Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman mengajar erti kehidupan..

Ada yg berpendapat usia mematangkan diri tp separuh lg berpendapat pengalaman hidup yg mematangkan diri.. hm.. Kalo aku pasti aku pilih pendapat kedua tu. Dan aku pasti ramai gak yg bersetuju dgn aku.

Di sini aku nak bagitau yang tak semestinya orang dewasa disekeliling kita tu lebih matang dari kita. Ada yang masih kecil tapi cara berfikiran lagi matang dari orang dewasa itu sendiri. Dari kecik lagi, aku selalu dengar orang lebih berusia menyebut "kami yang berusia ni dah banyak dah makan garam dari korang yg muda ni." Separuh dari aku bersetuju dengan kata2 ni sebab mmg diorang hidup lagi lama dari aku tp separuh lg aku tak bersetuju sebabnya kadang2 pendapat diorng tu xselaras dgn kebenaran di depan mata.

Aku paling kagum bila tgok bdak2 yang baru nk kenal erti kehidupan tapi dah tahu macam mana nak uruskan diri. Banyak faktor yang menyebabkan diorng jd cmni. Ada yang disebabkan kesusahan hidup n tak kurang juga disebabkan bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemahuan ibu bapa sendiri juga adalah salah satu faktor diorng jadi cepat matang. Tapi setiap faktor ini ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Yang paling penting di sini, pengalaman yang diperoleh sepanjang kita hidup. Setiap peristiwa yang kita lalui ada pengajarannya tersendiri dan utk setiap pengajaran yang kita peroleh tu haruslah kita ingati agar kesalahan yang lalu tidak kita ulangi. Dan ada baiknya jika kita kongsi pengalaman itu dengan orang lain.

Sepanjang aku hidup kat muka bumi ini, pengalaman yang aku peroleh mungkin tak sebanyak budak2 sebaya aku yang lain peroleh. tapi kalau boleh aku nak kongsi juga serba sedikit.
1- Untuk jadi seorang yang bersyukur, kita haruslh tengok orang yang lagi susah dari kita. Kalo kita asyik tengok orang yang lagi senang dari kita,memang hati xkan pernah rasa cukup. Rmai yang anggap aku selalu hidup senang, sedangkan dari kecil lagi aku dah pernah hidup susah tapi aku bersyukur sebab khidupan aku yang dulu bnyak membuahkan hasil yang sangat manis. Kesusahan juga mngajar aku tentang erti perhubungan kekeluargaan yang sebenar.

2- Apa kaitannya sabar dengan kehidupan yang kita lalui sekarang??aku pernah terpikir pasal ni n aku selalu pikir gak cmne nk jd seorng yang penyabar sbb aku ni susah skit nak sabar. Kadang2 aku xleh trima bila Orang terdekat dgn aku nasihatkn aku supaya berfikiran positif sebabnya aku xnmpak apa kaitannya bila kita fikir scara positif dgn sabar. Tapi bila aku berhadapan dgn masalah dan aku cba praktikkn apa yg orang tu cakap, memang berkesan. Sedikit sebanyak hati terpujuk bila kita berfikiran cmtu. Xde dah nak marah tak tentu pasal. Hidup pun terasa manis bila kita sentiasa berfikiran cmtu.

3- Pernah sekali aku rasakn yang nasib aku ni asyik malang je. Bayangkan dalan seminggu tu,bermacam2 dugaan yang aku kena tempuhi. Mujurlah ada orang yang mengingatkan aku supaya dekat dengan Allah. Masa tu aku sedar yang Allah sayangkan hambanya. Kadang2 Dia trunkn ujian dan dugaan tu spy kita ingat akan Dia. Masa tu mungkin aku dh lalai dgn kehidupan aku sndr. Kita hidup di dunia ni bukan untuk tujuan hidup kita semata-mata tetapi kena ingat matlamat kita untuk kehidupan akhirat juga. Setiap yang Allah uji kita tu,ada hikmah disebaliknya. Samada untuk menyedarkan kita @ untuk menghapuskan dosa2 kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Setakat ni je dulu perkongsian kali ni.lain kali aku cba kongsikan lagi pengalaman aku. Mungkin korang boleh share anything ngn aku kt blog korang plak pasni..=)

p/s: pengalaman itu lebih manis kalo dikongsi bersama.betol tak??

1 comment: