Petang tadi baru je lepas layan cerita Hafalan Shalat Delisa. Cerita ni bagus sangat sebab banyak nilai2 murni dan pengajaran yang aku dapat. Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan seorang budak yang sangat tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan yang besar. Selain itu, cerita ni jugak memaparkan penekanan solat untuk budak2. Kecik2 lagi diorang dah asuh budak2 supaya pandai baca doa2 dalam solat. Memang kagum sangat sebab kalau nak dibandingkan dengan cerita2 kat Malaysia ni, kebanyakannya mementingkan soal cinta. Jadi bila tengok cerita ni tadi, perasaan aku bercampur-baur..sedih, insaf dan kagum. Nanti bila aku dah ada keluarga sendiri,teringin sangat nak asuh anak2 jadi cam dalam cerita ni..
owh ye..lupa plak..
Bercakap tentang sedih ni, aku sebenarnya memang xpandai dalam bab2 emosi ni.. bayangkanlah sepanjang aku tengok cerita ni, aku hanya dapat rasakan sedih tu dalam hati je. Kalau nak dibandingkan dengan kawan aku, dia dah nangis2 dah. Jeles plak bila tengok kawan aku nangis. At least dia boleh expresskan kesedihan dia kalau nak dibandingkan dgn aku ni yang macam orang xberperasaan. Kadang2 terlintas gak dalam hati aku adakah hati aku ni dah mati..Rasa malu sangat2 bila dalam solat pun aku xdapat rasa apa2 sedangkan masa tulah masa antara kita dengan Dia yang Maha Berkuasa.
haish..bak kata orang2 tua, xbaik mengeluh. So, aku kena trima keadaan aku ni seadanya.Mungkin ada banyak hikmahnya dan kadang2 aku boleh nampak kelebihan benda ni dalam hidup aku. Lebih2 lagi selepas banyak benda yang berlaku akhir2 ni, at least aku dapat bertahan. Aku kena tabah tapi aku lebih suka kalau aku jadi selemah2 hamba di depan Dia yang lebih berkuasa.
klah, maaf sangat2 sebab entry kali ni moodnya lebih kepada mood 'awan nano'..abaikan kalau korang xpham maksud aku ni..
p/s: Berserah segalanya kepada Dia yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa..
No comments:
Post a Comment