Assalamualaikum..(^_^)
Bangun pagi ni memang terasa tenang sebab
tak payah kemas barang macam hari-hari sebelum ni sebab kami masih akan
bermalam di sini. Lawatan kami hari ni pun lebih kepada tempat-tempat yang
berdekatan dengan hotel je.
Tempat pertama kami lawat untuk hari ni
adalah kilang ceramic. Mungkin perkataan kilang itu agak ‘exaggerate’ sebab
bangunannya lebih kepada bangunan biasa dan tidaklah besar mana. Tapi,
ceramicnya memang bagus dan berkualiti tinggi. Macam biasa juga, aku tak
berminat sangat dengan benda2 macam ni. Aku lebih sukakan pemandangan daripada
datang ke tempat2 camni.
(demo cara membuat bekas gula..tangan yang berseni je dapat buat ni..hebat!!)
(semuanya hasil tangan)
Jadi, kami meneruskan perjalanan ke Goreme
Open Air Museum. Museum ini lebih kepada sejarah tentang paderi2 wanita di mana
tempat ini pernah menjadi tempat kediaman para paderi wanita. Berdasarkan apa
yang aku perhati, tempat ni memang cantik sangat dan tak nampak pun macam
tempat tinggal memandangkan kawasan ni dikelilingi gurun2.
(berlatarbelakangkan kediaman para paderi wanita)
(sweet loving couple ever..asyik honeymoon setiap tahun dengan anak2..tak sah kalau xbawak anak.hehe)
(dua2 ni bajet sweet jgak gitu..kih3)
(kredit to camerawoman..(^_^)..)
Selesai melawat musium, kami singgah di
jewellery shop dan makan tengahhari di kedai berhampiran. Disebabkan kitorang
melawat tempat2 yang berhampiran dengan hotel jadi kami sempat pulang ke hotel
untuk solat.
Aktiviti petang kami diisi dengan melawat
ke Kaymakli Underground City. Jangan korang salah faham plak dengan perkataan
‘city’ tu. Tempat ni bukan macam bandar2 yang korang selalu tgk tu. Bandar yang
aku maksudkan di sini adalah bandar bawah tanah yang digunakan sebagai tempat
persembunyian semasa zaman peperangan dulu kala. Bandar bawah tanah ni memang
sangat jauh ke dalam dan kitorang hanya sempat melawat 10% je dari tempat ni.
Bila berada dalam bandar bawah tanah ni,
korang takkan rasa macam jalan2 kat bandar sebab tempatnya sempit dan ruang di
dalam lebih menyerupai ruang2 yang biasanya ada dalam rumah seperti dapur,
bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya. Kiranya kalau nak jalan dari ruang ke
ruang, korang terpaksa jalan merangkak. Sebelum masuk sini, Mr.Abdullah ada
pesan kat kitorang yang dia tak galakkan sapa2 yang ada claustrophobia untuk
masuk. Kang tak pasal2 ada yang pengsan..(6_^)
(di hadapan pintu masuk Underground City..yang poyo tu Mr.Abdullah)
(salah satu ruang dalam Underground City)
Aktiviti petang diteruskan dengan melawat
kilang karpet..bab karpet ni xnak cite panjang sebab tak menarik.
Yang menariknya
kitorang dibawa untuk melihat persembahan tarian Derwish..(^_^) hehe…nilah saat
yang aku tunggu2 bila datang Turki.
Untuk pengetahuan korang semua, tarian
Derwish ni adalah tarian sufi. Ia dicipta untuk memanggil semangat (spirit)
dari luar masuk ke badan. Kiranya menari tu untuk berkomunikasi dengan semangat
yang ada di alam ni tapi ia bukanlah bermaksud yang korang ni akan dirasuk bila
menari tarian ni... Selain tu, ia juga untuk mencari spirit dalam diri kita. Sepanjang
persembahan, kitorang tak dibenarkan untuk ambil gambar, gelak, bising dan
seumpamanya. Kiranya,kita pun kena fokus jugak. Tarian ni dimulai dengan
ketuanya pusing2 dan diikuti dengan 5 orang lagi penari yang lain. Tarian ni
dimulai dengan bacaan yang aku sendiri tak faham apa yang diorang baca tapi
bunyi macam berselawat pun ada. Habis bacaan dan bersyair barulah diorang mula
menari..Bila tengok diorang pusing tu, aku plak yang terasa pening.(*_*)
Habis persembahan barulah kitorang
dibenarkan ambil gambar. Tapi bahagian nak ambil gambar ni ahlinya dah tak
cukup. Diorang suruh 2 orang je yang menari untuk kitorang rakam video ataupun
untuk gambar.
(nampak je kecik pentas ni tapi dapat memuatkan 6 orang penari)
Selesailah aktiviti hari ni yang mana aku
rasa agak penuh dan padat tapi seronok sangat. Balik hotel pun dengan perasaan
gembira sebab tak payah tempuh perjalanan yang panjang…(^^>)
(sudut yang aku paling suka dalam bilik hotel..)
p/s: rasa macam nak upload je semua gambar terutamanya yang melibatkan pemandangan..cantik sangat..