Saturday, December 29, 2012
Home Sweet Home..
Agak lama dh tak update blog ni..Banyak sangat benda yang berlaku akhir2 ni.Assignment pun bertimbun dan yang paling penting nak kena siapkan research punya abstract dan manuskrip.
Dalam keadaan yang sangat genting ni, sempat lagi aku balik kampung..Mungkin partner aku dah gelabah dah sebab aku amik keputusan balik kampung last minute.Mana taknya, orang lain sibuk berkepit dengan partner nak siapkan report untuk research aku plak menghilangkan diri saat2 akhir ni..
But seriously, balik kampung memang dapat merawat segala perasaan yg tak berapa nak stabil yang aku alami selama ni. Kadang2 tak tahu macam mana dah nak bagi badan ni sentiasa sihat dan emosi stabil sikit..Makin ramai sangat tegur aku yang muka aku asyik pucat dan nampak makin tak sihat. Paling tidak emosi aku agak stabil dah sekarang tapi kalau bab pucat tu memang xdapat nak wat apa dah..
Jadi bila dapat balik kampung ni, jiwa terasa agak tenang sedikit walaupun kerja2 lain masih mengekori untuk disiapkan dalam masa terdekat ni. Dan aku memang memerlukan suasana yg lebih tenang wat masa sekarang ni...
p/s:Worst part bila aku sendiri yang kena amik(minum) glucose instead of patient masa klinik OS...
Friday, November 30, 2012
wishes..
Friday, November 2, 2012
Done..
Coretan kali ini dibuat atas cadangan kawan aku sendiri..dan ia bertajuk 'MOS'..which is minor oral surgery atau mungkin boleh dipanggil surgical removal maybe..pelik je bunyinya..hm..xpelah..apa2 jelah.
Kalau dulu aku selalu takut bila dengar minor oral surgery ni sebab aku takut aku yang pengsan bila nak wat kat patient nanti dan masa tu aku terbayang si D yang akan jadi pesakit pertama aku.Tapi Allah itu lebih Mengetahui dan Memahami hambanya ini.Bila berada di tempat kejadian,amazingly aku tak pengsan dan satu lagi bukan si D yang jadi pesakit pertama aku..keh3..poyo je bunyinye.Mesti D rasa lega sebab dia xpayah jadi pesakit aku dah..huahua..
Nak dijadikan ceritanya,hari khamis lepas aku dan 2 orang lagi kawan aku(si S dan si A) sepatutnya kena jadi assistant MOS untuk doktor.Tapi patient yg sepatutnya dijadualkan datang kul 10 tak dapat datang sebab dia ada hal lain.Jadi,kitorang terpaksa cari orang lain untuk jadi patient for MOS ni.kebetulan masa tu ada sorang kawan aku(si SM) ni nak cabut gigi bongsu dia(wisdom tooth).
Lepas si S present kes si SM ni kat doktor tiba2 doktor tanya si SM samada dia setuju tak kalau student yang wat sebab bagi doktor kes ni senang sangat bagi dia.Masa tu kitorng dah pakat tunding jari kt sesama sendiri sebab sume takut nak wat.Last sekali doktor decide suruh aku yang wat sebab aku dah pernah jadi assistant doktor utk MOS ni..Masa tu aku dah panik dan seriously aku jadi blank sebab tak tahu nak start dengan apa dulu.Mujurlah awal2 lagi doktor dah bagitau yang dia akan ajar dan bagitau apa yang nak kena wat.Dan syukur sangat2 bila surgery ni berjalan dengan lancar walaupun masa tengah wat tu ada gakla benda2 yang xsepatutnya berlaku.
Bila dah selesai surgery tu,aku rasa lega sangat2.Bersyukur sebab Allah permudahkan segala urusan aku.Memang berterima kasih kat semua yang ada disisi aku masa tu.Thanks to Dr.Dz yang bnyak memberi tunjuk ajar dan sanggup menahan lapar sebab surgery tu habis agak lewat sedikit,si SM yang sentiasa menahan sakit dan apa jua kesilapan dan kesalahan aku masa wat surgery tu,paling tak lupa untuk si S yang sanggup jadi assistant aku dan si A yang jadi observer.
Ramai gak yang tanya aku best tak wat surgery tu tapi masa tu aku hanya dapat jawab yang ia memenatkan sebab masa tu aku memang penat.Kalau ikutkan sebenarnya aku rasa lebih kepada lega sebab aku dah cuba wat yang terbaik masa surgery tu dan ia agak menarik sebab tu pengalaman pertama.Cuma sekarang ni aku harap si SM tu dalam keadaan yang baik sentiasa.Klah,tu jelah yang dapat dikongsikan di sini.Kalau nak tahu lebih detail macam mana surgery tu,bolehlh tanya aku sendiri.
p/s:(^_^)..hope no more stress after this..
Monday, October 29, 2012
Mengapa saya pilih piano???
Mungkin soalannya lebih berbunyi kepada kenapa aku pilih nak main piano..hmm.Pernah sekali adik aku tanya nape minat sangat nak belajar piano?sebab nak tunjuk kt orang ke?@ sebab rasa main piano ni cool giler??
jawab jangan tak jawab ye..
Kalau dulu aku pikir orang main piano ni nampak cool giler.Jadi keinginan aku tu membuak2 sampaikan aku pernah berhajat nak beli piano walaupun masa tu satu habuk note muzik pun tak kenal.
Tapi, sekarang ni aku boleh bagi jawapan yang aku nak main piano sebab untuk kepuasan aku sendiri.Aku tak nafikan yang aku suka sangat muzik.Walaupun aku tak pandai nyanyi,tak pandai main alat muzik(recorder terkecuali ye..hehe) apatah lagi nak tafsir note sheet muzik tu yang berekor-ekor tapi aku pandai nilai muzik mana yang sedap didengar (macam angkat bakul sendiri je).
faktanya,setiap orang ada citarasa masing2 dalam bab2 muzik ni.Jadi,aku tak bolehla nak habaq yang semua muzik aku suka dengar tu korang akan suka jugak ye..faham2 sendiri jela..
Cuma sejak kebelakangan ni,citarasa aku sedikit beralih arah daripada piano ke cello disebabkan sorang mamat mat salleh ni yang terer giler main cello.Kalau korang pernah tengok video THE PIANO GUYS, mesti korang kenal mamat mana yang aku maksudkan..Bakat dia memang 'mind blowing'..fuh..hebat2.Dia punya cello pun sume lawa2 dan unik.
haa..nilah mamat yang aku maksudkan tu..(Steven Sharp Nelson) |
Jadi,sebagai penutupnya,aku tinggalkan korang dengan satu lagu yang bertajuk TITANIUM..sila klik link ni ye..ni aku punya faveret lagu wat masa ni..=)..
The Piano Guys.. |
p/s:Masa kecik2 dulu selalu tengok video muzik kmpln the bond,"victory" kat tv2.mmg feveret masa zaman tu.
Tuesday, October 9, 2012
1-Bila hati dah resah,wat apa2 pun rasa serba tak kena..
2-Pernah terpikir nak bawak diri jauh dari semua rutin hidup seharian..dan apa yang pasti,destinasinya mesti tempat yang ada pantai..Pastu nak menjerit kuat2..(dah terpengaruh cerita..sigh)
Seriously,kalau aku tak terpengaruh dengan cerita pun,mmg konfem aku akan end up kat situ jugak..kenapa???Biarlah ia jadi rahsia..hmm..
3-Perkara pertama yang akan wat aku bangga-->kalau aku dapat nangis dengan senangnya..Memang terseksa bila tak dapat nangis.(T_T)
4-Maaf ye..saya memang suka melalut dan mengarut..Dan kawan saya suka panggil saya kartun..
Sekian..
Sunday, October 7, 2012
plz..go away..
Mungkin tajuk di atas tak berapa nak sesuai dengan apa yang akan dikongsikan tetapi sedikit sebanyak ada jugalah kaitannya..=)
Entry kali ni lebih kepada nak kongsi cara nak neutralkan semula badan kita daripada kesan2 caffeine..(selalu sangat dapat symptom bila mnum coffee atau tea..).So,let's have a look..
Step 1
Step 2
Step 3
Step 4
Tips and Warnings
- Exercise may also help speed up your body's ability to remove caffeine. Burn off that extra energy with a 15 minutes of aerobic exercise such as jogging, swimming, hiking or hot yoga.
- Consult your doctor if you encounter any negative symptoms such as dizziness, anxiety or digestive complications. If you experience negative symptoms frequently, ask your doctor for an allergy test to determine if you are allergic to caffeine.
Kesimpulannya,memang tuan empunya badan ni tak sedar diri..=P...seriously,kalau tertengok je coffee yang rupa dia ala2 camni(gmbr kt bawah ni),fuhh..mmg terus mnum tanpa bnyak soal dah..
comel x saya??? |
Walaupun dah banyak kali kena effect caffeine ni tapi keinginan tu tetap ada untuk mencuba mnum coffee dan tea...Bila dah kena tu,barulah kelam kabut nak cari cara utk hilangkan kesan kafein ni.Biasanya cuba step yang pertama je sebab tu je yang mampu buat masa kena effect caffein ni..(8_8)..Naik pening dan nak muntah jugakla bila dah kena.paling tak suka bila asyik berulang pergi tandas..perghhh!!
definitely me... |
Paling teruk bila dah kena ni boleh sampai demam,kena selesema dan badan 100% penat.Last skali end up baring atas katil je sebab tak larat nak wat apa2 dah.
p/s:mnum coffee boleh kurus tak???hehe
Wednesday, October 3, 2012
budak kecik...
Kebiasaannya aku tak suka sangat post tentang klinik atau apa2 je yg berkaitan dengan klinik dan kampus.Tapi hari ni terasa nak post sebab aku dah dapat kepastian..haha..macam pelik je ayat ni..Tak kisahla,janji dapat tulis..
Buat pertama kalinya untuk semester baru ni,tiba giliran aku untuk bawa patient kanak-kanak.Bajet awal nak bawak dua patient tapi bila memikirkan yang aku cssd(giliran kena basuh barang),terbantut hasrat nak bawa 2 patient.Kalau sebelum ni,aku tak berapa nak pasti la apa perasaan aku terhadap klinik paed(jgn pelik tau..aku mmg ada perasaan tersendiri utk setiap klinik).Hari ni aku dah dapat kepastiannya.
moodnya--->BLURRRRR..
Bila patient dah ada kat depan aku,tiba2 je aku tak tau nak wat apa kat patient..Lagi2 kalau patient tu umur 5 tahun ke bawah.Aku rasa macam diorang ni fragile sangat..nak sentuh pun rasa ngeri je..Apatah lagi kalau nak kena wat tampalan ke,cabut gigi ke..lagilah teruk aku jadinya..Automatik je diri ni jadi macam siput..sebab wat keje lambat..Nak sentuh patient pun kadang2 pikir sampai sepuluh kali.
Bila dipikirkan semula,paediatric ni memang bukan minat aku.Walaupun aku suka budak2,tapi aku tak suka handle budak.Aku ada minat nak blaja psychology untuk budak2 ni tapi ia hanyalah untuk ilmu masa depan..hehe..
Tapi aku akui yang diorang ni memang kiut-miut dengan telatah diorang sendiri.Aku tak pernah terpikir pun kadang2 budak2 ni dia boleh jadi lagi matang dari kita..=)
p/s:aku jadi lagi gelabah bila kena berdepan dengan budak2 yang dah pandai bercakap sebab diorang suka tanya soalan2 yang tersangatlah senangnya tapi takde jawapan untuk soalan tu...(0_0)
Friday, September 21, 2012
Ke-Hidup-an
Assalamualaikum...
Kehidupan???
Dari pandangan mata dan hati aku...
Ibarat makanan yg mana bila masak,kita kena letak macam2 perencah atau perasa supaya makanan tu jadi sedap.
Ibarat band yang mana semua ahlinya mempunyai suara yang berbeda-beda..Bila dengar je lagunya,kita rasa terhibur dan seronok sebab kita boleh dengar perbezaan suara setiap ahli..
nak tau nape??
sebabnya kita perlukan sesuatu yang berbeza dalam hidup supaya hidup kita jadi lebih seronok,ceria dan terisi.yang paling penting tak suram atau boring..bayangkan kalau kita semua wat rutin yg sama setiap hari,semestinya kita tak dapat banyak pengalaman yang dapat kita pelajari.
p/s:tapi harus diingatkan juga tentang pentingnya akhirat ye..;)
Thursday, August 30, 2012
=)
Awal2 timbul idea nak post pasal raya tapi disebabkan mood raya aku dh tinggal seceot je,jadi aku plan nak post pasal lain..
Adalah satu hari tu,aku temankan adikku dan sepupuku jalan2 kat KBMall..tapi disebabkan hari tu tak berapa nak sihat,jadi aku banyak habiskan masa aku untuk duduk kat bangku je sambil tunggu diorang beli barang.Sambil tunggu tu,aku just perhatikan je orang2 yang dok lalu sekeliling aku..Macam2 jenis orang ada..Ada yang tengah tunggu kapel masing2..Ada yang jalan2 ngn kawan2 dan ada juga pakcik2 yang dok tunggu bini diorang shopping..Kiranya aku ni termasuk dalam golongan pakcik2 tu gakla sebab tengah tunggu adik dan sepupu aku shopping.
Agak borim gakla tunggu2 orang ni tapi nak wat cmne,nak jalan pun xlarat..Baik tunggu jela daripada jalan2.
Tengah tunggu tu,tiba2 aku dengar lagu hijau daun yang mana lirik dia berbunyi begini...
Erk...macam kena batang hidung sendiri je..takpe2..layan jela..
Lepas habis lagu tu,tiba2 sambung plak lagu agnes-Matahariku..
hadoii..ni lagi parah ni..
But then...
bila pikir semula,nape nk jiwang2??
kenapa aku nak kenangkan masa lalu yang aku sendiri tak berapa nak suka..dan berapa kali harus aku ingatkan diri aku semula that i had choose the right way..Aku hanya berharap yang aku dapat hidup tenang semula dan dapat jadi hambaNya yang sentiasa mengingati Dia.
p/s: =)
Thursday, August 9, 2012
Tolonglah jangan membazir,,
Tiba2 hati terdetik nak post tentang pembaziran ni.Tak tahulah kenapa hati ni rasa sensitif sangat pasal pembaziran ni lagi2 yang berkaitan dengan makanan.Banyak2 benda yang dah aku alami sepanjang hidup kat dunia ni, aku paling sedih bila tengok orang membazir.Yes..i admit sometimes aku pun tersilap mengikut nafsu sampai makanan yg tak abis tu terpaksa aku buang.But then, i've try to change and aku cuba beli apa yang patut je.
Masalah kita sekarang ni,kita terlebih bajet nafsu yang membuak2 dlm diri dengan saiz perut yg rasanya secoet je makanan dapat terisi.Bila dah ikut nafsu, makanan yang tak patut kita beli,kita beli.Kesudahannya,membazirlah jawabnya.
jadi,nak mintak tolong sangat2,janganlah membazir.Kalau rasa susah sangat nk lawan nafsu tu,cuba lihat dan hayati gambar ni..Mungkin lepas ni kita dapat lawan sikit (tak banyak, sikit pun jadi la) nafsu dalam diri sebelum membeli.
Friday, August 3, 2012
Debaran pertama dh lepas..Debaran kedua???
Selamat berpuasa semua..(^_^)
Hati gumbira sangat2 sebab dah habis exam.Walaupun penghabisan utk paper last pagi tadi tak berapa nak menyenangkan hati tapi harap2nya luluslah semua subjek..huhu.Asyik mintak mak doakan je..Bukan tak percaya dengan doa sendiri tapi kebiasaannya doa ibu ni lagi berkat.
Sekarang ni tengah tunggu debaran kedua pulak---> RESULT EXAM
Nak tahu tak nape aku capitalkan semua huruf2 tu???
Sebabnya itulah debaran yang memang wajib dilalui setiap tahun.Tak sah kalau tak rasa berdebar masa tunggu result ni.debarannya mungkin hampir sama dengan debaran orang nak nikah kot..hehe..terover plak.=P
Apa2 pun, Selamat Menyambut Ramadhan!!!Jangan lupa ye untuk tambahkan lagi amalan..kalau boleh istiqamah lagi bagus..(peringatan untuk diri sendiri jugak)
wassalam..
Saturday, July 21, 2012
Masa Pantas Berlalu..
Syukur Alhamdulillah sebab aku masih dapat merasa nikmat puasa untuk Ramadhan kali ini..Beberapa minggu yang lepas aku masih berumur 23 tahun but now, i'm already 24..Bila dah melangkau ke usia ni, memang tak dapat nak dinafikan yang perasaan aku agak berserabut dengan soalan2 cepu emas dan penyataan dari orang-orang sekeliling.Yes..i admit that i'm already old and i'm still single.
Tapi yang penting, aku masih bernyawa dan aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku peluang untuk beribadah dan bertaubat. Walaupun ramai kawan2 aku yang dah berkahwin dan dah pun mempunyai anak,itu rezeki diorang.Cuma sekarang ni,belum sampainya lagi waktu untuk aku.
Sebelum ni aku pernah terfikir yang aku mungkin dah kahwin bila menjangkau usia ni tapi Allah itu Maha Mengetahui.Antara aku dan dia,memang kami takde jodoh but i'm happy for him bila aku tahu yang dia dah nak kahwin.For mum n dad,it wasn't your fault at all.Memang dah ditakdirkan begini for both of us.
Yang paling gembiranya sebab aku ada KELUARGA yang sentiasa sayangkan aku.Mak dan ayah yang nak tengok aku berjaya dunia dan akhirat,kakak2 yang sentiasa amik berat pasal aku,abang yang tak pernah berhenti mengacau hidup aku especially kat YM, adik2 yang sentiasa menceriakan hidup aku dan anak2 sedara yang comel2 belaka...=)
I LOVE U ALL VERY..VERY..VERY..MUCH..Tak sabar tunggu raya ni..
Friday, July 6, 2012
Saat Kita Bertemu..
Hatiku riang tak terkata..
Disaat itu aku masih muda dan mentah..
'Gombak' menjadi saksi pertemuan antara kita..
Bagiku engkau sangat sweet..
hatiku berbunga riang bila dapat memegang erat dirimu..
detik itu aku tak inginkan perpisahan..
kerna aku tahu aku sangat memerlukanmu..
walaupun engkau selalu membuatkan otakku sakit dengan kerenahmu..
tapi sayangku melampaui semua itu..
aku tetap berjumpa denganmu selalu..
Bila aku semakin dewasa,
kita makin terpisah..
dan aku tahu engkau masih setia menungguku disana..
akan tetapi sukar bagi diriku untuk berjumpa denganmu..
Akhirnya perpisahan tetap terjadi..
kerana hatiku milik orang lain..
dan amat sedih utk mengatakan yang dia adalah kembarmu..
moga suatu hari nanti kita dapat berjumpa lagi..
dan hatiku mengatakan yang orang lain perlu tahu siapa dirimu yang sebenar..
maafkan aku 'S'..
Tuesday, June 26, 2012
Dear Christina...
Ha..Mesti korang pelikkan dengan tajuk entry kat atas..
Hehe..=)
Maaf ye sebab bila tulis blog malam2 macam ni, biasanya perasaan tengah mood jiwang dan ala-ala terbuai untuk tido..
apa kaitan plak dengan tajuk???
Klah,just enjoy this lyric..nak tahu lagu dia macam mana,klik je link kt bawah ni..Mesti korang pernah dengar lagu ni..
Friday, June 22, 2012
Bila Badan Dah Penat Tapi Otak Masih Bekerja..
Pernah tak korang rasa badan dah penat tapi otak asyik dok fikir macam-macam..Fikir pasal benda tu la benda ni la..Yang pasti semua benda yang korang fikirkan tu korang tak jumpa penyelesaiannya dalam otak korang//Jadi,terpaksalah paksakan diri sendiri untuk bangun, buka laptop dan guna MR.GOOGLE untuk cari jawapan..
Mesti pernahkan?kan?
Macam tu juga lah keadaan aku sekarang..(*_*)
Dah pening kepala menggunakan MR.GOOGLE ni untuk cari jawapan..
tapi tak jumpa2 gak..
uwaaaaa..(T_T)
Inilah balasannya untuk orang pemalas macam aku..
Cari jalan mudah guna Mr.Google ni..huahua..
Sampai kesudahla aku tak jumpa jawapan gamaknya..
Padahalnya jawapan berlambak kot dalam buku.huahua..(ada ke??? mungkin ada kot??)
hmm....
Esok jelah aku cari jawapan..
(Dah memang dasar pemalas)..kuikui..
Suka sangat cari alasan bila suruh buka buku..haish..(-_-")
Friday, June 8, 2012
kenapa!!!
Kenapa?
why?..why?
haish..
ntahla..
bencinya perasaan ni..
nak wat apa ni!!!
ARGHHHH!!!!
Sekian..
p/s:maaf ye..tuan empunya blog ni datang melepaskan perasaan yang terpendam kat sini..chow..
Tuesday, May 29, 2012
USS..
hehe..ada masa terluang ni, macam biasalah ye, aku nak cite tentang percutian. Kali ni percutian aku ke USS.USS ni singkatan dari Universal Studio Singapore..
About 2 weeks ago, aku n kawan2 aku pergi bercuti kat USS.. Pada mulanya mak aku tak bagi pergi sebab dia risau kitorang pegi tak ramai tapi bila adik aku cakap yang kitorang pegi lebih kurang dalam 10 orang barulah dia bagi kebenaran..
Bermulalah perjalanan kitorang dari KL--->Johor--->Singapore yang mana bermula dari kul 11.30 mlm-12 tgh hari.Kitorang sampai kat USS tu lbh kurang kul 12 lbh tgh hari kalau aku tak silapla..
Agak rugi di sini bila kitorang sampai, most of the character2 yg ada kat sana tu dh start nak rehat..huhu..mujurlah ada banyak tmpt lagi yg kitorng boleh lawat dan tengok kt dlm USS tu.
Thursday, May 10, 2012
Jangan Pernah Menyesal..
Setelah lama tak mulakan entry dengan perkataan ini, insyaAllah pasni perkataan ini akan menjadi pembuka kata untuk setiap entry mendatang.
Ok..back to our topic, entry kali ni memang direct nak cakap pasal tajuk kat atas tu..
Sekarang ni hampir setiap hari ada je keluhan yang keluar dari mulut ni. Benda ni tak kena, benda tu pun tak kena. Nak dikatakan hampir semua benda rasa serba-serbi tak kena. Mungkin mood exam yang telah bertapak utk keberapa kali ntah, menyebabkan mood dan akal fikiran menjadi kurang sedikit warasnya. Symptom ni bukan hanya kat aku sorang but almost everyone. Nak kata semua pun takdelah jugak. Mungkin beberapa orang..hehe
Nak dijadikan cerita, bila stress mula bertapak dalam diri, waktu camnilah mulut2 mula berbicara ayat yg berupa sedemikian, "napelah aku tak try amik cost lain dulu." @ "napelah aku pilih U ni.Kan bagus kalau aku try mintak U lain."
Dalam tak berapa nak sedar, kita sebenarnya dah cuba mempersoalkan takdir yang Allah dah pilih untuk kita. Setiap apa yang Allah tetapkan, banyak hikmah yg tersembunyi disebaliknya yang kita masih lagi tak nampak @ buat2 tak nampak. Sejujurnya, memang pernah terlintas di kepala atau terkeluar dari mulut sendiri ayat2 yang berupa sedemikian, tapi bila difikirkan semula, aku dah kecapi banyak nikmat tanpa aku sedari bila berada dalam haluan sekarang ni.
Jadi, nak nasihat kat sini, jangan kita menyesal dengan pilihan hidup sekarang atau dengan apa yang memang dah ditakdirkan untuk kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan bersyukur dengan apa yang kita pilih sekarang ni sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya..tak gitu???
Kepada kawan2 yang disayangi semua, aku rasa bertuah amik dentistry ni sebab aku boleh kenal korang dan kita dah lalui banyak pengalaman pahit dan manis selama hampir 4 tahun bersama. Mungkin bila sume dah ikut haluan masing2, waktu belajar nilah yang akan kita rindui selalu.
Wednesday, May 2, 2012
BukitTinggi..
Just wanna share a story of BukitTinggi..
Had spent 4d/3n in BukitTinggi and Padang..
Nice view..
Nice food..
People are so nice and kind..
My family and I enjoyed this holiday so much..
shopping is must..hehe.
Had a quality of time during visiting to Istana Pagar Ruyung, Jam Gadang, Lobang Jepang and of course had enjoyed eating Nasi Padang so much.
the pic that i've taken from Mr.google..later i'll post the real pic of me at Bukittinggi.
Monday, April 23, 2012
Test..again?
Setiap kali exam, setiap kali tu jugaklah lalui perasaan yang sama..
Asyik tertanya2..
Aku jawab apekebenda la tadi ek..
Dengan masalah masa tak cukupla..
Padahal kalau bagi masa lagi lama pun,mungkin hasilnya tetap sama.
Sebab kalau dah dalam kepala otak mmg dah tak boleh nak pikir,
Pusing sana pusing sini pun akan keluar idea yang sama je..x gitu??
Mungkin aku sorang jela kot camtu..pffttt..
Ni kalau mak aku tanya camne exam,tak terkeluar satu ayat kot dari mulut aku..
Tak pun biasanya aku jawab je camni,
"biasala..Ada yang boleh jawab,ada yang tak."
ok..Itu hanyalah penyedap ayat untuk mak aku dengar..
Walhal,hanya Allah je lah yang tahu macam mana teruknya aku jawab tadi.
Tapi,yang penting dah ada usaha.Selebihnya tawakkal jelah..9_9
layan je la lirik ni w'pun takde kaitan sgt..(I TRIED)
i tried so hard, can't seems to get away from misery,
Man, i tried so hard but always be a victim of these streets,
it ain't my fault cause i tried to get away but trouble follows me,
And still i tried so hard hopin' one day you'll come and rescue me..
p/s: maybe i'm not tried so hard..
Saturday, April 21, 2012
it would be better..
but you've build your own paradise
(always build my own dreams during childhood..(^_^))
If all the people around the world
they had a mind like yours
we'd have no fighting and no wars
there would be lasting peace on Earth
(wish we could have the same opinions but i know that we would learn nothing)
I'll sing for you I'll sing for mother
We're praying for the world
and for the people everywhere
gonna show them all we care
(i wish i could do something for this world..but it seems difficult enough. so, have to think big but start with the small first)
Wednesday, April 18, 2012
Dodol..Oh..Dodol
Tuesday, April 17, 2012
Jom Pakat Gi..
Jom Pakat Gi..
Jom Pakat Gi..
Sunday, April 8, 2012
Kena Berubah Kot..
Wednesday, March 21, 2012
Ini Aku..
Saturday, March 17, 2012
Sunday, March 4, 2012
Magnum Punya Cerita..
Adapun seorang hamba ni(si A), dia teringin sangat nak makan aiskrim..Lalu, diajaknya si B pergi beli aiskrim. Bila dah sampai kat kedai, si A dan si B ni teringin untuk mencuba aiskrim Magnum yang diuar2kan kesedapannya di pelosok tempat. Alang2 dah mencuba, si A dan si B ni terus membeli Magnum yang paling latest iaitu cappuccino bla..bla..bla(lupa plak nama penuh untuk yg latest ni)…Dalam perjalanan pulang ke tempat kediaman, masing2 ingin terus mencuba Magnum ni.Maka, si A dan si B ni terus membuka plastik yang membalut Magnum yang indah ini dan digigitnya aiskrim ni tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Adapun si B ni perangai dia pelik sikit. Selepas sahaja menggigit aiskrim tersebut, si B terus toleh ke belakang dan sambil membuat memek muka yang hairan, si B ni bertanya kepada si A,
”kenapa takde orang pun kat belakang kita.”
Si A hairan dengan soalan yg diajukan oleh si B kepadanya, lalu dia bertanya si B,
“kenapa plak nak kena ada orang kat belakang kita.”
Si B menjawab,”Yela.Bukan ke dalam iklan tu masa dia tengah makan aiskrim ada orang ikut dia kat belakang.. Dapat layanan cam raja plak tu.Bila kita makan xde plak camtu.”
Si A tergelak dan dalam masa yang sama terasa nak sekeh je kepala si B ni. Tetapi si A cuba juga untuk melayan si B ni lalu dia menjawab,
“tu dalam iklan je la.”
Si B ni pun menggangguk sambil tersengih2 seperti kerang busuk.
p/s: jangan terpengaruh dengan iklan ye..