Wednesday, March 21, 2012

Ini Aku..

xtaulah tajuk ni ada kaitan ke tak dengan apa yang akan aku tulis kat sini nanti..
apa2 pun, hanya nak bagitau kat orang2 yang baca blog aku ni, sesungguhnya aku menulis blog hanyalah sebagai coretan mengarut aku. Kalau ada yang rasa penulisan aku ni kadang2 jiwang ke, emo ke atau mengguris jiwa sesapa, harap jangan ambil peduli.

Aku tulis blog sebab aku hanya pandai meluahkan perasaan aku melalui ni je. Aku xpandai nak luahkan melalui face-to-face. Jadi,diharap pada yang baca,kalau rasa penulisan aku ni meloyakan tekak2 korang,silap tekan butang 'X' kat atas butang paling kanan sekali..Kalo korang rasa ia seswai ngn jiwa korang,sila sambung baca penulisan aku utk yg seterusnya.

(^_^) Lebih senang tulis dalam blog dari nak kena cerita satu persatu..(lebih suka dgr cite orng). Tapi bukan semua harus diluahkan kat sini..

p/s: lain yg difikir lain plak yg ditulis..haish..

Saturday, March 17, 2012

Ya Allah..
semoga setiap keputusan yg kami buat adalah yang terbaik bagi kami semua..

hm..

selepas apa yg berlaku,
akhirnya ia membuahkan satu keputusan yang pasti,
sayangnya ia bukanlh keputusan yang aku ingini,

kesimpulannya dari huraian ini..

ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI...




Sunday, March 4, 2012

Magnum Punya Cerita..


Adapun seorang hamba ni(si A), dia teringin sangat nak makan aiskrim..Lalu, diajaknya si B pergi beli aiskrim. Bila dah sampai kat kedai, si A dan si B ni teringin untuk mencuba aiskrim Magnum yang diuar2kan kesedapannya di pelosok tempat. Alang2 dah mencuba, si A dan si B ni terus membeli Magnum yang paling latest iaitu cappuccino bla..bla..bla(lupa plak nama penuh untuk yg latest ni)…Dalam perjalanan pulang ke tempat kediaman, masing2 ingin terus mencuba Magnum ni.Maka, si A dan si B ni terus membuka plastik yang membalut Magnum yang indah ini dan digigitnya aiskrim ni tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Adapun si B ni perangai dia pelik sikit. Selepas sahaja menggigit aiskrim tersebut, si B terus toleh ke belakang dan sambil membuat memek muka yang hairan, si B ni bertanya kepada si A,

”kenapa takde orang pun kat belakang kita.”

Si A hairan dengan soalan yg diajukan oleh si B kepadanya, lalu dia bertanya si B,

“kenapa plak nak kena ada orang kat belakang kita.”

Si B menjawab,”Yela.Bukan ke dalam iklan tu masa dia tengah makan aiskrim ada orang ikut dia kat belakang.. Dapat layanan cam raja plak tu.Bila kita makan xde plak camtu.”

Si A tergelak dan dalam masa yang sama terasa nak sekeh je kepala si B ni. Tetapi si A cuba juga untuk melayan si B ni lalu dia menjawab,

“tu dalam iklan je la.”

Si B ni pun menggangguk sambil tersengih2 seperti kerang busuk.

p/s: jangan terpengaruh dengan iklan ye..