Sunday, April 8, 2012

Kena Berubah Kot..

(ni poster yang aku copy dari En.Google)

Kelmarin (sabtu) baru je lepas tengok cite Mirror Mirror. Cite ni biasa2 je sebab cite dia typical cite Snow White yg zaman dulu kala cuma bezanya Snow White lebih advance dari putera tu sendiri. Ada sesetengah part dalam cite tu agak boring dan ada sesetengah plak menarik dan lucu gakla.

Bila imbas semula zaman kecik2 dulu, lepas tengok je cite Snow White ke, Cinderella ke ataupun cite yang seumpama dengannya, rasa macam dok dalam dunia kayangan dan khayalan sebab otak aku cuba berfungsi sepertimana adegan2 yang ada dalam cite2 camtu.

Err..faham ke maksud aku ni?

Maksudnya aku sentiasa mengimpikan jalan cerita aku sama dengan jalan cite tu..

Tak faham jugak ke???

Maksudnya, aku nak jadi macam Snow White dan seangkatan dengannya yang mana hidup susah dulu tapi berbaloi sebab lepas tu dapat jumpa Prince Charming.

Walaupun aku tak secantik Snow White yang putih melepak ataupun sepertimana Rapunzel yang ada rambut panjang mengurai atau pun juga Cinderella yang memang 'slim' (xtau apa kelebihan Cinderella), tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan tak salahla kalau aku mengimpikan kehidupan yang lebih kurang camtu kan..

Tapi bila dah besar panjang ni, aku sedar yang jalan cerita camtu hanyalah khayalan semata2. Bukan senang nak jumpa prince yang hensem dan segak macam dalam cite tu. Kehidupan sebenar kat atas dunia ni pun memang tak sama dengan apa yang kita impikan. Yang paling penting, nak cari calon suami tak boleh tengok paras rupa je. Kena cari yang ada agama dan berharta gak. Maksud berharta di sini tak semestinya kena kaya,yang penting ada usaha untuk menambah rezeki.

Kesimpulannya, aku dah buang jauh2 dah pemikiran seperti yang aku nyatakan kat atas tu. Sekarang ni kena hadapi sesuatu yang lebih nyata bukannya asyik dok dalam kepompong 'happily ever after' tu. Boring kot kalau asyik dok Happily Ever After je..sebab kita banyak belajar dari pengalaman dan nak dapat pengalaman tu kenalah hadapi sesuatu dulu.

p/s: kalau korang tengok cite Mirror Mirror, jangan lupa tengok adegan paling last ye..hehe.
Part yang Lily Collins nyanyi lagu I Believe In Love..

Wednesday, March 21, 2012

Ini Aku..

xtaulah tajuk ni ada kaitan ke tak dengan apa yang akan aku tulis kat sini nanti..
apa2 pun, hanya nak bagitau kat orang2 yang baca blog aku ni, sesungguhnya aku menulis blog hanyalah sebagai coretan mengarut aku. Kalau ada yang rasa penulisan aku ni kadang2 jiwang ke, emo ke atau mengguris jiwa sesapa, harap jangan ambil peduli.

Aku tulis blog sebab aku hanya pandai meluahkan perasaan aku melalui ni je. Aku xpandai nak luahkan melalui face-to-face. Jadi,diharap pada yang baca,kalau rasa penulisan aku ni meloyakan tekak2 korang,silap tekan butang 'X' kat atas butang paling kanan sekali..Kalo korang rasa ia seswai ngn jiwa korang,sila sambung baca penulisan aku utk yg seterusnya.

(^_^) Lebih senang tulis dalam blog dari nak kena cerita satu persatu..(lebih suka dgr cite orng). Tapi bukan semua harus diluahkan kat sini..

p/s: lain yg difikir lain plak yg ditulis..haish..

Saturday, March 17, 2012

Ya Allah..
semoga setiap keputusan yg kami buat adalah yang terbaik bagi kami semua..

hm..

selepas apa yg berlaku,
akhirnya ia membuahkan satu keputusan yang pasti,
sayangnya ia bukanlh keputusan yang aku ingini,

kesimpulannya dari huraian ini..

ALLAH ITU LEBIH MENGETAHUI...




Sunday, March 4, 2012

Magnum Punya Cerita..


Adapun seorang hamba ni(si A), dia teringin sangat nak makan aiskrim..Lalu, diajaknya si B pergi beli aiskrim. Bila dah sampai kat kedai, si A dan si B ni teringin untuk mencuba aiskrim Magnum yang diuar2kan kesedapannya di pelosok tempat. Alang2 dah mencuba, si A dan si B ni terus membeli Magnum yang paling latest iaitu cappuccino bla..bla..bla(lupa plak nama penuh untuk yg latest ni)…Dalam perjalanan pulang ke tempat kediaman, masing2 ingin terus mencuba Magnum ni.Maka, si A dan si B ni terus membuka plastik yang membalut Magnum yang indah ini dan digigitnya aiskrim ni tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Adapun si B ni perangai dia pelik sikit. Selepas sahaja menggigit aiskrim tersebut, si B terus toleh ke belakang dan sambil membuat memek muka yang hairan, si B ni bertanya kepada si A,

”kenapa takde orang pun kat belakang kita.”

Si A hairan dengan soalan yg diajukan oleh si B kepadanya, lalu dia bertanya si B,

“kenapa plak nak kena ada orang kat belakang kita.”

Si B menjawab,”Yela.Bukan ke dalam iklan tu masa dia tengah makan aiskrim ada orang ikut dia kat belakang.. Dapat layanan cam raja plak tu.Bila kita makan xde plak camtu.”

Si A tergelak dan dalam masa yang sama terasa nak sekeh je kepala si B ni. Tetapi si A cuba juga untuk melayan si B ni lalu dia menjawab,

“tu dalam iklan je la.”

Si B ni pun menggangguk sambil tersengih2 seperti kerang busuk.

p/s: jangan terpengaruh dengan iklan ye..

Monday, February 27, 2012

Without You..

Jangan salah sangka plak ye bila baca tajuk di atas tu ye..=P

I'm just love to hear this music..
especially when that guy playing their instrument..

so lovely...

Mungkin korang biasa dgr lagu ni tapi aku lebih suka versi ni sebab ia lebih kpd music sahaja..

aku boleh tlong linkkn je sbb aku xdpt nk uploadkan video ni..(T_T)

layan je..



Friday, February 17, 2012

mood =(

Kalau orang tanya aku pasal kehidupan ni, aku akn jawab "life is so complicated"..disebabkan otak aku tengah tak berapa nak betul sekarang..tak pasal2 permulaan entry aku dah macam ni. Kepala otak aku agak berserabut sikit bila pikir kerja2 yang mendatang..Bangkok..competency test..n banyak lagi.
sepatutnya tengah cuti ni (nama je cuti tp xberapa nak cuti sebenarnya) bolehla relaks kan otak..namun sangkaan ku meleset sama sekali. Datang je kampus, terbaca psl competency test, terus otak aku jd serabut sampaikan otak aku xdapat 'hadam' benda tu..last2 trpksa wat donno je sbb xde penyelesaiannya lg.

keduanya, bila pikir pasal Bangkok ni, kemalasan terus merasuk diri aku..terasa malas nak pergi..malas nak kemas baju..malas nak travel dan semua jenis kemalasan ada.korang tanya je la apa2 benda pasal Bangkok ni..konfem aku jawab malas.

bagi aku,life is so complicated bila terpaksa study..hadapi exam..asyik dok tunggu exam habis..gembira sekejap bila exam dah abis..pastu sakit otak semula bila tengok result exam..dan yang pasti nak kena usaha lebih lagi..penin..penin..dan aku sedar yang penantian itu satu penyeksaan..

maaf ye..diulangi..kepala saya tengah penin dan berserabut..maka,terhasillah coretan yang seumpama ini.

p/s: malas nak mengarut lebih2..xmembawa manfaat kat orang lain pun..huhu..

Friday, February 3, 2012

Dalam Sedih Ada Sedih..

Err..agak pelik bunyi tajuk entry aku ni tapi nak buat macam mana sebab hakikatnya macam tu..

Petang tadi baru je lepas layan cerita Hafalan Shalat Delisa. Cerita ni bagus sangat sebab banyak nilai2 murni dan pengajaran yang aku dapat. Cerita ni mengisahkan tentang kehidupan seorang budak yang sangat tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan yang besar. Selain itu, cerita ni jugak memaparkan penekanan solat untuk budak2. Kecik2 lagi diorang dah asuh budak2 supaya pandai baca doa2 dalam solat. Memang kagum sangat sebab kalau nak dibandingkan dengan cerita2 kat Malaysia ni, kebanyakannya mementingkan soal cinta. Jadi bila tengok cerita ni tadi, perasaan aku bercampur-baur..sedih, insaf dan kagum. Nanti bila aku dah ada keluarga sendiri,teringin sangat nak asuh anak2 jadi cam dalam cerita ni..

owh ye..lupa plak..

Bercakap tentang sedih ni, aku sebenarnya memang xpandai dalam bab2 emosi ni.. bayangkanlah sepanjang aku tengok cerita ni, aku hanya dapat rasakan sedih tu dalam hati je. Kalau nak dibandingkan dengan kawan aku, dia dah nangis2 dah. Jeles plak bila tengok kawan aku nangis. At least dia boleh expresskan kesedihan dia kalau nak dibandingkan dgn aku ni yang macam orang xberperasaan. Kadang2 terlintas gak dalam hati aku adakah hati aku ni dah mati..Rasa malu sangat2 bila dalam solat pun aku xdapat rasa apa2 sedangkan masa tulah masa antara kita dengan Dia yang Maha Berkuasa.

haish..bak kata orang2 tua, xbaik mengeluh. So, aku kena trima keadaan aku ni seadanya.Mungkin ada banyak hikmahnya dan kadang2 aku boleh nampak kelebihan benda ni dalam hidup aku. Lebih2 lagi selepas banyak benda yang berlaku akhir2 ni, at least aku dapat bertahan. Aku kena tabah tapi aku lebih suka kalau aku jadi selemah2 hamba di depan Dia yang lebih berkuasa.

klah, maaf sangat2 sebab entry kali ni moodnya lebih kepada mood 'awan nano'..abaikan kalau korang xpham maksud aku ni..

p/s: Berserah segalanya kepada Dia yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa..