Thursday, December 22, 2011

Kembali jua..

Salam semua..

Rasanya dah lama xmenjenguk ke blog sendiri. Kawan2 pun dah mula bertanya nape dah tak update blog. Bukan sengaja taknak update tapi kalau dah setiap kali balik dari kelas dan klinik asyik terbungkam je, memang takde masalh nak buka laptop. Hehe..kesibukan ku mmg mengalahkan bapak2 menteri( just kidding). Takdela sibuk sangat pun tapi kalau badan asyik rasa penat je memang camtulah jadinya. Kadang2 penyakit ni hampir menjangkiti seluruh budak rumah aku. Bila waktu malam je, lebih kurang pukul 9, hampir semua dah tido..sunyi semacam je..hehe..kalah plak baby2 nak tido. Tapi bila pikir semula sampai bila aku nak terus jadi camni. So, bila ada assignment macam hari ni, barulah mata aku luas je berjaga(sbnarnya dah ngantuk ni..). terpaksalah katakan.. ni pun assignment xsiap2 lagi..adoiii!!(-_-“)

Sebenarnya, aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan korang tapi disebabkan aku malas nak tulis sekarang,jadi terpaksalah aku postpone dulu cerita2 tersebut.. aku akan kembali lagi selepas ni dengan cerita yang lebih menarik wat tatapan korang semua. Nak kata cerita pun xjugak.. ia mungkin lebih kepada pengalaman untuk dikongsikan bersama..hehe.

Klah, see ya next time!!

Chow dulu..

p/s: sementara menunggu aku kembali, apakata korang tolong doakan aku kembali dengan selamat ye..=)



Thursday, September 8, 2011

Ada jugak orang camni..

Nak citela satu kisah ni..Ia berlaku semasa kita masih berpuasa dan hampir menjelang raya..Nak tergelak pun ada sebab tak sangka ada orang terasa.

Masa tu aku dan adik aku tengah membeli juadah untuk berbuka puasa.Macam biasala,perut aku ni asyik dok mngidam je..Kali ni mengidam nak makan sate..hehe.Cari punyalah cari gerai yang jual sate,akhirnya kitorng jumpa dua buah gerai yg jual sate.Macam biasala kalau membeli dengan adik aku ni,dia akan berjalan sampailh ke hujung sekali dan kebetulannya gerai yg jual sate tu terletak paling hjung.Kitorang decide beli je kat situ sbb tu gerai pling murah.

Aku ni jenis yg malas nk bukak mulut skit lebih2 lagi tengah puasa.jadi, aku serahkan hak pembelian tu kat adik aku..haha..(malas punya pasal).Sebelum tu aku nak cite dulu perihal penjual sate ni.Yang jual sate ni dua orang.Sorang cik kak dan sorang lagi cik abang dan aku xtahula apa status dua orng ni.mungkin adik beradik @ diorang ni husband and wife..tp nmpak muda lgla.

Nak dijadikan cite,tengah aku ralit dok tengok cik abang tu bakar sate(bukan minat ye tapi saje tgok orng tgh wt keje..tu hobby aku),baru aku perasan yang cik kak sorang lagi tu dok pandang aku.Masa tu kalo korang boleh tengok sndiri muka dia,huh..memang cam nk ajak aku berperang..siap dengan jelingan maut lg.pastu dia pandang plak kt cik abang tu sambil muka dia memberi reaksi "nak menggatalla tu"..Padahalnya cik abang sorang tu sibuk wat keje dia je.Nak gelak pun ada gak masa tunggu tu sebab sambil dia ikat plastik yg berisi sate tu,memang dia asyik wat muka je.Ni mesti cemburu punya pasal @ pun memang dia dilahirkan dengan muka bereaksi camtu.

Selesai je adik aku beli sate kt situ,kitorng blah cpat2..Tak sampai separuh jalan kitorng tnggalkan gerai tu,tiba2 adik aku mencelah," takleh blah muka akak tu.Cam nak ajak gaduh je"..Aku yg terdengar rasa nak tergelak sebab aku ingatkan aku sorang je yg perasan muka cik kak sorang tu.Haish..tak sangka boleh jumpa orang camni masa bulan pose ni..

Lain kali kalo jumpa orang camni,mungkin aku patut bagitau awal2,"maaf ye kak.saya tak berminat kat cik abang tu.Jadi,xpayahla buang masa nk wat muka camtu."

p/s: aku pandai wat muka buruk je..=P

Wednesday, August 17, 2011

Apa nak buat kalau...

Apa korang akan wat kalau orang tersebut pernah rapat dengan korang dan dia wat perangai yang tak sepatutnya??

Perlukah aku menegur dia kalau terang-terangan memang aku tahu dia takkn endahkan teguran aku..huhu..sedih rasanya bila kita rasa diri kita sangat lemah untuk memberi teguran.

Kadang2 aku rasa benci tengok dia sebab aku dah xsanggup nak tengok.Tapi sampai bila aku nak benci??Kalau aku terus-terusan membenci dalam hati,aku takut Allah balas perbuatan aku ini kat keturunan aku plak..Ya Allah,engkau jadikanlah keturunanku dari orang yang baik2..

Jadi,apa yang aku mampu buat sekarang,hanyalah berdoa semoga Allah bagi petunjuk kat dia.Mungkin dia jadi camtu sebab persekitran dia dan aku jauh berbeza.Aku sangat bersyukur kerana aku masih ada kawan2 yang sentiasa mengingatkan aku tentang dunia yang serba fana ini.Sesungguhnya aku sendiri pun masih lemah dalam hal agama ni.

Monday, August 15, 2011

budak2 nakal..hehe

Kalau korang nak tahu,budak bertiga ni memang sangat nakal. Kalau diorng main bersama memang riuh satu rumah.Yang paling riuhnya yang si abang pakai songkok tu.fuh!!Suara dia macam cengkerik..sangat nyaring.Walaupun si abang ni sangat riuh tapi dia sangat cerdas dari segi otak.

Yang si kakak plak suka wat plan supaya si adik2 ikut rancangn dia..hehe.so, kalau kena marah,yang adik2 je la yang kena sebab dia hanya master mind dan tukang bagi arahan.Satu lagi perangai dia yang wat aku heran,dia suka gelak sampai susah nk berhenti.Kadang2 aku tak tahu apa yang membuatkan dia rasa sesuatu benda tu lucu.Mungkin imaginasi dia sangat tinggi kot..keh3.Yang paling kecik sekali tu, suka sakat orang dan tak suka share barang dia dgn kakak n abang dia.Jadi, korang bayangkanlah macam mana situasinya bila budak2 ni bersatu..=P(macam power rangers plak)



Yang ni plak cucu mak aku paling bongsu. Dia sangat kuat makan(macam mak dia)..hehe..tapi setiap kali dia dok dgn anak2 sedara aku yang lain,dia lah yang jadi raja sebab semua anak sedara aku suka layan dia.Siap tolong kipas n bagi susu lagi..tapi lama-kelamaan,kena buli gak dgn budak tiga orang tu..hehe..

p/s: Walaupun korang sangat nakal tapi c.ya tetap sayang korang semua..=)..Nanti raya ni,memang bingitla umah..

Wednesday, August 3, 2011

Iftar Jam'ie

Assalamualaikum..w.b.t

Syukurlah, kita bertemu lagi di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.Dan Allah itu sentiasa sayangkan hambanya sehinggakan Dia masih memberi kita peluang untuk bernafas hingga ke takat ini.

Disebabkan sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan,maka entry kali ini lebih kepada mood puasa.Cuma taknak tulis panjang2.Entry ini hanyalah sebagai perkongsian bersama2.

Mesti ramai yang pernah dengar perkataan iftar jam'ie kan?? (betul ke eja cmni)..dan mesti ramai gak yang tahu apa maksud perkataan ini.Bagi yang tak pernah dengar,takpe.Saya kongsikan sikit apa yg dimaksudkan dengan iftar jam'ie ni..

Iftar: berbuka (buka puasa ye)
jam'ie: secara ramai2 (erti kata lain secara berjemaah)

Jadi,maksudnya berbuka secara beramai2 @ kita makan dalam kumpulan.Nak ceritalah sikit apa kelebihannya iftar jam'ie ni kat korang semua berdasarkan pengalaman saya. Kelebihan yang akan disebutkan di bawah nanti lebih kepada iftar jam'ie kat masjid ye..

1- Boleh mengeratkan ukhuwwah sesama umat Islam.Contohnya sesama penduduk kampung ataupun sesama rakan2 kita sendiri.Bila berbuka puasa secara beramai2 ni,masa tulah kita akan mula nak kenal orang.

2- Boleh mengelakkan pembaziran.Bandingkan kalo korang makan sorang diri dengan korang mkn secara beramai2.Bila makan sorang2,satu perut je dpt diisi tetapi bila makan 10 orng,maknanya ada 10 perut untuk diisi.Kalau korang ni jenis yang beli makanan seadanya untuk berbuka,xpelah jugak.Masalah orang kita kat Malaysia ini,bila pegi bazar Ramadhan,sume makanan dia nak balun beli.Bila dh berbuka,mulalah menyesal bila ada makanan yang tak habis dimakan.

3- Boleh menambahkan pahala solat berjemaah.Bila kita berbuka secara beramai2 ini,kecenderungan untuk solat berjemaah memang tinggi.Lebih2 lagi bila berbuka kat masjid.Habis je berbuka,boleh sambung solat maghrib secara berjemaah terus.

4- Tidak melengah2kan solat maghrib. Korang perasan x?bila kita berbuka sorng2 atau dengan kawan2 kat rumah, kita akan mula melengah2kan solat maghrib sbbnya banyak berborak @ memang saja nak lengah2kan masa.Tapi bila kat masjid,kita takkan lengahkan masa.nak tau nape???sbbnya risau imam dh nak mula solat..hehe

=)..rasanya setakat inilah dulu kelebihan2 dari iftar jam'ie yang dapat saya senaraikan..Kalo sapa2 rasa dia ada nak tambah lagi,bolehlah kongsi kat komen di bawah nanti ye..

SELAMAT BERPUASA!!!

Thursday, July 28, 2011

spreading my sadness into the pain.

Hati sentiasa meronta,
menginginkan mata utk meluahkannya,
tetapi airmata tetap setia,
berada disisi tanpa meninggalkan tuannya.

Hati yang terpendam amatlah bahaya,
bila meletus ia akan binasa,
membawa tuannya ke alam derita.

Jika ia tak diluahkan,
makin parah jadinya,
hanya badan yang memahaminya.

Badan bercakap melalui ekspresi,
hati yang sakit ingin diubati,
yang mampu diberi hanyalah berkongsi,
bersama2 merasai kesakitan hati ini.

p/s: kesakitan yang hadir dapat melalaikan diri kita dari bersedih.

Wednesday, July 13, 2011

Sweet & Sour of 23

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memanjangkan umur saya hingga ke hari ini..11 Julai yang lepas,genaplah umur saya 23 tahun.

Hari lahir kali ini tak disambut seperti kali yang lepas tetapi saya sangat2 bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di bumi Nya ini.Saya juga bersyukur diatas semua kenikmatan yang diberiknNya selama ini.

Kebiasaannya,kalau berada di asrama,memang sudah menjadi kewajipan bagi saya utk meraikannya bersama kawan2 terdekat tapi kali ini,Allah bagi peluang untuk saya meraikannya bersama emak yang tersayang..

Di sini,nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang tak pernah lupa untuk 'wish' sempena hari lahir saya kali ini..

Sayang korang semua!!!


p/s: selalu lupa umur sendiri..=)