Sunday, May 29, 2011

Imaginasi Aku


Salam semua...^_^

Entry aku untuk kali ini tak berat dan tak melibatkan apa-apa emosi.Just nak share sikit sesuatu yang aku pernah terpikir sebelum ini dan pemikiran ini adalah ketika zaman aku masih kanak-kanak dan juga untuk zaman sekarang..hehe.

1- Rumah fluorescence???
Aku pernah terpikir bestnye kalo ada 'rumah fluorescence'.Banyak kelebihannya kalo ada rumah camni,salah satunya korang xpyh guna letrik dh malam-malam.Pastu kalo ada pencuri nak pecah rumah,awal2 lagi korang dh nampak pencuri tu jalan kat sekitar rumah.Yang paling penting,mestilah nampak cantik sbb bila waktu malam je rumah kita menyala..cam kunang2..tak ke cantik kalo ada rumah camtu.

2- mesin faks???

Yang ni xdelah nak cite psl kemajuan yg boleh diubah utk mesin faks ni. Cuma aku nak cite kalo waktu dulu memang aku xtahu camne mesin ni berfungsi. Aku ingatkan mesin ni akan hantar kertas tu terus kt 'receiver'..Rupa-rupanya telahan aku salah ye..hoho.Mesin ni hanya akan copy information,pastu hantr information tu dalam bentuk data yang dah di 'copy'...memang ntah apa2la aku pikir waktu tu.

3- will be continued..hehe

Monday, May 23, 2011

Subjek Elektif

Salam semua..

Sebelum aku memulakan penulisan aku untuk edisi cuti ni (xleh blah bila ada edisi cuti plak..hehe), aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan2 tersayang. Korang dah mula wat ke projek korang untuk subjek elektif??? Kalo korang tanya aku, jawapan aku mestilah 'tak'.hehe..

Ramai gak yang tanya aku nak buat apa untuk subjek elektif ini kat facebook. Untuk pengetahuan korang semua, aku akan bergabung dengan sarah, che pah, didi, nisah dan nus. Kitorang akan buat outdoor activity kat Shah Alam. Nama tempat tu Sky Trex Adventure. Kat sini korang boleh wat macam2 aktiviti lasak contohnya flying fox, jungle trek n bermacam-macam lagi. Kalo sape2 berminat, boleh layari laman web www.skytrex-adventure.com. Kat sini korang akan tahu lebih terperinci apa yang ada kat skytrex ni. Nampak macam best tapi tak tahulah camne bila kitorang join nanti.

Apa2 pun thanks to sarah yang tolong booking dan thanks to che pah yang tolong deal dengan akmal untuk jadi bodyguard kitorang.

Monday, May 16, 2011

Mari Mewarna..(''>)


Tengah syok dok layan internet, tiba2 adik perempuan aku ni mintak aku lukiskan satu gambar untuk dia warnakan. Walaupun pelik dengan permintaan dia,tapi aku teruskan juga usaha untuk lukis sesuatu sebab aku tahu dia memang takde bakat langsung dalam bidang seni ni,lagi2 bab melukis..hehe..sedap je mulut kutuk adik sendiri..dengan berbekalkan bakat yang tak seberapa,akhirnya aku berjaya jugak hasilkan satu lukisan..(rama-rama je pun)

Nilah proses mewarna yang dihasilkan oleh adik aku sendiri..


(Ni aku lukis khas untuk adik aku)


(proses mewarna menggunakan warna yang tak seberapa)


(aku cadangkan dia supaya dia guna watercolour pencil sebab warnanya akan jadi lagi cantik)


(proses touch up dengan air untuk hasil yang lagi baik)


(inilah hasilnya)

Sebenarnya warna untuk lukisan ni lagi cantik dari yang korang tengok sekarang ni tapi disebabkan camera aku yang tak seberapa (guna camera phone je), maka terhasillah gambar yang tak seberapa jugak.

Apa2 pun, bangga kat dia sebab dia bersungguh2 untuk siapkan jugak proses mewarna ni.
hehe..Kalo korang nak tau,adik aku ni dah abis SPM dah.Dia gak yang suh aku post gmbr ni kat blog..LYKIR @ likir, i dah tunaikan janji i dah as ur sister..

Selamat Hari Cikgu @ Guru..

SELAMAT HARI GURU

DIUCAPKAN KEPADA:

WARGA GURU SEK.KEB.MENTUAN

WARGA GURU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

WARGA PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


"JASAMU AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIRNYA"

DAN TAK LUPA JUGA KEPADA AYAH @ DADDY LONG LEG,

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA,

KHIDMAT AYAH SELAMA 33 TAHUN SANGATLAH BERMAKNA.

(''>)

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENJADI GURU:

INGATLAH..

ANDALAH GENERASI CONTOH BAGI KAMI SEMUA,

TUNJUKKAN TELADAN YANG BERGUNA,

AGAR MENJADI IKUTAN KAMI SEMUA.

Friday, May 13, 2011

Don't Give Up..

Aku rasa apa yang korang rasa,
Mungkin apa yang aku rasa tak sehebat yang korang rasa,
Cuma satu yang aku pinta,
Janganlah korang putus asa,
Lagi2 untuk memohon kepada Yang Maha Esa,
Sesungguhnya Dia tahu apa yang kita rasa,
Menangislah semahu-mahunya,
Di depan Allah yang Maha Berkuasa,
Kerana kita ni hanyalah hambanya yang hina,
lalai dengan apa yang ada,
Dia takkan menghampakan kita,
Jika kita sungguh2 ingat akanNya,
Dan selagi kita berusaha,
Allah pasti bersama...

Hanya satu yang aku pinta,
kemaafan dari 'korang' semua,
Sesungguhnya,
Aku bukanlah pemujuk yang setia,
Kerana aku juga sebahagian darinya,
Dan untuk semua tangisan yang ada,
Kita kongsi bersama...

p/s: Marilah kita bangkit bersama..chiayokk!!!