Wednesday, August 17, 2011

Apa nak buat kalau...

Apa korang akan wat kalau orang tersebut pernah rapat dengan korang dan dia wat perangai yang tak sepatutnya??

Perlukah aku menegur dia kalau terang-terangan memang aku tahu dia takkn endahkan teguran aku..huhu..sedih rasanya bila kita rasa diri kita sangat lemah untuk memberi teguran.

Kadang2 aku rasa benci tengok dia sebab aku dah xsanggup nak tengok.Tapi sampai bila aku nak benci??Kalau aku terus-terusan membenci dalam hati,aku takut Allah balas perbuatan aku ini kat keturunan aku plak..Ya Allah,engkau jadikanlah keturunanku dari orang yang baik2..

Jadi,apa yang aku mampu buat sekarang,hanyalah berdoa semoga Allah bagi petunjuk kat dia.Mungkin dia jadi camtu sebab persekitran dia dan aku jauh berbeza.Aku sangat bersyukur kerana aku masih ada kawan2 yang sentiasa mengingatkan aku tentang dunia yang serba fana ini.Sesungguhnya aku sendiri pun masih lemah dalam hal agama ni.

Monday, August 15, 2011

budak2 nakal..hehe

Kalau korang nak tahu,budak bertiga ni memang sangat nakal. Kalau diorng main bersama memang riuh satu rumah.Yang paling riuhnya yang si abang pakai songkok tu.fuh!!Suara dia macam cengkerik..sangat nyaring.Walaupun si abang ni sangat riuh tapi dia sangat cerdas dari segi otak.

Yang si kakak plak suka wat plan supaya si adik2 ikut rancangn dia..hehe.so, kalau kena marah,yang adik2 je la yang kena sebab dia hanya master mind dan tukang bagi arahan.Satu lagi perangai dia yang wat aku heran,dia suka gelak sampai susah nk berhenti.Kadang2 aku tak tahu apa yang membuatkan dia rasa sesuatu benda tu lucu.Mungkin imaginasi dia sangat tinggi kot..keh3.Yang paling kecik sekali tu, suka sakat orang dan tak suka share barang dia dgn kakak n abang dia.Jadi, korang bayangkanlah macam mana situasinya bila budak2 ni bersatu..=P(macam power rangers plak)



Yang ni plak cucu mak aku paling bongsu. Dia sangat kuat makan(macam mak dia)..hehe..tapi setiap kali dia dok dgn anak2 sedara aku yang lain,dia lah yang jadi raja sebab semua anak sedara aku suka layan dia.Siap tolong kipas n bagi susu lagi..tapi lama-kelamaan,kena buli gak dgn budak tiga orang tu..hehe..

p/s: Walaupun korang sangat nakal tapi c.ya tetap sayang korang semua..=)..Nanti raya ni,memang bingitla umah..

Wednesday, August 3, 2011

Iftar Jam'ie

Assalamualaikum..w.b.t

Syukurlah, kita bertemu lagi di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.Dan Allah itu sentiasa sayangkan hambanya sehinggakan Dia masih memberi kita peluang untuk bernafas hingga ke takat ini.

Disebabkan sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan,maka entry kali ini lebih kepada mood puasa.Cuma taknak tulis panjang2.Entry ini hanyalah sebagai perkongsian bersama2.

Mesti ramai yang pernah dengar perkataan iftar jam'ie kan?? (betul ke eja cmni)..dan mesti ramai gak yang tahu apa maksud perkataan ini.Bagi yang tak pernah dengar,takpe.Saya kongsikan sikit apa yg dimaksudkan dengan iftar jam'ie ni..

Iftar: berbuka (buka puasa ye)
jam'ie: secara ramai2 (erti kata lain secara berjemaah)

Jadi,maksudnya berbuka secara beramai2 @ kita makan dalam kumpulan.Nak ceritalah sikit apa kelebihannya iftar jam'ie ni kat korang semua berdasarkan pengalaman saya. Kelebihan yang akan disebutkan di bawah nanti lebih kepada iftar jam'ie kat masjid ye..

1- Boleh mengeratkan ukhuwwah sesama umat Islam.Contohnya sesama penduduk kampung ataupun sesama rakan2 kita sendiri.Bila berbuka puasa secara beramai2 ni,masa tulah kita akan mula nak kenal orang.

2- Boleh mengelakkan pembaziran.Bandingkan kalo korang makan sorang diri dengan korang mkn secara beramai2.Bila makan sorang2,satu perut je dpt diisi tetapi bila makan 10 orng,maknanya ada 10 perut untuk diisi.Kalau korang ni jenis yang beli makanan seadanya untuk berbuka,xpelah jugak.Masalah orang kita kat Malaysia ini,bila pegi bazar Ramadhan,sume makanan dia nak balun beli.Bila dh berbuka,mulalah menyesal bila ada makanan yang tak habis dimakan.

3- Boleh menambahkan pahala solat berjemaah.Bila kita berbuka secara beramai2 ini,kecenderungan untuk solat berjemaah memang tinggi.Lebih2 lagi bila berbuka kat masjid.Habis je berbuka,boleh sambung solat maghrib secara berjemaah terus.

4- Tidak melengah2kan solat maghrib. Korang perasan x?bila kita berbuka sorng2 atau dengan kawan2 kat rumah, kita akan mula melengah2kan solat maghrib sbbnya banyak berborak @ memang saja nak lengah2kan masa.Tapi bila kat masjid,kita takkan lengahkan masa.nak tau nape???sbbnya risau imam dh nak mula solat..hehe

=)..rasanya setakat inilah dulu kelebihan2 dari iftar jam'ie yang dapat saya senaraikan..Kalo sapa2 rasa dia ada nak tambah lagi,bolehlah kongsi kat komen di bawah nanti ye..

SELAMAT BERPUASA!!!