Monday, November 18, 2013

TURKI: HARI 1 DARI ISTANBUL KE BURSA


Assalamualaikum…(^_^)

Aku tak nak mulakan cerita aku dengan merapu meraban. Jadi, aku akan sambung terus apa yang ingin aku kongsikan..

Bermulalah pengembaraan aku di Bumi Turki selepas terbang (maksud aku berada dalam kapal terbang ye kawan2 sume) selama 11 jam dari KL ke Istanbul.Tiba kat lapangan terbang Attarturk lebih kurang pukul 4.30 pagi. Jadi,masih terlalu awal bagi kami (rombongan Cik Kiah..hehe) untuk keluar melawat tempat2 di Istanbul.Tambahan pula, kami harus menunggu 2 orang lagi ahli rombongan dari Cairo yang akan join sekali rombongan kami ni..Lupa nak bagitahu yang jumlah keseluruhan rombongan kami seramai 32 orang.Ditambah lagi 2 orang pelajar dari Cairo tu,maka jumlahnya jadi 34 orang..(ntah apa2 la penulis ni..macamla pembaca xpandai nak kira sendiri)

Lebih kurang pukul 7 pagi, kami memulakan lawatan kami ke Hippodrome.Buat pengetahuan korang semua, Hippodrome terletak bersebelahan je dengan Masjid Sultanahmet(Blue Mosque) dan berhampiran juga dengan Hagia Sophia.

Layan gambar-gambar ni dulu..(^^>)


(Hippodrome..kat sini banyak sangat anjing.Jinak2 plak tu.Anjing2 ni akan jinak dengan pelancong je.Kalau jumpa orang Turki,anjing2 ni akan kejar dan menyalak..mmg lawak sangat sebab aku sempat tengok anjing ni kejar kereta orang tempatan kat sini.)

(Salah satu peninggalan orang zaman dulu kala..Zaman Byzantine kalau xsilap.Aku dah lupa apa kepentingan benda ni sebab banyak sangat sejarah yang aku pelajari dalam masa yang singkat kat sini..Hampir tak terdengar kesemuanya)


 Hippodrome ni asal perkataan Greek yang mana hippos bermaksud horse dan dromos bermaksud path or way.Mesti korang dah dapat agakkan tempat ni asalnya tempat apa…Kiranya pahlawan2 dulu selalu guna tempat ni untuk berlawan sesama diorang dengan menaiki kuda. Hippodrome ni juga dikenal sebagai Sultan Ahmet Square memandangkan tempat ni dah jadi dataran. Dan dekat sini juga masih ada tinggalan tugu(lebih kurang macam tugula..aku pun xpasti nak panggil apa benda ni) yang masih selamat sejak dari zaman dulu kala..

Selepas itu, kitorang berjalan memasuki kawasan Masjid Sultanahmet yang memang terletak berhadapan je dengan Hippodrome.Masa mula2 menjejak kaki ke dalam kawasan masjid ni,terasa bagai percikan bunga api mula berdentum-dentum dalam diri (excited sangat..ha3)..Yelah..Selalu tengok dalam tv je gambar masjid ni..sekali dah terhidang depan mata.Sapa yang tak excited.

Kalau korang nak tahu, Masjid Sultanahmet ni ada beberapa pintu masuk.Kebetulan hari tu,kitorang punya pemandu pelancong bawa masuk ikut pintu yang selalu Sultan dulu2 guna untuk masuk.Di pintu masuk tu ada satu rantai besar yang agak menghalang orang untuk masuk.Kiranya kalau nak masuk ikut pintu ni memang kena tunduk. Dan Abdullah(nama pemandu pelancong kitorng..lupa nak bagitahu awal2) cakap yang rantai ni sengaja diletakkan dekat sini untuk menunjukkn rasa rendah diri bila nak mengadap Allah Yang Esa tak kiralah setinggi mana pangkat orang tu kat dunia ni.Hajatnya nak tunjuk melalui gambar tapi aku dah lupa aku amik gambar guna kamera yang mana..haish..

(di hadapan halaman Masjid Sultanahmet..Masjid ni mempunyai 6 menara kecil)


(kubah utama..dipanggil masjid Biru berdasarkan ceramik berwarna biru yang banyak digunakan dalam masjid ni..lebih dari 20,000 ceramik yang digunakan untuk menghiasi masjid ni)

(ruang solat untuk lelaki..ruang solat perempuan dibahagian belakang dari ruang ni)

(Sultanahmet Park..tempat sesuai untuk amik gambar keseluruhan Masjid Sultanahmet..Abaikan model didepan..ha3)

Tempat terakhir kitorang pergi melawat di Istanbul adalah Topkapi Palace..Malas nak bercerita panjang tentang tempat ni melainkan hanya nak bagitahu yang tempat ni dulunya adalah singgahsana sultan pada zaman Uthmaniah dan kini dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong yang mana terletaknya museum yang menempatkan barang2 peninggalan Rasulullah sekeluarga dan sahabat2 baginda(s.a.w) seperti pedang,baju, janggut Nabi dan lain2 lagi.Dekat sini aku hanya berpeluang menangkap gambar di kawasan sekitar je memandangkan kamera tak dibenarkan di dalam museum.Cuma apa yang aku dapat bagitahu yang kawasan Topkapi Palace ni memang sangat cantik lebih2 lagi bila ada bahagian kawasannya yang mengadap Selat Bosphorus.

(pintu masuk ke kawasan Topkapi Palace)

(replika keseluruhan kawasan Topkapi palace..rasanya aku hanya melawat 10% je dari keseluruhan kawasan..luas sangat kawasan.tak sempat nak jenguk semua tempat)

(salah satu kawasan dalam Topkapi Palace..)


(kawasan kegemaran dalam Topkapi Palace..Kafe yang mengadap Selat Bosphorus.Tak sempat nak pekena cay sebab masa dah suntuk..) 

Selesai sudah melawat kawasan2 tersebut,kitorang memulakan perjalanan ke Bursa yang memakan masa hampir 3 jam perjalanan.Sebelum berangkat tu sempat jugalah kitorng membeli belah dekat Spice Market yang mana terdapat barang2 yang dijual dengan harga yang agak murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain di Istanbul..

(mengadap Laut Marmara..punyalah sejuk cuaca masa ni tapi minat aiskrim punya pasal,sanggup beli dan makan sampai habis..hehehe)

Sampai di Bursa lebih kurang pukul 8.30 malam dan daftar masuk hotel.


Selesai sudah aktiviti untuk hari ni..penat tapi seronok..

p/s:Maaflah kalau ianya membosankan sebab xpandai nak ringkaskan memandangkan semua tempat berkait dengan sejarah..chill ya!!!will be continued...

3 comments:

  1. Assalam...tumpang tanya, semua perjalanan lancarkah? Apa nama travel agent yg diikuti? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Love Turkey so so much.most beautiful.not snuff.must go again n again.d food-mashaallah sedap n healthy!

    ReplyDelete