I'm back!! (^_^)
hi3..maaflah ye. Bukan selalu datang mood untuk menaip ni. Lebih2 lagi bila asyik sibuk dengan benda lain. Tapi takpe sebab kali ni hanya nak bercerita pengalaman sendiri di negara orang. Mungkin sebelum ni korang pernah baca pengalaman aku berada di Jakarta, kali ni nak kongsi pengalaman bercuti kat Beijing plak.
Sempena new year hari tu, kitorang satu family berangkat ke Beijing. Sebelum pegi sana, travel agency kat sini dah pesan kat kitorang yang cuaca kat sana sejuk. Bila sampai kat Tianjin airport tu, udara sejuk dah mencucuk2 kaki dah. Aku ingatkan dapat tahan je dengan bju 2 lapis yang aku pakai tu tapi hampeh je..last2 kena sarung kot sejuk gak. Waktu kaki melangkah je keluar dari airport tu, ya Allah..sejuk yang teramat. yela..kita kat M'sia ni mana la penah rasa cuaca sejuk. Setakat hujan beberapa hari, suhu baru je jatuh ke angka berapa. Bila aku tanya kitorng punya tourist guide, dia cakap suhu masa tu -1 degree C. Patutlah sjuk giler.
Dari Tianjin ke beijing, kitorang naik bas yang dah disediakan dan perjalanan agak lama gak sebab ia mengambil masa selama 2 jam.. Nak tak nak, terpaksala tido dulu. Sepanjang perjalanan tu sempat jugakla tengok sisa2 salji yang masih berbaki walaupun salji dah tak turun dah..(huhu..sedih)..Sampai je kat Beijing, kitorang dibawa terus untuk melihat persembahan acrobatic..Memang best sangat sebab bila tengok je, kalo boleh taknak kelipkan mata. Lucu pun ada gak. Perut yang tadi lapar, tiba2 jadi kenyang..(okey,ayat tu agak melampau sebab perut still tengah lapar).
Habis je tengok show tu, diorang bawak kitorang pegi makan..(lega!!) Kalau nak cari kedai makan yg halal kat sana,korang kena cari kedai yang signboard dia warna hijau dan ada tulisan jawi yang bertulis al-mat'am islami. Ada tanda tu dah bagus dah..yang hampehnya tiba2 ada arak...waduh3..tu yang aku paling xfaham. Lepas kenyang, kitorang dibawa terus ke hotel untuk check in..dah malam baru nak check-in..huahua.. Lupa plak nak habaq. kalau kat sini kul 4 tu masih cerah dan terang benderang, kat sana plak dah nak masuk maghrib dan langit dah mula gelap dah. Bila musim sejuk ni, memang perkara biasa bila malam lagi panjang dari siang.
Hari seterusnya, malas nak cerita panjang..kali ni aku wat ringkasan dan kesimpulan je dari apa yang aku boleh kongsikan dengan korang ye..(maaf ye,tiba2 datang mood malas nak menaip):
1- China memang femes dengan barang2 hiasan spt jade, mutiara, kristal dan banyak lagi.
2- Jade melambangkan keberanian, kesihatan, kekuatan, kemewahan dll. Kalau korang nak tahu, jade bukan je ada warna hijau. Ada gak yang berwarna putih dan kuning.
3- Jalan raya diorang lagi besar dari jalan raya kita tapi sayangnya highway diorang takde lampu jalan..
4- Bandar Beijing ni bersih sangat2 kalau nak dibandingkan dengan KL.
5- Beijing shaja mempunyai penduduk seramai 7 juta..(if i'm not mistake)
6- Apa yang aku perasan tentang signboard bangunan diorang,hampir semua berwarna merah..ada sesetengah je yang berwarna hijau.
7- Rekaan bangunan diorang sangat cantik dan unik.
8- Suhu kat sana kadang2 mencecah -5 degree.Biasanya waktu malam.ni suhu masa aku kat sana.(korang bayangkanlah sendiri betapa sejuknya kat sana)
9- tandas??? takde air.kena isi sendiri air dalam botol kat sink. petua taknak kerap buang air senang je..korang jangan stat buang air..kalo dah stat membuang,akan ada untuk ke beberapa kali lepas tu..(sengal betul petua ni)..ni dari pengalaman aku sendiri ye.
8- Barang2 kat sana sangat murah tapi kena pandai tawar menawar harga..
9- Keluasan forbidden city bersamaan dengan keluasan 100 buah padang bola sepak..(mmg luas giler)
(salah satu kawasan dalam Forbidden City)
10- Saat2 paling teruk masa kat sana bila semua jari kaki dan tangan cramp/beku..xlupa gak bila hidung dan pipi dah merah kebiruan sbb sejuk sangat.
(nampak je cam panas tapi masa amik gambar ni, semua jari2 dah beku n xrasa apa2 dah sebab kebas)
11- Orang2 kat sana memang xleh ckp English except for penjual2 kat Ya Show Market, pekerja hotel, penjual kedai2 terpilih..
12- Saat paling hampeh bila orang kat sana cakap ngn kita dalam bahasa cina..(diorang ingat aku paham ke..setakat bilang 1 smpai 15 bulehla kot)
13- 100 yuen= rm 49 (anggaran)
14- Kagum dengan binaan Great Wall...tapi kesian sebab ramai yang meninggal dunia kerana dipaksa untuk bina Great Wall ni.(agak2 berhantu tak kalau tido kat situ malam2..he3)
15- Masa tengah jalan2 kat market, tiba2 terdengar orang main seruling..syok plak bila dengar..terasa nak beli pon ada gak. Masalahnya, pandai ke main?..kuakua..terbantut terus hajat di hati.
16-
( camnilah jadinya bila xpernah jumpa salji )
Panjang berjela gak jadinya huraian dan ringkasan aku ni..Setakat ni,aku rasa banyak ni je kot aku dapat kongsikan sebab banyak plak kalau nak cite sume benda kat sini..Kalau korang ada apa2 nak tnya,komen je kat wall aku ni ye..
p/s: jauh berjalan, luas pandangan dan juga pemandangan..hi3..ada kaitan ke???mungkin..
No comments:
Post a Comment