Assalamualaikum..(^_^)
Sebelum nak mulakan apa2 cerita kali ni, nak tunjuk dulu
peta perjalanan sepanjang aku berada di Turki ni..Senanglah sikit korang nak
bayangkan setiap perjalanan yang aku lalui sepanjang berada di sana.
Berdasarkan peta di atas tu walaupun rupanya nampak seperti
lakaran ntah apa2 tapi ia banyak membantu aku untuk mengenalpasti di mana aku
berada sepanjang aku kat sana.Kalau nak mengharapkan huraian dari
Abdullah,konfem aku sudah hilang dihanyut ombak dan ntah di bawa ke mana2 sebab
xboleh bayangkan sangat..he3..
Okey..dah boleh bayangkan ke???Kalau macam tu kita sambung
cerita..
Aku ada beritahukan yang aku check in hotel untuk entry
sebelum ni..Jadi, kami bersarapan kat hotel sebelum check out..Haah..dah daftar
keluar dah???
Ye..sepanjang berada di Turki ni hotel hanyalah tempat
persinggahan untuk tidur malam dan makan je.Lepas itu kitorang bertolak ke
Grand Mosque (Ulu Cami) iaitu tempat pertama kami lawat di Bursa.Hanya ucapan
memuji ke hadrat Ilahi yang dapat aku ungkapkan bila masuk ke dalam masjid
ni.Indah sangat ukiran kaligrafi yang tertera dihampir setiap dinding
masjid..Hampir semua jenis kaligrafi ada.Seingat aku masa aku belajar di Maahad
dulu ada 4 jenis khat. Cuma aku xpasti berapa banyak sebenarnya jenis khat yang
ada di atas dunia ni.
(tulisan khat yang terdapat di setiap tiang masjid)
Masjid ni bukan sahaja indah pada tulisan kaligrafinya
tetapi juga binaan di dalamnya.Tempat ambil wuduk pun unik je aku tengok..
(tempat ambil wuduk bagi para muslimin.kolam ni terletak betul2 tengah dalam masjid.muslimat kena ambil wuduk kat tandas..huhu3)
Grand Mosque ni adalah masjid terbesar di Bursa dan di bina
pada zaman Sultan Bayezid I pada zaman Uthmaniah.Ia mempunyai 20 kubah dan 2
menara.Kaligrafi yang terukir di dalam masjid pun adalah dari zaman Uthmaniah
yang mana diukir oleh pakar2 dalam bidang kaligrafi.Abdullah juga ada menyebut
bagaimana orang2 dulu menggunakan asap untuk mereka satu ruang yang mana semua
orang dapat mendengar apa yang diucapkan oleh imam tak kira dimana kita berada
dalam kawasan masjid tu..Aku pun tak pasti kesahihan cerita ini memandangkan
aku tak dapat mencari sumber asal cerita ni.
(tulisan khat yang paling popular)
(ni namanya xde keje ambil gambar camni..he3..yang penting mak ayah aku sporting)
Selepas itu,kitorang dibawa ke Green Tomb/Mausoleum..Makam
ini merupakan makan kepada Sultan Mehmet I yang juga sultan pada zaman
Uthmaniah yang dibina oleh anaknya.Makan ini terletak bersebelahan dengan Green
Mosque (Yesil Cami) di mana tempat kami mengerjakan solat Zuhur. Seusai melawat
Green Tomb, kami berjalan ke Green Mosque yang hanya memakan masa selama 1
minit berjalan..he3..dekat je..
(Yesil bermaksud green)
(nilah bangunan yang menempatkan makan Sultan Mehmet I)
(makam Sultan Mehmet I)
(Green Mosque)
(makanan untuk tengah hari..roti yang dilapisi dengan kepingan2 daging..agak sedap cuma muak)
(pencuci mulut..rasa macam puding jagung pun ada)
Dalam perjalanan aku ke restoran untuk makan tengahari,tiba2
je ada sorang amca(pakcik) melambai-lambai tangan memanggil kitorang.Waktu tu pakcik
tu berdiri depan sebuah kedai bergerak yang mana kami sekeluarga masih tidak
dapat mengenal pasti apa yang diinginkan oleh pakcik tu.Jadi,adik aku yang
lelaki ni pergi ke tempat di mana pakcik tu berada. Bila mana adik aku datang
semula ke tempat kitorang, di tangannya dah ada kueh segera (lebih kurang macam
char kuey kecuali takde pencicah je) yang masih panas2 lagi..(skema plak ayat2
ni.macam tulis karangan pun ada jugak..)
Rupa-rupanya kueh tu free je dan aku agak terkejut sebab
kedai bergerak tu adalah tempat di mana sorang pakcik ni menggoreng dan
mengagihkan kueh2 tersebut kepada orang2 tempatan dan juga pelancong secara
percuma. Baik sungguh hati pakcik ni.Tak pernah lagi aku jumpa orang yang
sanggup buka kedai semata2 nak bagi makanan percuma dekat orang lain..Semoga
Allah mempermurahkan lagi rezeki pakcik ni..
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Kusadasi yang
memakan masa lebih kurang 5 jam. Sampai di sana kitorang daftar masuk di Marina
Hotel beserta makan malam di hotel.
Tunggu entry untuk hari ke-3 ye..(^O^)
p/s:Sepanjang perjalanan tu,telinga kitorang asyik
dihidangkan dengan muzik2 Turki termasuklah Gulumcan (dalam entry lepas)..Makin
lena jadinya tidur kitorang.hehehe.tapi aku sempat juga menangkap beberapa
gambar sepanjang perjalanan tu sebab tertarik dengan muka bumi yang agak
berbeza dengan tempat kita dan yang penting cantik2 pemandangannya..