Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman mengajar erti kehidupan..

Ada yg berpendapat usia mematangkan diri tp separuh lg berpendapat pengalaman hidup yg mematangkan diri.. hm.. Kalo aku pasti aku pilih pendapat kedua tu. Dan aku pasti ramai gak yg bersetuju dgn aku.

Di sini aku nak bagitau yang tak semestinya orang dewasa disekeliling kita tu lebih matang dari kita. Ada yang masih kecil tapi cara berfikiran lagi matang dari orang dewasa itu sendiri. Dari kecik lagi, aku selalu dengar orang lebih berusia menyebut "kami yang berusia ni dah banyak dah makan garam dari korang yg muda ni." Separuh dari aku bersetuju dengan kata2 ni sebab mmg diorang hidup lagi lama dari aku tp separuh lg aku tak bersetuju sebabnya kadang2 pendapat diorng tu xselaras dgn kebenaran di depan mata.

Aku paling kagum bila tgok bdak2 yang baru nk kenal erti kehidupan tapi dah tahu macam mana nak uruskan diri. Banyak faktor yang menyebabkan diorng jd cmni. Ada yang disebabkan kesusahan hidup n tak kurang juga disebabkan bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemahuan ibu bapa sendiri juga adalah salah satu faktor diorng jadi cepat matang. Tapi setiap faktor ini ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Yang paling penting di sini, pengalaman yang diperoleh sepanjang kita hidup. Setiap peristiwa yang kita lalui ada pengajarannya tersendiri dan utk setiap pengajaran yang kita peroleh tu haruslah kita ingati agar kesalahan yang lalu tidak kita ulangi. Dan ada baiknya jika kita kongsi pengalaman itu dengan orang lain.

Sepanjang aku hidup kat muka bumi ini, pengalaman yang aku peroleh mungkin tak sebanyak budak2 sebaya aku yang lain peroleh. tapi kalau boleh aku nak kongsi juga serba sedikit.
1- Untuk jadi seorang yang bersyukur, kita haruslh tengok orang yang lagi susah dari kita. Kalo kita asyik tengok orang yang lagi senang dari kita,memang hati xkan pernah rasa cukup. Rmai yang anggap aku selalu hidup senang, sedangkan dari kecil lagi aku dah pernah hidup susah tapi aku bersyukur sebab khidupan aku yang dulu bnyak membuahkan hasil yang sangat manis. Kesusahan juga mngajar aku tentang erti perhubungan kekeluargaan yang sebenar.

2- Apa kaitannya sabar dengan kehidupan yang kita lalui sekarang??aku pernah terpikir pasal ni n aku selalu pikir gak cmne nk jd seorng yang penyabar sbb aku ni susah skit nak sabar. Kadang2 aku xleh trima bila Orang terdekat dgn aku nasihatkn aku supaya berfikiran positif sebabnya aku xnmpak apa kaitannya bila kita fikir scara positif dgn sabar. Tapi bila aku berhadapan dgn masalah dan aku cba praktikkn apa yg orang tu cakap, memang berkesan. Sedikit sebanyak hati terpujuk bila kita berfikiran cmtu. Xde dah nak marah tak tentu pasal. Hidup pun terasa manis bila kita sentiasa berfikiran cmtu.

3- Pernah sekali aku rasakn yang nasib aku ni asyik malang je. Bayangkan dalan seminggu tu,bermacam2 dugaan yang aku kena tempuhi. Mujurlah ada orang yang mengingatkan aku supaya dekat dengan Allah. Masa tu aku sedar yang Allah sayangkan hambanya. Kadang2 Dia trunkn ujian dan dugaan tu spy kita ingat akan Dia. Masa tu mungkin aku dh lalai dgn kehidupan aku sndr. Kita hidup di dunia ni bukan untuk tujuan hidup kita semata-mata tetapi kena ingat matlamat kita untuk kehidupan akhirat juga. Setiap yang Allah uji kita tu,ada hikmah disebaliknya. Samada untuk menyedarkan kita @ untuk menghapuskan dosa2 kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Setakat ni je dulu perkongsian kali ni.lain kali aku cba kongsikan lagi pengalaman aku. Mungkin korang boleh share anything ngn aku kt blog korang plak pasni..=)

p/s: pengalaman itu lebih manis kalo dikongsi bersama.betol tak??

Monday, June 27, 2011

Lama dh rasanya apa2 kat blog ni. Asyik dok baca blog kawan2 je..(^_^). Teringin gak nak coret
pasal aktiviti sepanjang cuti ni tapi selalu kehabisan idea. Lebih2 lagi bila dah tercongak depan
lappy ni. Mujurlah sekarang ni ada idea untuk tulis entry terbaru.

(gmbar hiasan)

Sepanjang cuti ni memang rasa buntu sgt2 sbb tiba-tiba je ada masa yang sangat lapang. Biasanya sibuk dgn kelas n klinik. Awal2 dok kat umah ni,memang asyik tido je. Padahalnya banyak je benda yang perlu dibaca sebelum kena repeat satu paper yang aku paling xberkenan iaitu Oral Surgery..hehe. Akan tetapi Allah itu Maha Berkuasa dan dia dah tunjuk kat aku hikmah disebalik kena repeat paper ni.. Rupa2 nya baru aku sedar betapa ceteknya ilmu aku lebih2 lagi utk subjek OS ni. Bila dh kena repeat paper ni,barulah ilmu tu makin bertambah walaupun xdelh bnyak mane..=).. Yang pasti, sepanjang kelas dengan dr.Azmeel mmg best. Sporting n steady. Kalo boleh nak je blaja ngn dia untk sepanjang tahun 4 nnt.

Abis je exam, aku n sarah kuar jalan2 untuk enjoy w'pun sarah xnmpk mcm enjoy sgt..tp
selepas je abis tgk wayang mood dia happy semula..hehe... Untuk pengetahuan korang,
cite X-men first class tu mmg best tp cite Green Lantern hampeh sikit..nak dikategori hampeh
banyak pun boleh gak.

Permulaan cite ni agak boring sikit sbb action lbh kepada dialog yg berjela.tapi mmg patut pun sbb kalo x, mmg xtahu asal usul cite X-Men ni. Part tengah n akhir untuk cite ni banyak bab sedih n aksi yg menyeronokkan. Lepas tengok cite ni, Barulh tahu asal usul sebenar cite X-men
ni. Kalo xtengok cite ni,mmg sampai kesudah aku xtahu dari mana timbulnya prof X @ charles
xavier n Magneto. Bila dah tgk, barulah rasa puas hati.

(^_*) wink2!!hehe..sebenarnya banyak lagi masa yang aku habiskan utk aktiviti sepanjang
cuti ni tp malas nak citer sume. Nanti ada orang marah..=P

Apa2 pun,aku harap Allah permudahkan segala urusan aku lebih2 lagi untuk result exam hari tu..

Sunday, May 29, 2011

Imaginasi Aku


Salam semua...^_^

Entry aku untuk kali ini tak berat dan tak melibatkan apa-apa emosi.Just nak share sikit sesuatu yang aku pernah terpikir sebelum ini dan pemikiran ini adalah ketika zaman aku masih kanak-kanak dan juga untuk zaman sekarang..hehe.

1- Rumah fluorescence???
Aku pernah terpikir bestnye kalo ada 'rumah fluorescence'.Banyak kelebihannya kalo ada rumah camni,salah satunya korang xpyh guna letrik dh malam-malam.Pastu kalo ada pencuri nak pecah rumah,awal2 lagi korang dh nampak pencuri tu jalan kat sekitar rumah.Yang paling penting,mestilah nampak cantik sbb bila waktu malam je rumah kita menyala..cam kunang2..tak ke cantik kalo ada rumah camtu.

2- mesin faks???

Yang ni xdelah nak cite psl kemajuan yg boleh diubah utk mesin faks ni. Cuma aku nak cite kalo waktu dulu memang aku xtahu camne mesin ni berfungsi. Aku ingatkan mesin ni akan hantar kertas tu terus kt 'receiver'..Rupa-rupanya telahan aku salah ye..hoho.Mesin ni hanya akan copy information,pastu hantr information tu dalam bentuk data yang dah di 'copy'...memang ntah apa2la aku pikir waktu tu.

3- will be continued..hehe

Monday, May 23, 2011

Subjek Elektif

Salam semua..

Sebelum aku memulakan penulisan aku untuk edisi cuti ni (xleh blah bila ada edisi cuti plak..hehe), aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan2 tersayang. Korang dah mula wat ke projek korang untuk subjek elektif??? Kalo korang tanya aku, jawapan aku mestilah 'tak'.hehe..

Ramai gak yang tanya aku nak buat apa untuk subjek elektif ini kat facebook. Untuk pengetahuan korang semua, aku akan bergabung dengan sarah, che pah, didi, nisah dan nus. Kitorang akan buat outdoor activity kat Shah Alam. Nama tempat tu Sky Trex Adventure. Kat sini korang boleh wat macam2 aktiviti lasak contohnya flying fox, jungle trek n bermacam-macam lagi. Kalo sape2 berminat, boleh layari laman web www.skytrex-adventure.com. Kat sini korang akan tahu lebih terperinci apa yang ada kat skytrex ni. Nampak macam best tapi tak tahulah camne bila kitorang join nanti.

Apa2 pun thanks to sarah yang tolong booking dan thanks to che pah yang tolong deal dengan akmal untuk jadi bodyguard kitorang.

Monday, May 16, 2011

Mari Mewarna..(''>)


Tengah syok dok layan internet, tiba2 adik perempuan aku ni mintak aku lukiskan satu gambar untuk dia warnakan. Walaupun pelik dengan permintaan dia,tapi aku teruskan juga usaha untuk lukis sesuatu sebab aku tahu dia memang takde bakat langsung dalam bidang seni ni,lagi2 bab melukis..hehe..sedap je mulut kutuk adik sendiri..dengan berbekalkan bakat yang tak seberapa,akhirnya aku berjaya jugak hasilkan satu lukisan..(rama-rama je pun)

Nilah proses mewarna yang dihasilkan oleh adik aku sendiri..


(Ni aku lukis khas untuk adik aku)


(proses mewarna menggunakan warna yang tak seberapa)


(aku cadangkan dia supaya dia guna watercolour pencil sebab warnanya akan jadi lagi cantik)


(proses touch up dengan air untuk hasil yang lagi baik)


(inilah hasilnya)

Sebenarnya warna untuk lukisan ni lagi cantik dari yang korang tengok sekarang ni tapi disebabkan camera aku yang tak seberapa (guna camera phone je), maka terhasillah gambar yang tak seberapa jugak.

Apa2 pun, bangga kat dia sebab dia bersungguh2 untuk siapkan jugak proses mewarna ni.
hehe..Kalo korang nak tau,adik aku ni dah abis SPM dah.Dia gak yang suh aku post gmbr ni kat blog..LYKIR @ likir, i dah tunaikan janji i dah as ur sister..

Selamat Hari Cikgu @ Guru..

SELAMAT HARI GURU

DIUCAPKAN KEPADA:

WARGA GURU SEK.KEB.MENTUAN

WARGA GURU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

WARGA PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


"JASAMU AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIRNYA"

DAN TAK LUPA JUGA KEPADA AYAH @ DADDY LONG LEG,

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA,

KHIDMAT AYAH SELAMA 33 TAHUN SANGATLAH BERMAKNA.

(''>)

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENJADI GURU:

INGATLAH..

ANDALAH GENERASI CONTOH BAGI KAMI SEMUA,

TUNJUKKAN TELADAN YANG BERGUNA,

AGAR MENJADI IKUTAN KAMI SEMUA.

Friday, May 13, 2011

Don't Give Up..

Aku rasa apa yang korang rasa,
Mungkin apa yang aku rasa tak sehebat yang korang rasa,
Cuma satu yang aku pinta,
Janganlah korang putus asa,
Lagi2 untuk memohon kepada Yang Maha Esa,
Sesungguhnya Dia tahu apa yang kita rasa,
Menangislah semahu-mahunya,
Di depan Allah yang Maha Berkuasa,
Kerana kita ni hanyalah hambanya yang hina,
lalai dengan apa yang ada,
Dia takkan menghampakan kita,
Jika kita sungguh2 ingat akanNya,
Dan selagi kita berusaha,
Allah pasti bersama...

Hanya satu yang aku pinta,
kemaafan dari 'korang' semua,
Sesungguhnya,
Aku bukanlah pemujuk yang setia,
Kerana aku juga sebahagian darinya,
Dan untuk semua tangisan yang ada,
Kita kongsi bersama...

p/s: Marilah kita bangkit bersama..chiayokk!!!