Sunday, March 27, 2011

Deja Vu


Salam sejahtera semua..

Topik yang akan dipersembahkan hari ini adalah berkaitan dengan deja vu..(n_n)
korang penah dengar tak perkataan ni @ korang penah alami sendiri tak????

xpe2..
sebelum aku melangkah lagi jauh,aku nak bagitau dulu definisi deja vu ni kat korang..

Deja vu ni bermaksud peristiwa yang korang sedang alami sekarang ni macam pernah korang alami sebelum ni tapi korang tak pasti.

Tanda2 yang korang rasa masa tu sama ada rasa pelik @ familiarity.Kadang2 korang akan rase tersentak secara tiba-tiba seperti korang pernah berada dalam situasi tersebut sebelum ini.

Pengkaji2 sebelum ni pernah mengaitkan deja vu ni dengan penyakit schizophrenia, anxiety, and dissociative identity disorder. Namun telahan dan idealogy mereka semua tak diterima dan tak berjaya dirungkaikan melalui kajian mereka.

Selain daripada deja vu,ada lagi fenomena lain yang lebih kurang sama dengan deja vu ni..Ia dipanggil:

Jamais vu (sila klik)

dan

Presque vu (sila klik)


okey..
sambung semula topik kita pasal deja vu ni,aku sendiri pun selalu je alami fenomena ni.
Bukan sekali dua je tapi banyak kali.Aku sendiri pun still tak jumpa lagi jawapan..korang rasala kan,camne kita boleh alami deja vu ni???

Kalau dulu,ustaz aku pernah cerita pasal roh2 ni.Dia cakap masa kita tido,roh kita akan keluar dari badan dan berjalan kemana-mana je yang kita nak..mungkin masa kita tengah tido,roh kita dah alami sesuatu peristiwa ni.Bila di alam sebenar,kita ulang semula peristiwa tu menyebabkan kita rasa kita sedang alami deja vu.
hmm..boleh pakai ke theory camni???rasa macam mengarut je plak.

apa2 pun,sesapa yang rasa dia ada theory yang lagi baik dan bagus,sila bagitau aku.Boleh kita share ramai2..(n_n)

p/s:kadang2 bila terbau minyak wangi dan dengar lagu pun boleh mnyebabkan aku rasa macam deja vu..:P


No comments:

Post a Comment