Sunday, March 4, 2012

Magnum Punya Cerita..


Adapun seorang hamba ni(si A), dia teringin sangat nak makan aiskrim..Lalu, diajaknya si B pergi beli aiskrim. Bila dah sampai kat kedai, si A dan si B ni teringin untuk mencuba aiskrim Magnum yang diuar2kan kesedapannya di pelosok tempat. Alang2 dah mencuba, si A dan si B ni terus membeli Magnum yang paling latest iaitu cappuccino bla..bla..bla(lupa plak nama penuh untuk yg latest ni)…Dalam perjalanan pulang ke tempat kediaman, masing2 ingin terus mencuba Magnum ni.Maka, si A dan si B ni terus membuka plastik yang membalut Magnum yang indah ini dan digigitnya aiskrim ni tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Adapun si B ni perangai dia pelik sikit. Selepas sahaja menggigit aiskrim tersebut, si B terus toleh ke belakang dan sambil membuat memek muka yang hairan, si B ni bertanya kepada si A,

”kenapa takde orang pun kat belakang kita.”

Si A hairan dengan soalan yg diajukan oleh si B kepadanya, lalu dia bertanya si B,

“kenapa plak nak kena ada orang kat belakang kita.”

Si B menjawab,”Yela.Bukan ke dalam iklan tu masa dia tengah makan aiskrim ada orang ikut dia kat belakang.. Dapat layanan cam raja plak tu.Bila kita makan xde plak camtu.”

Si A tergelak dan dalam masa yang sama terasa nak sekeh je kepala si B ni. Tetapi si A cuba juga untuk melayan si B ni lalu dia menjawab,

“tu dalam iklan je la.”

Si B ni pun menggangguk sambil tersengih2 seperti kerang busuk.

p/s: jangan terpengaruh dengan iklan ye..

No comments:

Post a Comment