Sunday, August 31, 2014

TURKI: HARI KE 7 & 8 DI ISTANBUL



Assalamualaikum..(^_^)

Entry kali ni lain dari yang lain sebab aku akan cerita untuk 2 hari terus memandangkan hari-hari terakhir banyak dihabiskan di Istanbul. Jadi, ada baiknya aku gabungkan je hari ke 7 dan hari ke 8.

Lawatan hari ke 7 ni bermula seawal 11 pagi memandangkan kitorang sampai lewat dari Ankara semalam. Tempat pertama yang kami kunjung adalah makam Ayyub Al Ansari yang terletak di masjid yang dinamakan sempena nama Abu Ayyub juga. Untuk pengetahuan korang di kawasan ini jugalah mayat Ahmad Ammar iaitu pelajar Malaysia yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di kebumikan. Sepanjang aku berada di Turki terutamanya Istanbul, takde satu berita pun aku dengar pasal Ammar. Balik Malaysia baru tahu cerita pasal dia…(-_-)


(di perkarangan masjid Abu Ayub Al Ansari)


Di masjid Abu Ayyub ni kitorang sempat solat zohor dan asar. Selesai solat, kitorang bergerak ke restoran untuk makan tengahari. Lawatan seterusnya, kitorang ke masjid Suleymaniye. Dari segi binaan masjid ni agak menyerupai masjid Biru tetapi keluasan dan saiznya lagi besar dari masjid Biru. Keistimewaan masjid ini adalah pada menaranya yang mana ia dapat digerakkan sebanyak 60 cm. Ini bagi mengelakkan masjid ini runtuh jika berlaku gempa bumi.


(di perkarangan masjid Suleymaniye..reka bentuk yang hampir menyerupai masjid Biru)


Seterusnya, kitorng dibawa ke Kapali Carsi ataupun dipanggil juga sebagai Grand Bazaar. Grand Bazaar ni adalah tempat untuk membeli belah yang mana terdapat lebih beratus-ratus kedai didalamnya. Jika korang jenis yang minat untuk shopping, tempat ni memang sesuai untuk membeli belah sebab hampir semua barang boleh dijumpai di sini dari hiasan dalaman rumah hinggalah ke aksesori lelaki dan perempuan..bunyi macam syurga membeli belah plak..hehe


(di hadapan pintu masuk Grand Bazaar)


(ni baru lepas makan..nampak tak muka tengah senyum kekenyangan..hehe)


Lawatan untuk hari ini tamat sampai sini memandangkan esok kitorang masih berpeluang untuk berjalan-jalan dan membeli belah di sekitar Istanbul.

Keesokan harinya, kitorang mendaftar keluar tepat pukul 11 pagi selepas bersarapan di hotel. Kitorang dibawa terus ke restoran untuk makan tengahari. Selesai makan, kitorang diberi peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Istanbul. Kiranya masa ni kitorang wat aktiviti sendiri. Tak payah berjalan dalam kumpulan dah.. inilah bahagian yang aku paling suka sebab masa inilah boleh jalan2 amik masa tengok pemandangan sekitar Istanbul tanpa perlu terburu-buru dah.


 (sekitar perkarangan Hagia Sophia dan Masjid Biru)


Waktu terluang yang diberi tak aku sia-siakan. Selepas selesai menunaikan solat zohor dan asar di Masjid Biru kitorang sekeluarga berjalan-jalan di sepanjang jalan utama sekitar Masjid Biru turun ke jalan tepi laut tapi tak sempat sampai ke tepi laut sebab jauh sangat nak turun ke bawah. Tambahan pula, jalan-jalan di sana berbukit-bukau dan Masjid Biru plak terletak di atas bukit. Masa jalan nak turun tu memang senang tapi bila kena naik pegi ke Masjid Biru semula memang penat giler. Jadi, kitorang wat keputusan tak pegi jauh sangat sebab kesian dekat mak ayah aku.

Di sepanjang perjalanan itu, terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang seperti sarung bantal, aksesori wanita, t-shirt dan macam-macam lagi. Harganya pun lagi dimurah jika dibandingkan dengan barang di Grand Bazaar. Sewaktu berjalan sempatla juga tengok gelagat manusia terutamanya orang Turki. Orang Turki di Istanbul ni boleh dikategorikan agak moden, perempuannya cantik-cantik dan lelakinya hensem. Hensem aku maksudkan di sini memang hensem sangat sebab muka diorang campuran muka pak Arab dan omputih..=P      

                Selesai berjalan dan membeli, kitorang berjalan naik ke Masjid Biru semula untuk solat maghrib dan isyak. Kebetulan masa tu xmasuk waktu maghrib lagi jadi sempatla lepak sambil makan depan perkarangan Masjid Biru. Kebetulan masa tu senja baru nak berlabuh. Suasana masa tu cantik sangat dan membuat aku terpikir yang tak mustahil kalau suatu hari nanti aku akan datang semula ke sini..(T_T)..


(pemandangan Masjid Biru di kala malam berlabuh)


(tak tau nak 'caption' apa gambar ni tapi realitinya di luar ia sangat cantik di pandang..)


Selesai solat jemaah di Masjid Biru, kami berkumpul semula dengan ahli kumpulan yang lain di depan Hagia Sophia yg terletak bersebelahan dengan Masjid Biru dan bertolak ke restoran di kawasan Taksim untuk makan malam. Seterusnya kami bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Antara percutian-percutian yang pernah aku pergi, yang nilah percutian yang paling memenatkan dan yang paling menarik sebab banyak sangat kenangan sepanjang berada di sini.

Akhirnya tamat jua penulisan aku berkaitan dengan Turki ni. Lega sangat sebab banyak kali tertangguh disebabkan kerja-kerja lain yg terpaksa didahulukan dan juga dengan masalah internet yang kerap kali berlaku. Maaf jika ada kesilapan dari segi perkataan dan ayat sepanjang korang baca penulisan aku ni sebab dah lama sangat tinggal bidang penulisan ni..kehkeh..bajet cam ada orang baca je..

Sekian..


p/s:banyak lagi nak tulis tapi nampak gaya memang dah panjang jugak entry kali ini…(”>).hmm..i'm really miss Istanbul so much.   


Friday, June 13, 2014

TURKI: HARI KE-6 DARI KAPADOKYA KE ANKARA


Assalamualaikum..(^_^)

Setelah menginap 2 hari di Kapadokya, pagi ini kami akan mendaftar keluar untuk meneruskan perjalanan ke Ankara. Untuk pengetahuan korang semua, Ankara adalah ibu negara Turki. Ramai yang menganggap Istanbul adalah ibu negara Turki termasuklah aku sendiri.

                Dalam perjalanan kami ke Ankara, kitorang sempat singgah di Laut Garam (Salt Sea). Di sini pemandangan yang kitorang dapat lihat adalah pasir yang putih ibarat nun jauh di sana tiada penghujungnya. Pasir-pasir yang aku maksudkan di sini bukanlah pasir pantai biasa tapi ianya adalah garam. Garam-garam dari laut ni banyak digunakan atau diproses menjadi bahan-bahan kecantikan seperti sabun mandi, scrub badan dan muka dan banyak lagi.


(berlatarbelakangkan Laut Garam..suka kacau budak kecik ni sebab muka dia macam budak dalam cite 'Up'..teheehe)

Sepanjang aku berada kat sini, aku ada terpikir juga kalau matahari memancar terik mungkin pemandangan di situ lebih cantik jika dibandingkan waktu mendung kerana garam-garam yg ada di situ akan nampak lagi putih. Waktu tu cuaca agak sejuk dan mendung ditambah pula angin yang bertiup agak kencang juga. Disebabkan cuaca yg agak sejuk jadi kitorang singgah sebentar je di Laut Garam dan kami meneruskan perjalanan ke Ankara.

Sampai sahaja di Ankara, kami singgah makan dan solat di Ankara Gari.



(di hadapan bangunan Ankara Gari)

 Selesai solat, kami terus ke Ataturk Mausoleum. Jangan terkejut jika korang sampai di sini dan korang nampak orang di sini sangat menyanjung Mustapha Kemal Attaturk berbanding kita di Malaysia puratanya dah tahu macam mana layanan Ataturk kepada orang Islam di Turki. Bagi orang Turki di Ankara ni, mereka menyanjung Attaturk disebabkan oleh kemodenan yang di bawa di Turki. Disebabkan itulah beliau dipanggil sebagai bapa kemodenan. Tapi bagi orang Turki di pedalaman, pandangan mereka terhadap Ataturk lebih kurang sama pandangan kita di Malaysia.

Di Ataturk Mausoleum, pemandangan di sini agak cantik kerana kawasan di situ banyak di hiasi dengan taman-taman bunga. Selain itu, rekaan bangunannya nampak megah dan ditambah pula kedudukannya di atas bukit. Jadi, kitorang dapat tengok pemandangan bandar Ankara dari mausoleum ni.



(dari kiri: Educator, farmer and soldier..guess what??farmer is a leader kerana dia yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara)

           

 (dah lupa apa maksud di sebalik patung2 ni)


(tak tahula apa motif ayah dok belakang askar ni..mungkin nak elak sinaran matahari kot..=P )

            

(salah satu bangunan di museum ini yang menempatkan makam Ataturk)


(pemandangan bandar Ankara yg dapat dilihat dari bangunan di atas)


(makam Ataturk)

Selepas menghabiskan beberapa jam di sini, kami meneruskan perjalanan ke Anatolian Civilisation Museum. Di sini memang banyak sangat patung tanpa kepala. Tengok patung-patung kat situ memang terasa agak ngeri jugak sebabnya takde kepala dan ditambah lagi kitorang berada kat situ hari dah nak malam.fuh..memang seriau. Mujurlah ada gerai yang jual gelang dan rantai tangan murah2.hehe..minat aku untuk shopping memang tertumpu kepada benda-benda macam ni..(“>;)



 

(antara khazanah yang ditempatkan di dalam Anatolian Museum)


(salah satu patung tanpa kepala yang terdapat di perkarangan taman musium..disebabkan rupanya takde jadi adik aku tolong gantikan kepala dia..hehe)

Untuk pengetahuan korang, kitorang tak bermalam di Ankara sebaliknya kitorang menerusk
an perjalanan ke Istanbul. Jadi, banyak masa tido dihabiskan dalam bas je sebab perjalanan dari Ankara ke Istanbul agak jauh juga. Sampai di Istanbul, kitorang menginap di hotel Golden Way. Masa tu memang muka teruk giler kot sebab baru bangun dari tido pastu kena check in hotel terus. Tak sempat-sempat nak basuh muka pun terus mengadap pekerja hotel.       

p/s:minta maaf untuk ke sekian kali sebab lambat sangat nak habiskan entry pasal Turki ni.Banyak sangat keje2 lain yg terpaksa aku dahulukan…InsyaAllah akan cuba habiskan secepat mungkin memandangkan tak banyak dah hari yang tinggal untuk di habiskan..(^_^)

Saturday, May 10, 2014

TURKI: HARI KE-5 DI KAPADOKYA



Assalamualaikum..(^_^)

Bangun pagi ni memang terasa tenang sebab tak payah kemas barang macam hari-hari sebelum ni sebab kami masih akan bermalam di sini. Lawatan kami hari ni pun lebih kepada tempat-tempat yang berdekatan dengan hotel je.

Tempat pertama kami lawat untuk hari ni adalah kilang ceramic. Mungkin perkataan kilang itu agak ‘exaggerate’ sebab bangunannya lebih kepada bangunan biasa dan tidaklah besar mana. Tapi, ceramicnya memang bagus dan berkualiti tinggi. Macam biasa juga, aku tak berminat sangat dengan benda2 macam ni. Aku lebih sukakan pemandangan daripada datang ke tempat2 camni.


(demo cara membuat bekas gula..tangan yang berseni je dapat buat ni..hebat!!)


(semuanya hasil tangan)


Jadi, kami meneruskan perjalanan ke Goreme Open Air Museum. Museum ini lebih kepada sejarah tentang paderi2 wanita di mana tempat ini pernah menjadi tempat kediaman para paderi wanita. Berdasarkan apa yang aku perhati, tempat ni memang cantik sangat dan tak nampak pun macam tempat tinggal memandangkan kawasan ni dikelilingi gurun2.


(berlatarbelakangkan kediaman para paderi wanita)



(sweet loving couple ever..asyik honeymoon setiap tahun dengan anak2..tak sah kalau xbawak anak.hehe)


(dua2 ni bajet sweet jgak gitu..kih3)


(kredit to camerawoman..(^_^)..)


Selesai melawat musium, kami singgah di jewellery shop dan makan tengahhari di kedai berhampiran. Disebabkan kitorang melawat tempat2 yang berhampiran dengan hotel jadi kami sempat pulang ke hotel untuk solat.

Aktiviti petang kami diisi dengan melawat ke Kaymakli Underground City. Jangan korang salah faham plak dengan perkataan ‘city’ tu. Tempat ni bukan macam bandar2 yang korang selalu tgk tu. Bandar yang aku maksudkan di sini adalah bandar bawah tanah yang digunakan sebagai tempat persembunyian semasa zaman peperangan dulu kala. Bandar bawah tanah ni memang sangat jauh ke dalam dan kitorang hanya sempat melawat 10% je dari tempat ni.

Bila berada dalam bandar bawah tanah ni, korang takkan rasa macam jalan2 kat bandar sebab tempatnya sempit dan ruang di dalam lebih menyerupai ruang2 yang biasanya ada dalam rumah seperti dapur, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya. Kiranya kalau nak jalan dari ruang ke ruang, korang terpaksa jalan merangkak. Sebelum masuk sini, Mr.Abdullah ada pesan kat kitorang yang dia tak galakkan sapa2 yang ada claustrophobia untuk masuk. Kang tak pasal2 ada yang pengsan..(6_^)




(di hadapan pintu masuk Underground City..yang poyo tu Mr.Abdullah)


(salah satu ruang dalam Underground City)


Aktiviti petang diteruskan dengan melawat kilang karpet..bab karpet ni xnak cite panjang sebab tak menarik. 

Yang menariknya kitorang dibawa untuk melihat persembahan tarian Derwish..(^_^) hehe…nilah saat yang aku tunggu2 bila datang Turki.

Untuk pengetahuan korang semua, tarian Derwish ni adalah tarian sufi. Ia dicipta untuk memanggil semangat (spirit) dari luar masuk ke badan. Kiranya menari tu untuk berkomunikasi dengan semangat yang ada di alam ni tapi ia bukanlah bermaksud yang korang ni akan dirasuk bila menari tarian ni... Selain tu, ia juga untuk mencari spirit dalam diri kita. Sepanjang persembahan, kitorang tak dibenarkan untuk ambil gambar, gelak, bising dan seumpamanya. Kiranya,kita pun kena fokus jugak. Tarian ni dimulai dengan ketuanya pusing2 dan diikuti dengan 5 orang lagi penari yang lain. Tarian ni dimulai dengan bacaan yang aku sendiri tak faham apa yang diorang baca tapi bunyi macam berselawat pun ada. Habis bacaan dan bersyair barulah diorang mula menari..Bila tengok diorang pusing tu, aku plak yang terasa pening.(*_*)


Habis persembahan barulah kitorang dibenarkan ambil gambar. Tapi bahagian nak ambil gambar ni ahlinya dah tak cukup. Diorang suruh 2 orang je yang menari untuk kitorang rakam video ataupun untuk gambar.


(nampak je kecik pentas ni tapi dapat memuatkan 6 orang penari)

Selesailah aktiviti hari ni yang mana aku rasa agak penuh dan padat tapi seronok sangat. Balik hotel pun dengan perasaan gembira sebab tak payah tempuh perjalanan yang panjang…(^^>)


(sudut yang aku paling suka dalam bilik hotel..)

p/s: rasa macam nak upload je semua gambar terutamanya yang melibatkan pemandangan..cantik sangat..

Thursday, May 1, 2014

TURKI: HARI KE-4 DARI PAMUKKALE KE KAPADOKYA



Assalamualaikum..(^_^)

Hari ke-4 ni berjalan seperti hari-hari sebelum ini yang mana lepas makan pagi kat hotel, kitorang daftar keluar dari hotel Richmond Thermal..


(Richmond Thermal Hotel)


(berhadapan hotel dan berlatarbelakang Pamukkale)

Mengikut perkiraan Mr.abdullah, kami harus bertolak terus ke Kapadokya kerana dalam perjalanan ke sana nanti kami akan singgah di beberapa tempat. Akan tetapi disebabkan semua orang tak berpuas hati tak dapat amik gambar cantik2 dkt Cotton Castle, jadi Mr.abdullah bawak kitorang ke Natural Park Pamukkale.

Natural Park ni terletak di kaki bukit batu kapur yang mana di atasnya terletak Cotton Castle. Taman ini berlatarbelakangkan batu kapur cuma bahagian belakang Cotton Castle. Jadi, xnampak pun Cotton Castle tu dari bawah ni. Walaupun aku tak dapat tengok Cotton Castle tu dari bawah ni tapi pemandangan dari taman ni dah cukup untuk memuaskan hati aku. Pemandangannya memang indah dan tenang..Kadang-kadang terpikir jugak kalau dapat lepak kat sini tiap-tiap petang ni memang syok jugak..hehe..tapi itu hanyalah angan aku semata-mata.



(bukit batu kapur berhampiran Cotton Castle)


(Natural Park)
  
Puas kami menjamu mata di Natural park ni, barulah kami bertolak ke Kapdokya. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah makan di Konya. Masa kat sini, kami sempat berjumpa dengan ayah Mr.Abdullah.memang peramah orangnya. Asyik senyum je..=)



(singgah makan di Konya..kat tepi adik aku tu salah sorang ahli kumpulan kami)



(tingkat bawah restoran)

Di Konya, kami juga singgah di musium Mevlana. Musium ni menempatkan makam-makam ahli sufi dan barang-barang tinggalan mereka zaman dahulu kala.


(Mevlana Museum)


(xtau apa motif amik gambar kat sini. tiba2 je teringin..hehe)


(mak aku yang tak pernah lekang dengan bunga-bunga.taman ni berada dalam kawasan musium)


(di masjid ni kami menunaikan solat zohor dan asar)


Usai solat Asar di Konya, kami meneruskan perjalanan ke Sultanhani Caravanserai. Kami sampai di sini ketika waktu malam mula menjengah. Suasana di situ memang sunyi sangat ditambah pula hanya kumpulan kami je yang berada di situ.  Sepanjang berada di sini cuaca memang sejuk sangat di tambah pula masa tu dah malam. Jadi, kitorang sempat minum teh panas dekat kedai berhampiran.


(tgh merenung masa depan kot..he3)



(salah satu sudut dalam Caravanserai)



(pandai je kucing ni tarik perhatian aku..sebab dia kiut sgt,jadi aku upah dia biskut..keh3)

Selesai minum, kami masih meneruskan perjalanan ke Kapadokya. Aku agak untuk hari ni, memang kami banyak menghabiskan masa atas bas je sebab perjalanan ke Kapadokya ni memang mengambil masa yang agak lama.  

Sampai di Kapadokya, kami mendaftar masuk di hotel Double Tree Hilton. Di sini kami akan menginap untuk 2 malam. Apa yang aku dapat simpul, aku suka menginap di hotel ni sebab dia punya bilik dan makanan agak best di tambah pula pemandangan dari bilik memang sangat superb sebab kitorang dapat tengok kawasan2 pergunungan sekitar hotel ni.

p/s: Kapadokya terkenal dengan belon panas dan tarian sufi..ok..tunggu entry akan datang ye..(^_^) 


Friday, March 21, 2014

TURKI: HARI KE-3 DARI KUSADASI KE PAMUKKALE


Assalamualaikum..(^_^)

Macam hari2 yang lepas, kami bersarapan di hotel sebelum daftar keluar dan seperti biasa jugalah kami akan memulakan perjalanan ke tempat2 yang telah ditetapkan oleh agensi.

Maka, perjalanan bermula apabila kami dibawa ke leather shop. Mungkin lebih sesuai dipanggil boutique or so on memandangkan kedai tersebut nampak agak ‘high class’ pada pandangan mata aku. Nape aku sebut ‘high class’??haa..Meh nak cite sikit..

Sampai sahaja aku di kedai ni,kitorang disambut dengan senyuman yang tersangatlah manis..Mungkin diorang dah nampak yang duit2 akan melayang dari poket kitorang.haha…Nak sambung ceritanya,kitorang dijemput masuk ke dalam show room utk tgk fashion show..ok..tu perkara yang xpernah aku tengok secara langsung..


(The Trio yang tgh 'excited' nak tgk fashion show..aku ada rekod video masa ni tapi tak sanggup nak upload sebab lama sangat)


Bila fashion show bermula,semua jaket yang ditayangkan oleh model2 memang agak menarik dan cantik..aku siap bagi arahan dekat adik aku yang laki suruh catat nombor2 jaket yang aku berkenan.
Selesai je show, kitorang dibawa ke ruang sebelah yang menempatkan semua jaket2 kulit yang baru ditayang oleh model2 tersebut.

You know what??

Hampir semua jaket2 yang aku tengok kat situ berharga lebih kurang USD1000 lebih..(*O*)
Hmm..aku takdelah terkejut sangat memandangkan aku pernah baca tentang hal ni dari blogger lain.Aku cuba jugalah intai2 mana tau ada yang murah2.Dan aku tak jumpa satu pun jaket yang berharga bawah dari USD1000..Huh..melampau mahal macam bedil..Jadi,kitorang wat keputusan keluar dari kedai tu tanpa beli apa2..

Keluar dari kedai terus ambil gambar pemandangan dan bunga..ahakss..baik amik gambar dari beli jaket yang mahal.percuma je ambil gambar..Padahal dalam hati memang teringin nak beli jaket2 tu memandang jaket2 tu memang berkualiti tinggi..


(Mak yang selalu 'excited' dan tak pernah bosan utk bergambar dengan bunga..(^_^))

Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke Kota Ephesus..Tak banyak yang dapat aku huraikan untuk tempat ini memandangkan sejarah tempat ni agak kabur bagi aku.Ditambah pula tak dapat cari sumber yang betul untuk menerangkan tempat ni..Jadi,korang layan jela gambar2 di bawah ni ye..


(berlatarbelakangkan Kota Ephesus..ni baru starting point.masih jauh perjalanannya ye..)


(one of the theater..)





(sapa2 yang amik kos sains dan kesihatan mesti tau lambang apa ni..)
  


(for cat lovers only)


(kalau rasa nak tercirit birit, nilah tempat yang paling sesuai untuk anda..kih3)


(The Trio yang tak pernah bosan nak tangkap gambar bersama..berlatarbelakangkan 'library')


(The Trio yang sama-sama sengal)



(teater yang paling besar kat sini..)


(The Sisters and the crowds)

Lepas penat kena jalan kat sini, kitorang ke tempat yang aku tunggu-tunggu sepanjang hari iaitu restoran..hehe..perut memang wajib kena isi ek. Nanti susah kalau perut dah mula masuk angin..(^_^)

Perut dah kenyang barulah kitorang bertolak ke Pamukkale yang terletak di Denizli. Agak menyedihkan hati aku bila kitorang sampai kat sana, hari dah mula gelap..(T_T). Tempat ni memang cantik kalau dilihat semasa waktu matahari masih terang sebabnya kawasan ni diselaputi dengan batu-batu kapur dan ada kolam air panas. Jadi, kalau tengok tu sebijik cam kawasan yang diselaputi dengan salji. Tapi malas nak layan sangat kekecewaan aku, aku teruskan juga pergi ke kawasan kolam air panas untuk merendam kaki sebab cuaca masa tu agak sejuk. Jadi,terubat jugalah hati bila dapat rendam kaki dalam kolam air panas tu. Lupa nak beritahu yang tempat ni dikenali sebagai Antique City of Hierapolis yang mana tempat ni pernah didiami oleh orang-orang zaman dahulu tetapi bandarnya di tenggelam oleh bumi.


(sempat tangkap gambar sebelum mula berjalan kaki ke Cotton Castle)


(pemandangan di Cotton Castle pada waktu senja)

Dari tempat meletak bas ke kolam air panas (dikenali sebagai Cotton Castle) tu memang kitorang berjalan melalui bandar peninggalan Hierapolis. Sepanjang perjalanan tu aku dapat lihat tiada satu pun bangunan yang tinggal. Hanya serpihan batu-bata saja yang tinggal.


Untuk malam ni, kitorang bermalam di Richmond Thermal Hotel.    

p/s: Baru sempat nak sambung entry pasal Turki ni sebab sibuk dan bercampur malas..huhu..Akan cuba habiskan jugak upload entry ni sampai habis.caiyokk!!!