Wednesday, August 3, 2011

Iftar Jam'ie

Assalamualaikum..w.b.t

Syukurlah, kita bertemu lagi di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.Dan Allah itu sentiasa sayangkan hambanya sehinggakan Dia masih memberi kita peluang untuk bernafas hingga ke takat ini.

Disebabkan sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan,maka entry kali ini lebih kepada mood puasa.Cuma taknak tulis panjang2.Entry ini hanyalah sebagai perkongsian bersama2.

Mesti ramai yang pernah dengar perkataan iftar jam'ie kan?? (betul ke eja cmni)..dan mesti ramai gak yang tahu apa maksud perkataan ini.Bagi yang tak pernah dengar,takpe.Saya kongsikan sikit apa yg dimaksudkan dengan iftar jam'ie ni..

Iftar: berbuka (buka puasa ye)
jam'ie: secara ramai2 (erti kata lain secara berjemaah)

Jadi,maksudnya berbuka secara beramai2 @ kita makan dalam kumpulan.Nak ceritalah sikit apa kelebihannya iftar jam'ie ni kat korang semua berdasarkan pengalaman saya. Kelebihan yang akan disebutkan di bawah nanti lebih kepada iftar jam'ie kat masjid ye..

1- Boleh mengeratkan ukhuwwah sesama umat Islam.Contohnya sesama penduduk kampung ataupun sesama rakan2 kita sendiri.Bila berbuka puasa secara beramai2 ni,masa tulah kita akan mula nak kenal orang.

2- Boleh mengelakkan pembaziran.Bandingkan kalo korang makan sorang diri dengan korang mkn secara beramai2.Bila makan sorang2,satu perut je dpt diisi tetapi bila makan 10 orng,maknanya ada 10 perut untuk diisi.Kalau korang ni jenis yang beli makanan seadanya untuk berbuka,xpelah jugak.Masalah orang kita kat Malaysia ini,bila pegi bazar Ramadhan,sume makanan dia nak balun beli.Bila dh berbuka,mulalah menyesal bila ada makanan yang tak habis dimakan.

3- Boleh menambahkan pahala solat berjemaah.Bila kita berbuka secara beramai2 ini,kecenderungan untuk solat berjemaah memang tinggi.Lebih2 lagi bila berbuka kat masjid.Habis je berbuka,boleh sambung solat maghrib secara berjemaah terus.

4- Tidak melengah2kan solat maghrib. Korang perasan x?bila kita berbuka sorng2 atau dengan kawan2 kat rumah, kita akan mula melengah2kan solat maghrib sbbnya banyak berborak @ memang saja nak lengah2kan masa.Tapi bila kat masjid,kita takkan lengahkan masa.nak tau nape???sbbnya risau imam dh nak mula solat..hehe

=)..rasanya setakat inilah dulu kelebihan2 dari iftar jam'ie yang dapat saya senaraikan..Kalo sapa2 rasa dia ada nak tambah lagi,bolehlah kongsi kat komen di bawah nanti ye..

SELAMAT BERPUASA!!!

2 comments:

  1. Tq for the information

    ReplyDelete
  2. No 4 tu , selalunya org berbuka dgn tamar dan air kosong dulu . Lepas solat baru makan. Jadi banyak masa dari terkejar kejar makan sebab nak solat.

    ReplyDelete