Assalamualaikum..(^_^)
Setelah menginap 2 hari di Kapadokya, pagi
ini kami akan mendaftar keluar untuk meneruskan perjalanan ke Ankara. Untuk pengetahuan
korang semua, Ankara adalah ibu negara Turki. Ramai yang menganggap Istanbul
adalah ibu negara Turki termasuklah aku sendiri.
Dalam
perjalanan kami ke Ankara, kitorang sempat singgah di Laut Garam (Salt Sea). Di
sini pemandangan yang kitorang dapat lihat adalah pasir yang putih ibarat nun
jauh di sana tiada penghujungnya. Pasir-pasir yang aku maksudkan di sini
bukanlah pasir pantai biasa tapi ianya adalah garam. Garam-garam dari laut ni
banyak digunakan atau diproses menjadi bahan-bahan kecantikan seperti sabun
mandi, scrub badan dan muka dan banyak lagi.
Sepanjang aku
berada kat sini, aku ada terpikir juga kalau matahari memancar terik mungkin pemandangan
di situ lebih cantik jika dibandingkan waktu mendung kerana garam-garam yg ada
di situ akan nampak lagi putih. Waktu tu cuaca agak sejuk dan mendung ditambah
pula angin yang bertiup agak kencang juga. Disebabkan cuaca yg agak sejuk jadi kitorang
singgah sebentar je di Laut Garam dan kami meneruskan perjalanan ke Ankara.
Sampai sahaja di
Ankara, kami singgah makan dan solat di Ankara Gari.
(di hadapan bangunan Ankara Gari)
Selesai solat, kami terus ke Ataturk Mausoleum. Jangan terkejut jika korang sampai di sini dan korang nampak orang di sini sangat menyanjung Mustapha Kemal Attaturk berbanding kita di Malaysia puratanya dah tahu macam mana layanan Ataturk kepada orang Islam di Turki. Bagi orang Turki di Ankara ni, mereka menyanjung Attaturk disebabkan oleh kemodenan yang di bawa di Turki. Disebabkan itulah beliau dipanggil sebagai bapa kemodenan. Tapi bagi orang Turki di pedalaman, pandangan mereka terhadap Ataturk lebih kurang sama pandangan kita di Malaysia.

Di Ataturk
Mausoleum, pemandangan di sini agak cantik kerana kawasan di situ banyak di
hiasi dengan taman-taman bunga. Selain itu, rekaan bangunannya nampak megah dan
ditambah pula kedudukannya di atas bukit. Jadi, kitorang dapat tengok
pemandangan bandar Ankara dari mausoleum ni.
(dari kiri: Educator, farmer and soldier..guess what??farmer is a leader kerana dia yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara)
(dari kiri: Educator, farmer and soldier..guess what??farmer is a leader kerana dia yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara)
(dah lupa apa maksud di sebalik patung2 ni)
(tak tahula apa motif ayah dok belakang askar ni..mungkin nak elak sinaran matahari kot..=P )
(salah satu bangunan di museum ini yang menempatkan makam Ataturk)
(pemandangan bandar Ankara yg dapat dilihat dari bangunan di atas)
(makam Ataturk)
(antara khazanah yang ditempatkan di dalam Anatolian Museum)
(salah satu patung tanpa kepala yang terdapat di perkarangan taman musium..disebabkan rupanya takde jadi adik aku tolong gantikan kepala dia..hehe)
Untuk pengetahuan korang, kitorang tak bermalam di Ankara sebaliknya kitorang menerusk
an
perjalanan ke Istanbul. Jadi, banyak masa tido dihabiskan dalam bas je sebab
perjalanan dari Ankara ke Istanbul agak jauh juga. Sampai di Istanbul, kitorang
menginap di hotel Golden Way. Masa tu memang muka teruk giler kot sebab baru
bangun dari tido pastu kena check in hotel terus. Tak sempat-sempat nak basuh
muka pun terus mengadap pekerja hotel.
p/s:minta maaf
untuk ke sekian kali sebab lambat sangat nak habiskan entry pasal Turki
ni.Banyak sangat keje2 lain yg terpaksa aku dahulukan…InsyaAllah akan cuba
habiskan secepat mungkin memandangkan tak banyak dah hari yang tinggal untuk di
habiskan..(^_^)
No comments:
Post a Comment