Assalamualaikum..(^_^)
Entry kali ni
lain dari yang lain sebab aku akan cerita untuk 2 hari terus memandangkan
hari-hari terakhir banyak dihabiskan di Istanbul. Jadi, ada baiknya aku
gabungkan je hari ke 7 dan hari ke 8.
Lawatan hari ke
7 ni bermula seawal 11 pagi memandangkan kitorang sampai lewat dari Ankara
semalam. Tempat pertama yang kami kunjung adalah makam Ayyub Al Ansari yang
terletak di masjid yang dinamakan sempena nama Abu Ayyub juga. Untuk
pengetahuan korang di kawasan ini jugalah mayat Ahmad Ammar iaitu pelajar Malaysia
yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di kebumikan. Sepanjang aku berada
di Turki terutamanya Istanbul, takde satu berita pun aku dengar pasal Ammar.
Balik Malaysia baru tahu cerita pasal dia…(-_-)
(di perkarangan masjid Abu Ayub Al Ansari)
Di masjid Abu
Ayyub ni kitorang sempat solat zohor dan asar. Selesai solat, kitorang bergerak
ke restoran untuk makan tengahari. Lawatan seterusnya, kitorang ke masjid
Suleymaniye. Dari segi binaan masjid ni agak menyerupai masjid Biru tetapi
keluasan dan saiznya lagi besar dari masjid Biru. Keistimewaan masjid ini
adalah pada menaranya yang mana ia dapat digerakkan sebanyak 60 cm. Ini bagi
mengelakkan masjid ini runtuh jika berlaku gempa bumi.
(di perkarangan masjid Suleymaniye..reka bentuk yang hampir menyerupai masjid Biru)
Seterusnya,
kitorng dibawa ke Kapali Carsi ataupun dipanggil juga sebagai Grand Bazaar.
Grand Bazaar ni adalah tempat untuk membeli belah yang mana terdapat lebih
beratus-ratus kedai didalamnya. Jika korang jenis yang minat untuk shopping,
tempat ni memang sesuai untuk membeli belah sebab hampir semua barang boleh
dijumpai di sini dari hiasan dalaman rumah hinggalah ke aksesori lelaki dan
perempuan..bunyi macam syurga membeli belah plak..hehe
(di hadapan pintu masuk Grand Bazaar)
(ni baru lepas makan..nampak tak muka tengah senyum kekenyangan..hehe)
Lawatan untuk
hari ini tamat sampai sini memandangkan esok kitorang masih berpeluang untuk
berjalan-jalan dan membeli belah di sekitar Istanbul.
Keesokan
harinya, kitorang mendaftar keluar tepat pukul 11 pagi selepas bersarapan di
hotel. Kitorang dibawa terus ke restoran untuk makan tengahari. Selesai makan,
kitorang diberi peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Istanbul. Kiranya masa
ni kitorang wat aktiviti sendiri. Tak payah berjalan dalam kumpulan dah..
inilah bahagian yang aku paling suka sebab masa inilah boleh jalan2 amik masa
tengok pemandangan sekitar Istanbul tanpa perlu terburu-buru dah.
(sekitar perkarangan Hagia Sophia dan Masjid Biru)
Waktu terluang
yang diberi tak aku sia-siakan. Selepas selesai menunaikan solat zohor dan asar
di Masjid Biru kitorang sekeluarga berjalan-jalan di sepanjang jalan utama
sekitar Masjid Biru turun ke jalan tepi laut tapi tak sempat sampai ke tepi
laut sebab jauh sangat nak turun ke bawah. Tambahan pula, jalan-jalan di sana
berbukit-bukau dan Masjid Biru plak terletak di atas bukit. Masa jalan nak
turun tu memang senang tapi bila kena naik pegi ke Masjid Biru semula memang
penat giler. Jadi, kitorang wat keputusan tak pegi jauh sangat sebab
kesian dekat mak ayah aku.
Di sepanjang
perjalanan itu, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang seperti
sarung bantal, aksesori wanita, t-shirt dan macam-macam lagi. Harganya pun lagi
dimurah jika dibandingkan dengan barang di Grand Bazaar. Sewaktu berjalan
sempatla juga tengok gelagat manusia terutamanya orang Turki. Orang Turki di
Istanbul ni boleh dikategorikan agak moden, perempuannya cantik-cantik dan
lelakinya hensem. Hensem aku maksudkan di sini memang hensem sangat sebab muka
diorang campuran muka pak Arab dan omputih..=P
Selesai berjalan dan membeli,
kitorang berjalan naik ke Masjid Biru semula untuk solat maghrib dan isyak.
Kebetulan masa tu xmasuk waktu maghrib lagi jadi sempatla lepak sambil makan
depan perkarangan Masjid Biru. Kebetulan masa tu senja baru nak berlabuh.
Suasana masa tu cantik sangat dan membuat aku terpikir yang tak mustahil kalau
suatu hari nanti aku akan datang semula ke sini..(T_T)..
(pemandangan Masjid Biru di kala malam berlabuh)
(tak tau nak 'caption' apa gambar ni tapi realitinya di luar ia sangat cantik di pandang..)
Selesai solat jemaah di Masjid Biru, kami
berkumpul semula dengan ahli kumpulan yang lain di depan Hagia Sophia yg
terletak bersebelahan dengan Masjid Biru dan bertolak ke restoran di kawasan
Taksim untuk makan malam. Seterusnya kami bertolak ke lapangan terbang untuk
pulang ke Malaysia. Antara percutian-percutian yang pernah aku pergi, yang
nilah percutian yang paling memenatkan dan yang paling menarik sebab banyak
sangat kenangan sepanjang berada di sini.
Akhirnya tamat jua penulisan aku berkaitan
dengan Turki ni. Lega sangat sebab banyak kali tertangguh disebabkan
kerja-kerja lain yg terpaksa didahulukan dan juga dengan masalah internet yang
kerap kali berlaku. Maaf jika ada kesilapan dari segi perkataan dan ayat
sepanjang korang baca penulisan aku ni sebab dah lama sangat tinggal bidang
penulisan ni..kehkeh..bajet cam ada orang baca je..
Sekian..
p/s:banyak lagi nak tulis tapi nampak gaya
memang dah panjang jugak entry kali ini…(”>).hmm..i'm really miss Istanbul so much.
No comments:
Post a Comment