hampeh bila pesakit yang dinanti2 tu tak muncul pun.. "sabar jela"

p/s: Mungkin Allah nak ajar hambanya untuk lebih bersabar dan sentiasa beristighfar..

Friday, February 4, 2011

tragedi..

"Ya Allah,jauhilah aku dan keluargaku dari segala mala petaka dan musibah"

Benda yang aku tak penah bayangkan,tiba-tiba berlaku di depan mata aku.Saat aku melihat wajah dia,aku sempat pikir adakah ini kali terakhir aku tengok wajah dia.

"Ya Allah,jauhilah dia dari segala musibah."

Hanya ini yang aku sempat berdoa.Aku tak nak apa2 berlaku kat dia.Disaat aku menjerit,airmata sudah tak tertahan di mata aku.Ingin saja aku rembeskan airmata ini tapi bila difikirkan semula,airmata ni xmampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.Aku menjerit kepada akak n adik aku supaya meminta bantuan.Aku dah tak sanggup tengok dia yang makin jauh dari kami.Abang aku pun xmampu untuk berbuat apa disaat kecemasan ni disebabkan dia pun xpandai berenang.Dari jauh aku hanya dengar suara dia yang sayup2 meminta tolong.Abang dan aku hanya mampu memberi arahan supaya dia berenang ke tepi.Disebabkan keadaan ombak yang bergelora,dia sukar untuk berenang.Aku memang kaget sangat.Aku dapat lihat dia mencuba juga untuk melawan arus ombak.Dalam masa yang sama,adik aku pergi mencari bantuan.Ayah n abang ipar aku xtahu apa yang sedang berlaku disebabkan diorang berada jauh dari tempat kitorang mandi.Aku cuba mencari tali namun usaha ku hanyalah sia-sia.Aku cuba melihat kelibat dia yang makin jauh dari kami,namun ombak yang sangat bergelora kadang2 menghalang pandangan ku dan dia hilang disebalik ombak yang tinggi.

Dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba aku nampak dia mula berjaya melawan ombak dan aku nampak dia mula menghampiri abang aku.Akhirnya, dia berjaya menggapai tangan abang aku.Aku sangat bersyukur kerana Allah masih selamatkan dia dan Allah masih cuba mengembalikan dia kepada kami.

p/s: masih rasa takut bila memikirkan hal ni..huhu