Friday, March 21, 2014

TURKI: HARI KE-3 DARI KUSADASI KE PAMUKKALE


Assalamualaikum..(^_^)

Macam hari2 yang lepas, kami bersarapan di hotel sebelum daftar keluar dan seperti biasa jugalah kami akan memulakan perjalanan ke tempat2 yang telah ditetapkan oleh agensi.

Maka, perjalanan bermula apabila kami dibawa ke leather shop. Mungkin lebih sesuai dipanggil boutique or so on memandangkan kedai tersebut nampak agak ‘high class’ pada pandangan mata aku. Nape aku sebut ‘high class’??haa..Meh nak cite sikit..

Sampai sahaja aku di kedai ni,kitorang disambut dengan senyuman yang tersangatlah manis..Mungkin diorang dah nampak yang duit2 akan melayang dari poket kitorang.haha…Nak sambung ceritanya,kitorang dijemput masuk ke dalam show room utk tgk fashion show..ok..tu perkara yang xpernah aku tengok secara langsung..


(The Trio yang tgh 'excited' nak tgk fashion show..aku ada rekod video masa ni tapi tak sanggup nak upload sebab lama sangat)


Bila fashion show bermula,semua jaket yang ditayangkan oleh model2 memang agak menarik dan cantik..aku siap bagi arahan dekat adik aku yang laki suruh catat nombor2 jaket yang aku berkenan.
Selesai je show, kitorang dibawa ke ruang sebelah yang menempatkan semua jaket2 kulit yang baru ditayang oleh model2 tersebut.

You know what??

Hampir semua jaket2 yang aku tengok kat situ berharga lebih kurang USD1000 lebih..(*O*)
Hmm..aku takdelah terkejut sangat memandangkan aku pernah baca tentang hal ni dari blogger lain.Aku cuba jugalah intai2 mana tau ada yang murah2.Dan aku tak jumpa satu pun jaket yang berharga bawah dari USD1000..Huh..melampau mahal macam bedil..Jadi,kitorang wat keputusan keluar dari kedai tu tanpa beli apa2..

Keluar dari kedai terus ambil gambar pemandangan dan bunga..ahakss..baik amik gambar dari beli jaket yang mahal.percuma je ambil gambar..Padahal dalam hati memang teringin nak beli jaket2 tu memandang jaket2 tu memang berkualiti tinggi..


(Mak yang selalu 'excited' dan tak pernah bosan utk bergambar dengan bunga..(^_^))

Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke Kota Ephesus..Tak banyak yang dapat aku huraikan untuk tempat ini memandangkan sejarah tempat ni agak kabur bagi aku.Ditambah pula tak dapat cari sumber yang betul untuk menerangkan tempat ni..Jadi,korang layan jela gambar2 di bawah ni ye..


(berlatarbelakangkan Kota Ephesus..ni baru starting point.masih jauh perjalanannya ye..)


(one of the theater..)





(sapa2 yang amik kos sains dan kesihatan mesti tau lambang apa ni..)
  


(for cat lovers only)


(kalau rasa nak tercirit birit, nilah tempat yang paling sesuai untuk anda..kih3)


(The Trio yang tak pernah bosan nak tangkap gambar bersama..berlatarbelakangkan 'library')


(The Trio yang sama-sama sengal)



(teater yang paling besar kat sini..)


(The Sisters and the crowds)

Lepas penat kena jalan kat sini, kitorang ke tempat yang aku tunggu-tunggu sepanjang hari iaitu restoran..hehe..perut memang wajib kena isi ek. Nanti susah kalau perut dah mula masuk angin..(^_^)

Perut dah kenyang barulah kitorang bertolak ke Pamukkale yang terletak di Denizli. Agak menyedihkan hati aku bila kitorang sampai kat sana, hari dah mula gelap..(T_T). Tempat ni memang cantik kalau dilihat semasa waktu matahari masih terang sebabnya kawasan ni diselaputi dengan batu-batu kapur dan ada kolam air panas. Jadi, kalau tengok tu sebijik cam kawasan yang diselaputi dengan salji. Tapi malas nak layan sangat kekecewaan aku, aku teruskan juga pergi ke kawasan kolam air panas untuk merendam kaki sebab cuaca masa tu agak sejuk. Jadi,terubat jugalah hati bila dapat rendam kaki dalam kolam air panas tu. Lupa nak beritahu yang tempat ni dikenali sebagai Antique City of Hierapolis yang mana tempat ni pernah didiami oleh orang-orang zaman dahulu tetapi bandarnya di tenggelam oleh bumi.


(sempat tangkap gambar sebelum mula berjalan kaki ke Cotton Castle)


(pemandangan di Cotton Castle pada waktu senja)

Dari tempat meletak bas ke kolam air panas (dikenali sebagai Cotton Castle) tu memang kitorang berjalan melalui bandar peninggalan Hierapolis. Sepanjang perjalanan tu aku dapat lihat tiada satu pun bangunan yang tinggal. Hanya serpihan batu-bata saja yang tinggal.


Untuk malam ni, kitorang bermalam di Richmond Thermal Hotel.    

p/s: Baru sempat nak sambung entry pasal Turki ni sebab sibuk dan bercampur malas..huhu..Akan cuba habiskan jugak upload entry ni sampai habis.caiyokk!!!

Thursday, November 28, 2013

TURKI: HARI KE-2 DARI BURSA KE KUSADASI


Assalamualaikum..(^_^)

Sebelum nak mulakan apa2 cerita kali ni, nak tunjuk dulu peta perjalanan sepanjang aku berada di Turki ni..Senanglah sikit korang nak bayangkan setiap perjalanan yang aku lalui sepanjang berada di sana.



Berdasarkan peta di atas tu walaupun rupanya nampak seperti lakaran ntah apa2 tapi ia banyak membantu aku untuk mengenalpasti di mana aku berada sepanjang aku kat sana.Kalau nak mengharapkan huraian dari Abdullah,konfem aku sudah hilang dihanyut ombak dan ntah di bawa ke mana2 sebab xboleh bayangkan sangat..he3..

Okey..dah boleh bayangkan ke???Kalau macam tu kita sambung cerita..

Aku ada beritahukan yang aku check in hotel untuk entry sebelum ni..Jadi, kami bersarapan kat hotel sebelum check out..Haah..dah daftar keluar dah???

Ye..sepanjang berada di Turki ni hotel hanyalah tempat persinggahan untuk tidur malam dan makan je.Lepas itu kitorang bertolak ke Grand Mosque (Ulu Cami) iaitu tempat pertama kami lawat di Bursa.Hanya ucapan memuji ke hadrat Ilahi yang dapat aku ungkapkan bila masuk ke dalam masjid ni.Indah sangat ukiran kaligrafi yang tertera dihampir setiap dinding masjid..Hampir semua jenis kaligrafi ada.Seingat aku masa aku belajar di Maahad dulu ada 4 jenis khat. Cuma aku xpasti berapa banyak sebenarnya jenis khat yang ada di atas dunia ni.


(tulisan khat yang terdapat di setiap tiang masjid)


Masjid ni bukan sahaja indah pada tulisan kaligrafinya tetapi juga binaan di dalamnya.Tempat ambil wuduk pun unik je aku tengok..



(tempat ambil wuduk bagi para muslimin.kolam ni terletak betul2 tengah dalam masjid.muslimat kena ambil wuduk kat tandas..huhu3)


Grand Mosque ni adalah masjid terbesar di Bursa dan di bina pada zaman Sultan Bayezid I pada zaman Uthmaniah.Ia mempunyai 20 kubah dan 2 menara.Kaligrafi yang terukir di dalam masjid pun adalah dari zaman Uthmaniah yang mana diukir oleh pakar2 dalam bidang kaligrafi.Abdullah juga ada menyebut bagaimana orang2 dulu menggunakan asap untuk mereka satu ruang yang mana semua orang dapat mendengar apa yang diucapkan oleh imam tak kira dimana kita berada dalam kawasan masjid tu..Aku pun tak pasti kesahihan cerita ini memandangkan aku tak dapat mencari sumber asal cerita ni.



(tulisan khat yang paling popular)


(ni namanya xde keje ambil gambar camni..he3..yang penting mak ayah aku sporting)


Selepas itu,kitorang dibawa ke Green Tomb/Mausoleum..Makam ini merupakan makan kepada Sultan Mehmet I yang juga sultan pada zaman Uthmaniah yang dibina oleh anaknya.Makan ini terletak bersebelahan dengan Green Mosque (Yesil Cami) di mana tempat kami mengerjakan solat Zuhur. Seusai melawat Green Tomb, kami berjalan ke Green Mosque yang hanya memakan masa selama 1 minit berjalan..he3..dekat je..


(Yesil bermaksud green)


(nilah bangunan yang menempatkan makan Sultan Mehmet I)



(makam Sultan Mehmet I)


(Green Mosque)


(makanan untuk tengah hari..roti yang dilapisi dengan kepingan2 daging..agak sedap cuma muak)


(pencuci mulut..rasa macam puding jagung pun ada)

Dalam perjalanan aku ke restoran untuk makan tengahari,tiba2 je ada sorang amca(pakcik) melambai-lambai tangan memanggil kitorang.Waktu tu pakcik tu berdiri depan sebuah kedai bergerak yang mana kami sekeluarga masih tidak dapat mengenal pasti apa yang diinginkan oleh pakcik tu.Jadi,adik aku yang lelaki ni pergi ke tempat di mana pakcik tu berada. Bila mana adik aku datang semula ke tempat kitorang, di tangannya dah ada kueh segera (lebih kurang macam char kuey kecuali takde pencicah je) yang masih panas2 lagi..(skema plak ayat2 ni.macam tulis karangan pun ada jugak..)

Rupa-rupanya kueh tu free je dan aku agak terkejut sebab kedai bergerak tu adalah tempat di mana sorang pakcik ni menggoreng dan mengagihkan kueh2 tersebut kepada orang2 tempatan dan juga pelancong secara percuma. Baik sungguh hati pakcik ni.Tak pernah lagi aku jumpa orang yang sanggup buka kedai semata2 nak bagi makanan percuma dekat orang lain..Semoga Allah mempermurahkan lagi rezeki pakcik ni..

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Kusadasi yang memakan masa lebih kurang 5 jam. Sampai di sana kitorang daftar masuk di Marina Hotel beserta makan malam di hotel.

Tunggu entry untuk hari ke-3 ye..(^O^)


p/s:Sepanjang perjalanan tu,telinga kitorang asyik dihidangkan dengan muzik2 Turki termasuklah Gulumcan (dalam entry lepas)..Makin lena jadinya tidur kitorang.hehehe.tapi aku sempat juga menangkap beberapa gambar sepanjang perjalanan tu sebab tertarik dengan muka bumi yang agak berbeza dengan tempat kita dan yang penting cantik2 pemandangannya..


Tuesday, November 19, 2013

Gülümcan..



Entry kali ni hanyalah selingan sementara sebelum aku menyambung semula penulisan tentang perjalanan di Turki..

Just wanna share one of the beautiful music that i keep on hearing in the bus when i was in Turkey..

Hope everybody enjoy it..

p/s:Sesiapa yang tertinggal untuk membaca travelog aku di Turki,boleh berbuat demikian di entry yang lepas.

Monday, November 18, 2013

TURKI: HARI 1 DARI ISTANBUL KE BURSA


Assalamualaikum…(^_^)

Aku tak nak mulakan cerita aku dengan merapu meraban. Jadi, aku akan sambung terus apa yang ingin aku kongsikan..

Bermulalah pengembaraan aku di Bumi Turki selepas terbang (maksud aku berada dalam kapal terbang ye kawan2 sume) selama 11 jam dari KL ke Istanbul.Tiba kat lapangan terbang Attarturk lebih kurang pukul 4.30 pagi. Jadi,masih terlalu awal bagi kami (rombongan Cik Kiah..hehe) untuk keluar melawat tempat2 di Istanbul.Tambahan pula, kami harus menunggu 2 orang lagi ahli rombongan dari Cairo yang akan join sekali rombongan kami ni..Lupa nak bagitahu yang jumlah keseluruhan rombongan kami seramai 32 orang.Ditambah lagi 2 orang pelajar dari Cairo tu,maka jumlahnya jadi 34 orang..(ntah apa2 la penulis ni..macamla pembaca xpandai nak kira sendiri)

Lebih kurang pukul 7 pagi, kami memulakan lawatan kami ke Hippodrome.Buat pengetahuan korang semua, Hippodrome terletak bersebelahan je dengan Masjid Sultanahmet(Blue Mosque) dan berhampiran juga dengan Hagia Sophia.

Layan gambar-gambar ni dulu..(^^>)


(Hippodrome..kat sini banyak sangat anjing.Jinak2 plak tu.Anjing2 ni akan jinak dengan pelancong je.Kalau jumpa orang Turki,anjing2 ni akan kejar dan menyalak..mmg lawak sangat sebab aku sempat tengok anjing ni kejar kereta orang tempatan kat sini.)

(Salah satu peninggalan orang zaman dulu kala..Zaman Byzantine kalau xsilap.Aku dah lupa apa kepentingan benda ni sebab banyak sangat sejarah yang aku pelajari dalam masa yang singkat kat sini..Hampir tak terdengar kesemuanya)


 Hippodrome ni asal perkataan Greek yang mana hippos bermaksud horse dan dromos bermaksud path or way.Mesti korang dah dapat agakkan tempat ni asalnya tempat apa…Kiranya pahlawan2 dulu selalu guna tempat ni untuk berlawan sesama diorang dengan menaiki kuda. Hippodrome ni juga dikenal sebagai Sultan Ahmet Square memandangkan tempat ni dah jadi dataran. Dan dekat sini juga masih ada tinggalan tugu(lebih kurang macam tugula..aku pun xpasti nak panggil apa benda ni) yang masih selamat sejak dari zaman dulu kala..

Selepas itu, kitorang berjalan memasuki kawasan Masjid Sultanahmet yang memang terletak berhadapan je dengan Hippodrome.Masa mula2 menjejak kaki ke dalam kawasan masjid ni,terasa bagai percikan bunga api mula berdentum-dentum dalam diri (excited sangat..ha3)..Yelah..Selalu tengok dalam tv je gambar masjid ni..sekali dah terhidang depan mata.Sapa yang tak excited.

Kalau korang nak tahu, Masjid Sultanahmet ni ada beberapa pintu masuk.Kebetulan hari tu,kitorang punya pemandu pelancong bawa masuk ikut pintu yang selalu Sultan dulu2 guna untuk masuk.Di pintu masuk tu ada satu rantai besar yang agak menghalang orang untuk masuk.Kiranya kalau nak masuk ikut pintu ni memang kena tunduk. Dan Abdullah(nama pemandu pelancong kitorng..lupa nak bagitahu awal2) cakap yang rantai ni sengaja diletakkan dekat sini untuk menunjukkn rasa rendah diri bila nak mengadap Allah Yang Esa tak kiralah setinggi mana pangkat orang tu kat dunia ni.Hajatnya nak tunjuk melalui gambar tapi aku dah lupa aku amik gambar guna kamera yang mana..haish..

(di hadapan halaman Masjid Sultanahmet..Masjid ni mempunyai 6 menara kecil)


(kubah utama..dipanggil masjid Biru berdasarkan ceramik berwarna biru yang banyak digunakan dalam masjid ni..lebih dari 20,000 ceramik yang digunakan untuk menghiasi masjid ni)

(ruang solat untuk lelaki..ruang solat perempuan dibahagian belakang dari ruang ni)

(Sultanahmet Park..tempat sesuai untuk amik gambar keseluruhan Masjid Sultanahmet..Abaikan model didepan..ha3)

Tempat terakhir kitorang pergi melawat di Istanbul adalah Topkapi Palace..Malas nak bercerita panjang tentang tempat ni melainkan hanya nak bagitahu yang tempat ni dulunya adalah singgahsana sultan pada zaman Uthmaniah dan kini dijadikan sebagai tempat tarikan pelancong yang mana terletaknya museum yang menempatkan barang2 peninggalan Rasulullah sekeluarga dan sahabat2 baginda(s.a.w) seperti pedang,baju, janggut Nabi dan lain2 lagi.Dekat sini aku hanya berpeluang menangkap gambar di kawasan sekitar je memandangkan kamera tak dibenarkan di dalam museum.Cuma apa yang aku dapat bagitahu yang kawasan Topkapi Palace ni memang sangat cantik lebih2 lagi bila ada bahagian kawasannya yang mengadap Selat Bosphorus.

(pintu masuk ke kawasan Topkapi Palace)

(replika keseluruhan kawasan Topkapi palace..rasanya aku hanya melawat 10% je dari keseluruhan kawasan..luas sangat kawasan.tak sempat nak jenguk semua tempat)

(salah satu kawasan dalam Topkapi Palace..)


(kawasan kegemaran dalam Topkapi Palace..Kafe yang mengadap Selat Bosphorus.Tak sempat nak pekena cay sebab masa dah suntuk..) 

Selesai sudah melawat kawasan2 tersebut,kitorang memulakan perjalanan ke Bursa yang memakan masa hampir 3 jam perjalanan.Sebelum berangkat tu sempat jugalah kitorng membeli belah dekat Spice Market yang mana terdapat barang2 yang dijual dengan harga yang agak murah jika dibandingkan dengan tempat2 lain di Istanbul..

(mengadap Laut Marmara..punyalah sejuk cuaca masa ni tapi minat aiskrim punya pasal,sanggup beli dan makan sampai habis..hehehe)

Sampai di Bursa lebih kurang pukul 8.30 malam dan daftar masuk hotel.


Selesai sudah aktiviti untuk hari ni..penat tapi seronok..

p/s:Maaflah kalau ianya membosankan sebab xpandai nak ringkaskan memandangkan semua tempat berkait dengan sejarah..chill ya!!!will be continued...

Sunday, November 17, 2013

TRAVELOG: TURKI

Permulaan bagi segala cerita..



Assalamualaikum..(^_^)

Tiba2 terpanggil untuk menulis travelog memandangkan sebelum ke Turki aku sempat membaca travelog dr blogger lain untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dgn Turki dan juga sebagai persiapan sebelum ke sana..

Travelog yang aku baca dari seorng hamba Allah kat blog banyak memberi maklumat yang berfaedah memandangkan aku takde idea langsung pasal Turki ni selain drpd sejarah2 yang ada aku pelajari masa zaman sekolah menengah dulu tapi tu pun tak banyak.

Tujuan aku menulis travelog ni pun bukan sekadar suka2 je tapi lebih kepada untuk menolong mereka2 yang akan ke sana dan juga sekadar berkongsi pengalaman.

Perkara yang patut amik tahu sebelum pergi ke sana:

1-Mata wang Turki

Kat Turki, diorang menggunakan 3 jenis mata wang iaitu Euro, US Dollar dan Turkish Lira.Sebelum ke sana agensi ada pesan kat kitorang yang mata wang M’sia xkan diterima kat sana. Masa tu pelik jugak nape diorng asyik ulang ayat yang sama sebab setahu aku memangla negara luar xterima duit kita masa membeli-belah melainkan kat Mekah dan Madinah.

Jadi,kitorng pun tukar jela terus ke Turkish Lira masa kat KL.Kitorang ada bawak jugak duit M’sia in case xckup duit Lira boleh tukar kat sana.Bila dah sampai sana,barulah kitorng tahu yang money changer kat sana xterima duit M’sia untuk ditukar ke Lira.haish..frust betul masa tu.xpernah2 lagi negara2 lain yang aku pergi stakat ni tak terima duit M’sia untuk ditukar.Nilah pertama kali kena benda camni..Bak kata orang2 dulu, belajar dari kesilapan.

Nak nasihatkan kat sini,lebih baik tukar duit M’sia ke USDollar dulu.Bila dh sampai sana baru tukar ke Turkish Lira.Cara ni lebih menguntungkan berbanding korang tukar duit M’sia ke Turkish Lira.Nak tahu berapa keuntungannya??Meh aku tunjuk contoh..

1) 200 Lira <- p="" rm330="" usd100="">
Berbanding dengan..
 2) 200 Lira <- aku="" ikut="" mata="" nbsp="" nilai="" p="" pergi="" rm440="" semasa="" wang="">

Haah..Nampak tak beza tu..untung dah RM 110.

2- Sejarah Turki zaman dulu kala.

Yang ni pun penting jugak untuk amik tahu.Bila dah pergi sana takdelah terlopong je dengar pemandu pelancong dok cerita.Kalau boleh cuba baca sejarah masa zaman Uthmanniah, Muhammad Al-Fateh, Cleopetra, dan seumpamanya.Bila tahu sejarah sedikit sebanyak barulah rasa percutian ke sana lebih bermakna sebab kita dapat bayangkan apa yang berlaku kat orang zaman dulu kala.

Mesti korang pikir aku ni poyo je dok promote sejarah negara luar.Sejarah Negara sendiri berterabur tak ingat..Hmm..xkisahla korang nak pikir apa tapi bagi aku sejarah Turki ni patut kita tahu sebab sejarah diorng banyak berkait dengan Islam..Lebih2 lagi berkait dengan para sahabat dan tabi’ tabi’in.

3- Benda2 lain..

Kena bawak bekalan lain jugak contohnya Megi, biskut2 dan seumpamanya sebab kadang2 korang akan rasa lapar masa tengah melawat tempat bersejarah kat sana. Megi tu lebih kepada nak makan bila dah rasa muak dengan makanan kat sana..hehehe..

Utk peralatan eletrik plak,diorng guna plug yang 2 mata je.yang ni xde masalah sgt kalau charger hp @ camera mmg jenis yg 2 mata tp kalau jenis yg 3 mata, korang kena bawak International plugla.

Banyak plak dok taip benda2 xpenting ni..hihihi..Nanti bosan plak..

Oklah,aku stop sini dulu..

Tunggu bahagian yang seterusnya ye..

Bahagian akan datang nanti lebih kepada hari2 aku kat sana..(^_^)


Monday, September 9, 2013

Now I Know...

Assalamualaikum..

Entry kali ni lebih kepada mengimbau masa silam yang mana meletakkan aku di tempat aku berada sekarang ni dan juga bagaimana waktu aku kecik2 dulu yg berkait dengan gigi..=)..

Pertama sekali aku nak ucap syukur sangat2 sebab Allah bnyak permudahkan urusan aku sepanjang tempoh aku belajar yang mana hanya Dia yang tahu macam mana aku lalui hidup aku setiap hari.Aku jenis yang tak banyak sgt nak share masalah masa belajar aku dengan sesiapa melainkan kawan2 terdekat je..Kadang2 mak ayah aku pun tak tahu tentang masalah yang aku hadapi sepanjang masa belajar tapi mereka tak pernah berputus mendoakan yang terbaik untuk aku..Itulah jasa mak ayah kita yang tak patut kita lupakan..Bila aku stress aku lebih suka balik rumah sebab aku rasa jiwa aku lebih tenang ditambah dengan motivasi dan nasihat yang tak pernah lekang dari mak ayah..

Aku sangat menghargai waktu2 sempit yang aku lalui di waktu akhir semester 10.Pengalaman tu banyak mengajar aku erti HIDUP,DOA,USAHA dan TAWAKAL.Masa tu aku rasa agak mustahil untuk aku menduduki exam dengan bilangan requirement yang tak berapa mencukupi..tapi benda yang kita rasa mustahil tulah Allah boleh tukar jadi benda yg tak mustahil untuk kita capai..cuma aku sedih sebab tak semua rakan2 aku lepas..Tapi,aku tak pernah berputus asa mendoakan yg terbaik untuk mereka.

Berbalik kepada topik bagaimana waktu kecik aku ada kaitan dengan gigi..

Hmmmm....

Ok...tak pernah terpikir pun yang aku akan amik kos gigi..tapi disebabkan mak ayah aku nak sangat anak dia amik kos yang berkaitan dengan apa saja perubatan,so aku tulis je kos2 mana yang ada masa tu yg berkaitan dengan disebut diatas..Last2 dapat kos gigi..

Masa aku kecik dulu lebih kurang umur 5 tahun kot,aku ada satu perangai yang mana kalau aku mnum air aku suka gigit cawan..nak dijadikan cerita,mak sedara aku bagi aku mnum air dalam cawan kaca dan disebabkan perangai aku yang suka gigit ni,bila mnum je terus pecah..dan end up dengan menangis...aku pun xtau nape aku nangis..munkin sebab xdapat mnum air kot...haish...

Benda ni bukan berlaku sekali je tapi banyak kali..semua orang dah marah2 ngan aku sebab aku banyak pecahkan cawan kat rumah nenek aku..akhirnya end up dengan bagi aku cawan plastik..semua xbrani nak bagi aku mnum dalam cawan atau gelas kaca...bila dah makin besar tu,aku sendiri dah pandai dah kontrol cara aku mnum walaupun kadang2 tu aku masih gigit cawan bila tgah mnum.cuma tak kuat...

eksiden kedua yang melibatkan gigi,bila aku jatuh tangga masa main keje2 pejabat.aku dan sepupu aku suka main konon2nya kitorng tgh keje kat pejabat..xleh blahnya,kitorng jadikan tangga umah aku sebagai pejabat..mngkin susah skit kot macam mana korang nak bayangkan tapi nak cerita serba sedikit mcam mana rupa tangga rumah aku ni..hehe..

Tangga rumah yang aku maksudkan ni bukan tangga kat luar rumah tapi dalam rumah..tangga ni jenis tangga kayu bercampur batu yang mana dia ada pemisah diantara setiap anak tangga tu..kiranya,boleh masukkn kaki kat bawah setiap anak tangga tu..haish..susah gak nak bayangkan ni..xpe2..aku lukis sikit..tapi jangan gelak la sebab aku lukis cikai2 je bagi senang sikit utk korang bayangkan..

haa...camnilah cara kitorng duduk bila main keje pejabat..makin ke atas makin jadi feveret port aku duduk..nak dijadikan cerita,masa aku nak kluarkan kaki dari bawah anak tangga tu tiba2 badan aku tak seimbang dan bedebukk!!!!tiba2 aku sedar aku kat anak tangga bawah sekali dah..rupa2nya aku tergolek jatuh dari atas..mujurlah badan xde patah apa2..tapi aku sedar gigi aku patah..masa tu xperasanla plak gigi yang mana satu patah yang pasti gigi susula..bila tahun berganti tahun,aku sedar yang ada satu gigi kacip bawah aku ni macam ada defect sikit..sepatutnya semua permukaan gigi tu putih tapi yang ni ada satu warna kuning bulat kt tengah2 gigi kacip tu..aku xberapa suka rupa gigi aku masa tu sebab aku rasakan ia tersangatlah hodoh dan mengganggu senyuman aku sebab jelas sangat bila senyum..huh...banyak tahun gak aku dok pikir macam manala nak rawat gigi aku yang tu..masa tu tak terpikir plak nk pegi jumpa doktor gigi..Bila dah masuk tahun satu kt USIM,barulh aku dpt jlan penyelesaian bila senior aku sanggup untuk tampal gigi aku tu..lpas wat rawatan tu memang hepy tak terkata,,asyik dok senyum lebar je...kih3..

Nilah kisah aku yg sedikit sebanyak ada kaitan dgn gigi..(^_^)

excited plak menaip entry kali ni sebab dah lama tak update blog ni..klah..chow dulu..wassalam...

p/s:kepada rakan2 blog tu rajin2lah update ek sebab keje aku sekarang ni baca blog orang..sendiri mau update malas skit..kuikuikui..=P 

Wednesday, June 5, 2013

senyum jela..

Assalamualaikum...

Bibir hanya mampu tersenyum bila angin2 yg berlalu membawa berita yg lebih kurang sama je dgn apa yg aku prnah dgr sebelum ni..

"Korang ni tak stress ke? Bnyak lg requirement korang yg xsiap ni..saya tengok sume tenang je."

Lbh kurang begitulh ayatnya..

Dari sudut junior2 plak..

"Kitorng plak yg lg stress dr akak. .akak nmpak hepy je."

Dan lbh kurang begitulh juga cerita yg aku dgr dr kwn aku..

Rasa nak gelak pon ada gak bila trdgr ayat2 di atas tu dan aku mula terpikir perlu ke tunjuk muka stress kt orng sekeliling..korang nak sgt ke tgk muka kitrng stress..hoho..

Rasanya xperlu kot..

xbaik kita menyebarkan unsur negatif kt orng2 sekeliling kita.

Takkanla korang nk tgk muka kitrng cam zombie2 kg pisang...asyik dok tnjk mka stress.nnt korng gak yg xbrani nk tegur ktrng..xgitu??? Kan..kan..

Kalau boleh biarlh kita stress sensorng daripada menstresskan orang lain..xpasal2 nanti jangkit kt sume orang.lg pon dunia ni bukan hanya utk klinik dan requirement je.bnyak lg benda yg penting utk difikirkan dan dibuat.jadi apa2 pon pasni kita cba trima dgn redha.yang penting niat tu harus IKHLAS...

Ps: patient paed saya sgt baik..terima kasih Allah..