Thursday, November 28, 2013

TURKI: HARI KE-2 DARI BURSA KE KUSADASI


Assalamualaikum..(^_^)

Sebelum nak mulakan apa2 cerita kali ni, nak tunjuk dulu peta perjalanan sepanjang aku berada di Turki ni..Senanglah sikit korang nak bayangkan setiap perjalanan yang aku lalui sepanjang berada di sana.



Berdasarkan peta di atas tu walaupun rupanya nampak seperti lakaran ntah apa2 tapi ia banyak membantu aku untuk mengenalpasti di mana aku berada sepanjang aku kat sana.Kalau nak mengharapkan huraian dari Abdullah,konfem aku sudah hilang dihanyut ombak dan ntah di bawa ke mana2 sebab xboleh bayangkan sangat..he3..

Okey..dah boleh bayangkan ke???Kalau macam tu kita sambung cerita..

Aku ada beritahukan yang aku check in hotel untuk entry sebelum ni..Jadi, kami bersarapan kat hotel sebelum check out..Haah..dah daftar keluar dah???

Ye..sepanjang berada di Turki ni hotel hanyalah tempat persinggahan untuk tidur malam dan makan je.Lepas itu kitorang bertolak ke Grand Mosque (Ulu Cami) iaitu tempat pertama kami lawat di Bursa.Hanya ucapan memuji ke hadrat Ilahi yang dapat aku ungkapkan bila masuk ke dalam masjid ni.Indah sangat ukiran kaligrafi yang tertera dihampir setiap dinding masjid..Hampir semua jenis kaligrafi ada.Seingat aku masa aku belajar di Maahad dulu ada 4 jenis khat. Cuma aku xpasti berapa banyak sebenarnya jenis khat yang ada di atas dunia ni.


(tulisan khat yang terdapat di setiap tiang masjid)


Masjid ni bukan sahaja indah pada tulisan kaligrafinya tetapi juga binaan di dalamnya.Tempat ambil wuduk pun unik je aku tengok..



(tempat ambil wuduk bagi para muslimin.kolam ni terletak betul2 tengah dalam masjid.muslimat kena ambil wuduk kat tandas..huhu3)


Grand Mosque ni adalah masjid terbesar di Bursa dan di bina pada zaman Sultan Bayezid I pada zaman Uthmaniah.Ia mempunyai 20 kubah dan 2 menara.Kaligrafi yang terukir di dalam masjid pun adalah dari zaman Uthmaniah yang mana diukir oleh pakar2 dalam bidang kaligrafi.Abdullah juga ada menyebut bagaimana orang2 dulu menggunakan asap untuk mereka satu ruang yang mana semua orang dapat mendengar apa yang diucapkan oleh imam tak kira dimana kita berada dalam kawasan masjid tu..Aku pun tak pasti kesahihan cerita ini memandangkan aku tak dapat mencari sumber asal cerita ni.



(tulisan khat yang paling popular)


(ni namanya xde keje ambil gambar camni..he3..yang penting mak ayah aku sporting)


Selepas itu,kitorang dibawa ke Green Tomb/Mausoleum..Makam ini merupakan makan kepada Sultan Mehmet I yang juga sultan pada zaman Uthmaniah yang dibina oleh anaknya.Makan ini terletak bersebelahan dengan Green Mosque (Yesil Cami) di mana tempat kami mengerjakan solat Zuhur. Seusai melawat Green Tomb, kami berjalan ke Green Mosque yang hanya memakan masa selama 1 minit berjalan..he3..dekat je..


(Yesil bermaksud green)


(nilah bangunan yang menempatkan makan Sultan Mehmet I)



(makam Sultan Mehmet I)


(Green Mosque)


(makanan untuk tengah hari..roti yang dilapisi dengan kepingan2 daging..agak sedap cuma muak)


(pencuci mulut..rasa macam puding jagung pun ada)

Dalam perjalanan aku ke restoran untuk makan tengahari,tiba2 je ada sorang amca(pakcik) melambai-lambai tangan memanggil kitorang.Waktu tu pakcik tu berdiri depan sebuah kedai bergerak yang mana kami sekeluarga masih tidak dapat mengenal pasti apa yang diinginkan oleh pakcik tu.Jadi,adik aku yang lelaki ni pergi ke tempat di mana pakcik tu berada. Bila mana adik aku datang semula ke tempat kitorang, di tangannya dah ada kueh segera (lebih kurang macam char kuey kecuali takde pencicah je) yang masih panas2 lagi..(skema plak ayat2 ni.macam tulis karangan pun ada jugak..)

Rupa-rupanya kueh tu free je dan aku agak terkejut sebab kedai bergerak tu adalah tempat di mana sorang pakcik ni menggoreng dan mengagihkan kueh2 tersebut kepada orang2 tempatan dan juga pelancong secara percuma. Baik sungguh hati pakcik ni.Tak pernah lagi aku jumpa orang yang sanggup buka kedai semata2 nak bagi makanan percuma dekat orang lain..Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki pakcik ni..

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Kusadasi yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Sampai di sana kitorang daftar masuk di Marina Hotel beserta makan malam di hotel.

Tunggu entry untuk hari ke-3 ye..(^O^)


p/s:Sepanjang perjalanan tu,telinga kitorang asyik dihidangkan dengan muzik2 Turki termasuklah Gulumcan (dalam entry lepas)..Makin lena jadinya tidur kitorang.hehehe.tapi aku sempat juga menangkap beberapa gambar sepanjang perjalanan tu sebab tertarik dengan muka bumi yang agak berbeza dengan tempat kita dan yang penting cantik2 pemandangannya..


Tuesday, November 19, 2013

Gülümcan..



Entry kali ni hanyalah selingan sementara sebelum aku menyambung semula penulisan tentang perjalanan di Turki..

Just wanna share one of the beautiful music that i keep on hearing in the bus when i was in Turkey..

Hope everybody enjoy it..

p/s:Sesiapa yang tertinggal untuk membaca travelog aku di Turki,boleh berbuat demikian di entry yang lepas.

Monday, November 18, 2013

TURKI: HARI 1 DARI ISTANBUL KE BURSA


Assalamualaikum…(^_^)

Aku tak nak mulakan cerita aku dengan merapu meraban. Jadi, aku akan sambung terus apa yang ingin aku kongsikan..

Bermulalah pengembaraan aku di Bumi Turki selepas terbang (maksud aku berada dalam kapal terbang ye kawan2 sume) selama 11 jam dari KL ke Istanbul.Tiba kat lapangan terbang Attarturk lebih kurang pukul 4.30 pagi. Jadi,masih terlalu awal bagi kami (rombongan Cik Kiah..hehe) untuk keluar melawat tempat2 di Istanbul.Tambahan pula, kami harus menunggu 2 orang lagi ahli rombongan dari Cairo yang akan join sekali rombongan kami ni..Lupa nak bagitahu yang jumlah keseluruhan rombongan kami seramai 32 orang.Ditambah lagi 2 orang pelajar dari Cairo tu,maka jumlahnya jadi 34 orang..(ntah apa2 la penulis ni..macamla pembaca xpandai nak kira sendiri)

Lebih kurang pukul 7 pagi, kami memulakan lawatan kami ke Hippodrome.Buat pengetahuan korang semua, Hippodrome terletak bersebelahan je dengan Masjid Sultanahmet(Blue Mosque) dan berhampiran juga dengan Hagia Sophia.

Layan gambar-gambar ni dulu..(^^>)


(Hippodrome..kat sini banyak sangat anjing.Jinak2 plak tu.Anjing2 ni akan jinak dengan pelancong je.Kalau jumpa orang Turki,anjing2 ni akan kejar dan menyalak..mmg lawak sangat sebab aku sempat tengok anjing ni kejar kereta orang tempatan kat sini.)

(Salah satu peninggalan orang zaman dulu kala..Zaman Byzantine kalau xsilap.Aku dah lupa apa kepentingan benda ni sebab banyak sangat sejarah yang aku pelajari dalam masa yang singkat kat sini..Hampir tak terdengar kesemuanya)


 Hippodrome ni asal perkataan Greek yang mana hippos bermaksud horse dan dromos bermaksud path or way.Mesti korang dah dapat agakkan tempat ni asalnya tempat apa…Kiranya pahlawan2 dulu selalu guna tempat ni untuk berlawan sesama diorang dengan menaiki kuda. Hippodrome ni juga dikenal sebagai Sultan Ahmet Square memandangkan tempat ni dah jadi dataran. Dan dekat sini juga masih ada tinggalan tugu(lebih kurang macam tugula..aku pun xpasti nak panggil apa benda ni) yang masih selamat sejak dari zaman dulu kala..

Selepas itu, kitorang berjalan memasuki kawasan Masjid Sultanahmet yang memang terletak berhadapan je dengan Hippodrome.Masa mula2 menjejak kaki ke dalam kawasan masjid ni,terasa bagai percikan bunga api mula berdentum-dentum dalam diri (excited sangat..ha3)..Yelah..Selalu tengok dalam tv je gambar masjid ni..sekali dah terhidang depan mata.Sapa yang tak excited.

Kalau korang nak tahu, Masjid Sultanahmet ni ada beberapa pintu masuk.Kebetulan hari tu,kitorang punya pemandu pelancong bawa masuk ikut pintu yang selalu Sultan dulu2 guna untuk masuk.Di pintu masuk tu ada satu rantai besar yang agak menghalang orang untuk masuk.Kiranya kalau nak masuk ikut pintu ni memang kena tunduk. Dan Abdullah(nama pemandu pelancong kitorng..lupa nak bagitahu awal2) cakap yang rantai ni sengaja diletakkan dekat sini untuk menunjukkn rasa rendah diri bila nak mengadap Allah Yang Esa tak kiralah setinggi mana pangkat orang tu kat dunia ni.Hajatnya nak tunjuk melalui gambar tapi aku dah lupa aku amik gambar guna kamera yang mana..haish..

(di hadapan halaman Masjid Sultanahmet..Masjid ni mempunyai 6 menara kecil)


(kubah utama..dipanggil masjid Biru berdasarkan ceramik berwarna biru yang banyak digunakan dalam masjid ni..lebih dari 20,000 ceramik yang digunakan untuk menghiasi masjid ni)

(ruang solat untuk lelaki..ruang solat perempuan dibahagian belakang dari ruang ni)

(Sultanahmet Park..tempat sesuai untuk amik gambar keseluruhan Masjid Sultanahmet..Abaikan model didepan..ha3)

Tempat terakhir kitorang pergi melawat di Istanbul adalah Topkapi Palace..Malas nak bercerita panjang tentang tempat ni melainkan hanya nak bagitahu yang tempat ni dulunya adalah singgahsana sultan pada zaman Uthmaniah dan kini dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong yang mana terletaknya museum yang menempatkan barang2 peninggalan Rasulullah sekeluarga dan sahabat2 baginda(s.a.w) seperti pedang,baju, janggut Nabi dan lain2 lagi.Dekat sini aku hanya berpeluang menangkap gambar di kawasan sekitar je memandangkan kamera tak dibenarkan di dalam museum.Cuma apa yang aku dapat bagitahu yang kawasan Topkapi Palace ni memang sangat cantik lebih2 lagi bila ada bahagian kawasannya yang mengadap Selat Bosphorus.

(pintu masuk ke kawasan Topkapi Palace)

(replika keseluruhan kawasan Topkapi palace..rasanya aku hanya melawat 10% je dari keseluruhan kawasan..luas sangat kawasan.tak sempat nak jenguk semua tempat)

(salah satu kawasan dalam Topkapi Palace..)


(kawasan kegemaran dalam Topkapi Palace..Kafe yang mengadap Selat Bosphorus.Tak sempat nak pekena cay sebab masa dah suntuk..) 

Selesai sudah melawat kawasan2 tersebut,kitorang memulakan perjalanan ke Bursa yang memakan masa hampir 3 jam perjalanan.Sebelum berangkat tu sempat jugalah kitorng membeli belah dekat Spice Market yang mana terdapat barang2 yang dijual dengan harga yang agak murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain di Istanbul..

(mengadap Laut Marmara..punyalah sejuk cuaca masa ni tapi minat aiskrim punya pasal,sanggup beli dan makan sampai habis..hehehe)

Sampai di Bursa lebih kurang pukul 8.30 malam dan daftar masuk hotel.


Selesai sudah aktiviti untuk hari ni..penat tapi seronok..

p/s:Maaflah kalau ianya membosankan sebab xpandai nak ringkaskan memandangkan semua tempat berkait dengan sejarah..chill ya!!!will be continued...

Sunday, November 17, 2013

TRAVELOG: TURKI

Permulaan bagi segala cerita..



Assalamualaikum..(^_^)

Tiba2 terpanggil untuk menulis travelog memandangkan sebelum ke Turki aku sempat membaca travelog dr blogger lain untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dgn Turki dan juga sebagai persiapan sebelum ke sana..

Travelog yang aku baca dari seorng hamba Allah kat blog banyak memberi maklumat yang berfaedah memandangkan aku takde idea langsung pasal Turki ni selain drpd sejarah2 yang ada aku pelajari masa zaman sekolah menengah dulu tapi tu pun tak banyak.

Tujuan aku menulis travelog ni pun bukan sekadar suka2 je tapi lebih kepada untuk menolong mereka2 yang akan ke sana dan juga sekadar berkongsi pengalaman.

Perkara yang patut amik tahu sebelum pergi ke sana:

1-Mata wang Turki

Kat Turki, diorang menggunakan 3 jenis mata wang iaitu Euro, US Dollar dan Turkish Lira.Sebelum ke sana agensi ada pesan kat kitorang yang mata wang M’sia xkan diterima kat sana. Masa tu pelik jugak nape diorng asyik ulang ayat yang sama sebab setahu aku memangla negara luar xterima duit kita masa membeli-belah melainkan kat Mekah dan Madinah.

Jadi,kitorng pun tukar jela terus ke Turkish Lira masa kat KL.Kitorang ada bawak jugak duit M’sia in case xckup duit Lira boleh tukar kat sana.Bila dah sampai sana,barulah kitorng tahu yang money changer kat sana xterima duit M’sia untuk ditukar ke Lira.haish..frust betul masa tu.xpernah2 lagi negara2 lain yang aku pergi stakat ni tak terima duit M’sia untuk ditukar.Nilah pertama kali kena benda camni..Bak kata orang2 dulu, belajar dari kesilapan.

Nak nasihatkan kat sini,lebih baik tukar duit M’sia ke USDollar dulu.Bila dh sampai sana baru tukar ke Turkish Lira.Cara ni lebih menguntungkan berbanding korang tukar duit M’sia ke Turkish Lira.Nak tahu berapa keuntungannya??Meh aku tunjuk contoh..

1) 200 Lira <- p="" rm330="" usd100="">
Berbanding dengan..
 2) 200 Lira <- aku="" ikut="" mata="" nbsp="" nilai="" p="" pergi="" rm440="" semasa="" wang="">

Haah..Nampak tak beza tu..untung dah RM 110.

2- Sejarah Turki zaman dulu kala.

Yang ni pun penting jugak untuk amik tahu.Bila dah pergi sana takdelah terlopong je dengar pemandu pelancong dok cerita.Kalau boleh cuba baca sejarah masa zaman Uthmanniah, Muhammad Al-Fateh, Cleopetra, dan seumpamanya.Bila tahu sejarah sedikit sebanyak barulah rasa percutian ke sana lebih bermakna sebab kita dapat bayangkan apa yang berlaku kat orang zaman dulu kala.

Mesti korang pikir aku ni poyo je dok promote sejarah negara luar.Sejarah Negara sendiri berterabur tak ingat..Hmm..xkisahla korang nak pikir apa tapi bagi aku sejarah Turki ni patut kita tahu sebab sejarah diorng banyak berkait dengan Islam..Lebih2 lagi berkait dengan para sahabat dan tabi’ tabi’in.

3- Benda2 lain..

Kena bawak bekalan lain jugak contohnya Megi, biskut2 dan seumpamanya sebab kadang2 korang akan rasa lapar masa tengah melawat tempat bersejarah kat sana. Megi tu lebih kepada nak makan bila dah rasa muak dengan makanan kat sana..hehehe..

Utk peralatan eletrik plak,diorng guna plug yang 2 mata je.yang ni xde masalah sgt kalau charger hp @ camera mmg jenis yg 2 mata tp kalau jenis yg 3 mata, korang kena bawak International plugla.

Banyak plak dok taip benda2 xpenting ni..hihihi..Nanti bosan plak..

Oklah,aku stop sini dulu..

Tunggu bahagian yang seterusnya ye..

Bahagian akan datang nanti lebih kepada hari2 aku kat sana..(^_^)