Thursday, December 22, 2011

Kembali jua..

Salam semua..

Rasanya dah lama xmenjenguk ke blog sendiri. Kawan2 pun dah mula bertanya nape dah tak update blog. Bukan sengaja taknak update tapi kalau dah setiap kali balik dari kelas dan klinik asyik terbungkam je, memang takde masalh nak buka laptop. Hehe..kesibukan ku mmg mengalahkan bapak2 menteri( just kidding). Takdela sibuk sangat pun tapi kalau badan asyik rasa penat je memang camtulah jadinya. Kadang2 penyakit ni hampir menjangkiti seluruh budak rumah aku. Bila waktu malam je, lebih kurang pukul 9, hampir semua dah tido..sunyi semacam je..hehe..kalah plak baby2 nak tido. Tapi bila pikir semula sampai bila aku nak terus jadi camni. So, bila ada assignment macam hari ni, barulah mata aku luas je berjaga(sbnarnya dah ngantuk ni..). terpaksalah katakan.. ni pun assignment xsiap2 lagi..adoiii!!(-_-“)

Sebenarnya, aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan korang tapi disebabkan aku malas nak tulis sekarang,jadi terpaksalah aku postpone dulu cerita2 tersebut.. aku akan kembali lagi selepas ni dengan cerita yang lebih menarik wat tatapan korang semua. Nak kata cerita pun xjugak.. ia mungkin lebih kepada pengalaman untuk dikongsikan bersama..hehe.

Klah, see ya next time!!

Chow dulu..

p/s: sementara menunggu aku kembali, apakata korang tolong doakan aku kembali dengan selamat ye..=)



Thursday, September 8, 2011

Ada jugak orang camni..

Nak citela satu kisah ni..Ia berlaku semasa kita masih berpuasa dan hampir menjelang raya..Nak tergelak pun ada sebab tak sangka ada orang terasa.

Masa tu aku dan adik aku tengah membeli juadah untuk berbuka puasa.Macam biasala,perut aku ni asyik dok mngidam je..Kali ni mengidam nak makan sate..hehe.Cari punyalah cari gerai yang jual sate,akhirnya kitorng jumpa dua buah gerai yg jual sate.Macam biasala kalau membeli dengan adik aku ni,dia akan berjalan sampailh ke hujung sekali dan kebetulannya gerai yg jual sate tu terletak paling hjung.Kitorang decide beli je kat situ sbb tu gerai pling murah.

Aku ni jenis yg malas nk bukak mulut skit lebih2 lagi tengah puasa.jadi, aku serahkan hak pembelian tu kat adik aku..haha..(malas punya pasal).Sebelum tu aku nak cite dulu perihal penjual sate ni.Yang jual sate ni dua orang.Sorang cik kak dan sorang lagi cik abang dan aku xtahula apa status dua orng ni.mungkin adik beradik @ diorang ni husband and wife..tp nmpak muda lgla.

Nak dijadikan cite,tengah aku ralit dok tengok cik abang tu bakar sate(bukan minat ye tapi saje tgok orng tgh wt keje..tu hobby aku),baru aku perasan yang cik kak sorang lagi tu dok pandang aku.Masa tu kalo korang boleh tengok sndiri muka dia,huh..memang cam nk ajak aku berperang..siap dengan jelingan maut lg.pastu dia pandang plak kt cik abang tu sambil muka dia memberi reaksi "nak menggatalla tu"..Padahalnya cik abang sorang tu sibuk wat keje dia je.Nak gelak pun ada gak masa tunggu tu sebab sambil dia ikat plastik yg berisi sate tu,memang dia asyik wat muka je.Ni mesti cemburu punya pasal @ pun memang dia dilahirkan dengan muka bereaksi camtu.

Selesai je adik aku beli sate kt situ,kitorng blah cpat2..Tak sampai separuh jalan kitorng tnggalkan gerai tu,tiba2 adik aku mencelah," takleh blah muka akak tu.Cam nak ajak gaduh je"..Aku yg terdengar rasa nak tergelak sebab aku ingatkan aku sorang je yg perasan muka cik kak sorang tu.Haish..tak sangka boleh jumpa orang camni masa bulan pose ni..

Lain kali kalo jumpa orang camni,mungkin aku patut bagitau awal2,"maaf ye kak.saya tak berminat kat cik abang tu.Jadi,xpayahla buang masa nk wat muka camtu."

p/s: aku pandai wat muka buruk je..=P

Wednesday, August 17, 2011

Apa nak buat kalau...

Apa korang akan wat kalau orang tersebut pernah rapat dengan korang dan dia wat perangai yang tak sepatutnya??

Perlukah aku menegur dia kalau terang-terangan memang aku tahu dia takkn endahkan teguran aku..huhu..sedih rasanya bila kita rasa diri kita sangat lemah untuk memberi teguran.

Kadang2 aku rasa benci tengok dia sebab aku dah xsanggup nak tengok.Tapi sampai bila aku nak benci??Kalau aku terus-terusan membenci dalam hati,aku takut Allah balas perbuatan aku ini kat keturunan aku plak..Ya Allah,engkau jadikanlah keturunanku dari orang yang baik2..

Jadi,apa yang aku mampu buat sekarang,hanyalah berdoa semoga Allah bagi petunjuk kat dia.Mungkin dia jadi camtu sebab persekitran dia dan aku jauh berbeza.Aku sangat bersyukur kerana aku masih ada kawan2 yang sentiasa mengingatkan aku tentang dunia yang serba fana ini.Sesungguhnya aku sendiri pun masih lemah dalam hal agama ni.

Monday, August 15, 2011

budak2 nakal..hehe

Kalau korang nak tahu,budak bertiga ni memang sangat nakal. Kalau diorng main bersama memang riuh satu rumah.Yang paling riuhnya yang si abang pakai songkok tu.fuh!!Suara dia macam cengkerik..sangat nyaring.Walaupun si abang ni sangat riuh tapi dia sangat cerdas dari segi otak.

Yang si kakak plak suka wat plan supaya si adik2 ikut rancangn dia..hehe.so, kalau kena marah,yang adik2 je la yang kena sebab dia hanya master mind dan tukang bagi arahan.Satu lagi perangai dia yang wat aku heran,dia suka gelak sampai susah nk berhenti.Kadang2 aku tak tahu apa yang membuatkan dia rasa sesuatu benda tu lucu.Mungkin imaginasi dia sangat tinggi kot..keh3.Yang paling kecik sekali tu, suka sakat orang dan tak suka share barang dia dgn kakak n abang dia.Jadi, korang bayangkanlah macam mana situasinya bila budak2 ni bersatu..=P(macam power rangers plak)



Yang ni plak cucu mak aku paling bongsu. Dia sangat kuat makan(macam mak dia)..hehe..tapi setiap kali dia dok dgn anak2 sedara aku yang lain,dia lah yang jadi raja sebab semua anak sedara aku suka layan dia.Siap tolong kipas n bagi susu lagi..tapi lama-kelamaan,kena buli gak dgn budak tiga orang tu..hehe..

p/s: Walaupun korang sangat nakal tapi c.ya tetap sayang korang semua..=)..Nanti raya ni,memang bingitla umah..

Wednesday, August 3, 2011

Iftar Jam'ie

Assalamualaikum..w.b.t

Syukurlah, kita bertemu lagi di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan.Dan Allah itu sentiasa sayangkan hambanya sehinggakan Dia masih memberi kita peluang untuk bernafas hingga ke takat ini.

Disebabkan sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan,maka entry kali ini lebih kepada mood puasa.Cuma taknak tulis panjang2.Entry ini hanyalah sebagai perkongsian bersama2.

Mesti ramai yang pernah dengar perkataan iftar jam'ie kan?? (betul ke eja cmni)..dan mesti ramai gak yang tahu apa maksud perkataan ini.Bagi yang tak pernah dengar,takpe.Saya kongsikan sikit apa yg dimaksudkan dengan iftar jam'ie ni..

Iftar: berbuka (buka puasa ye)
jam'ie: secara ramai2 (erti kata lain secara berjemaah)

Jadi,maksudnya berbuka secara beramai2 @ kita makan dalam kumpulan.Nak ceritalah sikit apa kelebihannya iftar jam'ie ni kat korang semua berdasarkan pengalaman saya. Kelebihan yang akan disebutkan di bawah nanti lebih kepada iftar jam'ie kat masjid ye..

1- Boleh mengeratkan ukhuwwah sesama umat Islam.Contohnya sesama penduduk kampung ataupun sesama rakan2 kita sendiri.Bila berbuka puasa secara beramai2 ni,masa tulah kita akan mula nak kenal orang.

2- Boleh mengelakkan pembaziran.Bandingkan kalo korang makan sorang diri dengan korang mkn secara beramai2.Bila makan sorang2,satu perut je dpt diisi tetapi bila makan 10 orng,maknanya ada 10 perut untuk diisi.Kalau korang ni jenis yang beli makanan seadanya untuk berbuka,xpelah jugak.Masalah orang kita kat Malaysia ini,bila pegi bazar Ramadhan,sume makanan dia nak balun beli.Bila dh berbuka,mulalah menyesal bila ada makanan yang tak habis dimakan.

3- Boleh menambahkan pahala solat berjemaah.Bila kita berbuka secara beramai2 ini,kecenderungan untuk solat berjemaah memang tinggi.Lebih2 lagi bila berbuka kat masjid.Habis je berbuka,boleh sambung solat maghrib secara berjemaah terus.

4- Tidak melengah2kan solat maghrib. Korang perasan x?bila kita berbuka sorng2 atau dengan kawan2 kat rumah, kita akan mula melengah2kan solat maghrib sbbnya banyak berborak @ memang saja nak lengah2kan masa.Tapi bila kat masjid,kita takkan lengahkan masa.nak tau nape???sbbnya risau imam dh nak mula solat..hehe

=)..rasanya setakat inilah dulu kelebihan2 dari iftar jam'ie yang dapat saya senaraikan..Kalo sapa2 rasa dia ada nak tambah lagi,bolehlah kongsi kat komen di bawah nanti ye..

SELAMAT BERPUASA!!!

Thursday, July 28, 2011

spreading my sadness into the pain.

Hati sentiasa meronta,
menginginkan mata utk meluahkannya,
tetapi airmata tetap setia,
berada disisi tanpa meninggalkan tuannya.

Hati yang terpendam amatlah bahaya,
bila meletus ia akan binasa,
membawa tuannya ke alam derita.

Jika ia tak diluahkan,
makin parah jadinya,
hanya badan yang memahaminya.

Badan bercakap melalui ekspresi,
hati yang sakit ingin diubati,
yang mampu diberi hanyalah berkongsi,
bersama2 merasai kesakitan hati ini.

p/s: kesakitan yang hadir dapat melalaikan diri kita dari bersedih.

Wednesday, July 13, 2011

Sweet & Sour of 23

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah memanjangkan umur saya hingga ke hari ini..11 Julai yang lepas,genaplah umur saya 23 tahun.

Hari lahir kali ini tak disambut seperti kali yang lepas tetapi saya sangat2 bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di bumi Nya ini.Saya juga bersyukur diatas semua kenikmatan yang diberiknNya selama ini.

Kebiasaannya,kalau berada di asrama,memang sudah menjadi kewajipan bagi saya utk meraikannya bersama kawan2 terdekat tapi kali ini,Allah bagi peluang untuk saya meraikannya bersama emak yang tersayang..

Di sini,nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang tak pernah lupa untuk 'wish' sempena hari lahir saya kali ini..

Sayang korang semua!!!


p/s: selalu lupa umur sendiri..=)

Sunday, July 10, 2011

sabar2!!!


Salam semua..

Sebenarnya takde entry yang menarik pun utk dikongsikan bersama..entry kali ni hanyalah cakap2 kosong je..

Bercakap pasal cuti,aku memang suka cuti tapi bila takde adik-beradik yang lain kat umah,aku jadi boring dan sunyi.Mungkin teman2 aku yang lain tengah happy sebab adik2 diorng ramai lagi kt umah..Macam aku sekarang ni,yang ada kat umah hanyalah aku n emak aku je.

Jadi masa yang aku ada banyak dihabiskan di luar rumah.Contohnya,aku pegi window shopping,jaga nenek n sebagainya.Dan banyak jugaklah masa yang dihabiskan di atas jalan raya..maksud aku kat sini memandu..

Bercakap pasal memandu ni,aku memang bengang bawak kete kat kelantan ni.korang nak tau kenapa??

Sebabnya orang2 kat kelantan ni suka bawak kete perlahan sgt..mesti korang nak marah kt aku sebab mengumpat negeri sendiri tapi memang hakikatnye cmtu.aku bukanlh nak kata yang sume penduduk kelantan ni cmtu cuma rmai gaklh yg aku jumpa bawak kete cmn.

Kiranya dalam sehari tu tak sah kalo tak jumpa pemandu yang mcm ni.aku boleh tahan lagi kalo bawak 50km/jam..tapi yang geramnye bila bawak 30km/jam..kalo nak bawak kete dgn laju ni baik bawak motor je.wat mnyusahkan orng lain je.dahla jalan tu sempit.nak lintas memang xde peluang dah..akibatnye, kereta beratur panjang kat belakang.


Mula2 tu aku boleh bersabar lagi bila difikirkan mungkin kete 'tu'ada masalah..saje nk positif thinkingla dulu..tapi bila diperhatikan betul2,dia nk bersiar2 je rupanya siap dengan keluarkn muka ikut tingkap utk hirup udara.ni memang wat aku berasap kepala.

Satu lagi kes bila pemandu tu tgh bercakap @ main hp..bila tgh bercakp kt hp,bawak kete mestilah jadi perlahan..kalo sekejap je takpe jugak.yang geramnya dia borak kt hp tu sampai xingat yang kete kat belakang ni dah beratur panjang dah.hish!!

p/s: sapa yang rasa nk belajar bersabar,bolehla cuba bawak kete kt kelantan..

Thursday, July 7, 2011

Written In The Stars


Satu watak dalam sebuah cerita yang aku tonton pernah menyebut;

"Bintang sentiasa ada di langit untuk menerangi malam. Dan untuk menggapai bintang itu adalah mustahil. Tetapi tak salah jika kita berimpian sedemikian kerana impian itu sebuah mimpi yang indah."

Sunday, July 3, 2011


hoho..cuti yang berbaki masih banyak lagi bagi seorang student macam aku ni yang selalu dapat cuti sikit je...tapi xpe sebab banyak benda lagi yang perlu aku 'settlekan' sblm masuk klinik nanti.Cuma agak malas sikit kebelakangn ini.

Sekarang ni aku nak cite pasal budak2 @ kanak2..Untuk pengetahuan korangla kan,jaga budak2 bukan senang. Lebih2 lagi kalo budak yang korang jaga tu sangat hyperactive..(^0^)

Masa cuti ni memang selalu jugakla aku jumpa anak2 sedara aku..Diorng ni memang boleh dikategorikan sbg hyperactive gakla tapi bukan semua,just sorang je..anak sedara aku ni terdiri daripada 1 pompuan and 3 lelaki. Yang aktif sesangat tu lelaki sorang je. Tapi yang sorang nila aku rasa macam 5 orang.

Ada masanya diorang ni dengar cakap tapi ada gak masa tu wat perangai.Kiranya dalam sehari,aku boleh bahagikan masa tu half-and-half.Sekejap dengar cakap sekejap xdengar.hehe..

Cuma budak2 ni kita kena tegur elok2 tapi mesti bertegas.Kalo tak,memang dia wat tak endah je apa yang kita kata kalo xkena cara.Lembut sangat pun xboleh jugak.Aku pernah gak marah2kan diorang ni masa diorng sepahkan bilik aku.Tapi diorang wat tak endah je.memang berapi tahap karma masa tu.

Baru2 ni diorang sepahkan lagi bilik aku.Masa tu aku fikir kalo aku marah pun xde guna gak sebab taktik hari tu dah xmenjadi.Jadi,aku cuba la guna pendekatan lain nak bagi diorng dengar cakap. Kali ni aku panggil diorang masuk bilik aku,pastu aku soal siasat sape yang wat sepahkan bilik aku sbb kalo marahkan sume tak adil plak.Mula2 xde yang mengaku.Lepas aku wat serkap jarang,barulah terbongkar orang yg sepahkan bilik aku..hehe..macam main2 detektif plak.dahla ngn budak2.

Sambung semula cerita,lepas aku dah tau sapa yang sepahkn bilik aku tu,aku nasihat elok2 dan suruh dia kemaskan semula bilik tu..Mujurlah anak sedara aku ni ikut cakap gak. Dia kemaskan semula sambil mulut membebel2..ish2..kecik2 dah pandai membebel.

Masa tengah kemas tu,dia membebel kat aku,"apala cik ya ni.nak main sikit pun xboleh.Baik saya main kat sekolah.Xde orang nak marah pun main2 cmni."

Aku balas semula,"main kat sekolah mana sama ngan main kat umah.Kat sekolah tu memang tempat untuk main..Takde orang nak larang pun."

Lepas cakap camtu, aku terfikir semula.Bukan ke sekolah tu tempat belajar ke???ish2..aku dah tersilap bagi information dah kt budak2 tu. Pasni kalo cikgu dia tanya sekolah tempat untuk apa,memang nahas aku sbb silap bagitau sekolah tempat main..hehe..(^_^)

Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman mengajar erti kehidupan..

Ada yg berpendapat usia mematangkan diri tp separuh lg berpendapat pengalaman hidup yg mematangkan diri.. hm.. Kalo aku pasti aku pilih pendapat kedua tu. Dan aku pasti ramai gak yg bersetuju dgn aku.

Di sini aku nak bagitau yang tak semestinya orang dewasa disekeliling kita tu lebih matang dari kita. Ada yang masih kecil tapi cara berfikiran lagi matang dari orang dewasa itu sendiri. Dari kecik lagi, aku selalu dengar orang lebih berusia menyebut "kami yang berusia ni dah banyak dah makan garam dari korang yg muda ni." Separuh dari aku bersetuju dengan kata2 ni sebab mmg diorang hidup lagi lama dari aku tp separuh lg aku tak bersetuju sebabnya kadang2 pendapat diorng tu xselaras dgn kebenaran di depan mata.

Aku paling kagum bila tgok bdak2 yang baru nk kenal erti kehidupan tapi dah tahu macam mana nak uruskan diri. Banyak faktor yang menyebabkan diorng jd cmni. Ada yang disebabkan kesusahan hidup n tak kurang juga disebabkan bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemahuan ibu bapa sendiri juga adalah salah satu faktor diorng jadi cepat matang. Tapi setiap faktor ini ada kebaikan dan keburukannya tersendiri.

Yang paling penting di sini, pengalaman yang diperoleh sepanjang kita hidup. Setiap peristiwa yang kita lalui ada pengajarannya tersendiri dan utk setiap pengajaran yang kita peroleh tu haruslah kita ingati agar kesalahan yang lalu tidak kita ulangi. Dan ada baiknya jika kita kongsi pengalaman itu dengan orang lain.

Sepanjang aku hidup kat muka bumi ini, pengalaman yang aku peroleh mungkin tak sebanyak budak2 sebaya aku yang lain peroleh. tapi kalau boleh aku nak kongsi juga serba sedikit.
1- Untuk jadi seorang yang bersyukur, kita haruslh tengok orang yang lagi susah dari kita. Kalo kita asyik tengok orang yang lagi senang dari kita,memang hati xkan pernah rasa cukup. Rmai yang anggap aku selalu hidup senang, sedangkan dari kecil lagi aku dah pernah hidup susah tapi aku bersyukur sebab khidupan aku yang dulu bnyak membuahkan hasil yang sangat manis. Kesusahan juga mngajar aku tentang erti perhubungan kekeluargaan yang sebenar.

2- Apa kaitannya sabar dengan kehidupan yang kita lalui sekarang??aku pernah terpikir pasal ni n aku selalu pikir gak cmne nk jd seorng yang penyabar sbb aku ni susah skit nak sabar. Kadang2 aku xleh trima bila Orang terdekat dgn aku nasihatkn aku supaya berfikiran positif sebabnya aku xnmpak apa kaitannya bila kita fikir scara positif dgn sabar. Tapi bila aku berhadapan dgn masalah dan aku cba praktikkn apa yg orang tu cakap, memang berkesan. Sedikit sebanyak hati terpujuk bila kita berfikiran cmtu. Xde dah nak marah tak tentu pasal. Hidup pun terasa manis bila kita sentiasa berfikiran cmtu.

3- Pernah sekali aku rasakn yang nasib aku ni asyik malang je. Bayangkan dalan seminggu tu,bermacam2 dugaan yang aku kena tempuhi. Mujurlah ada orang yang mengingatkan aku supaya dekat dengan Allah. Masa tu aku sedar yang Allah sayangkan hambanya. Kadang2 Dia trunkn ujian dan dugaan tu spy kita ingat akan Dia. Masa tu mungkin aku dh lalai dgn kehidupan aku sndr. Kita hidup di dunia ni bukan untuk tujuan hidup kita semata-mata tetapi kena ingat matlamat kita untuk kehidupan akhirat juga. Setiap yang Allah uji kita tu,ada hikmah disebaliknya. Samada untuk menyedarkan kita @ untuk menghapuskan dosa2 kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.

Setakat ni je dulu perkongsian kali ni.lain kali aku cba kongsikan lagi pengalaman aku. Mungkin korang boleh share anything ngn aku kt blog korang plak pasni..=)

p/s: pengalaman itu lebih manis kalo dikongsi bersama.betol tak??

Monday, June 27, 2011

Lama dh rasanya apa2 kat blog ni. Asyik dok baca blog kawan2 je..(^_^). Teringin gak nak coret
pasal aktiviti sepanjang cuti ni tapi selalu kehabisan idea. Lebih2 lagi bila dah tercongak depan
lappy ni. Mujurlah sekarang ni ada idea untuk tulis entry terbaru.

(gmbar hiasan)

Sepanjang cuti ni memang rasa buntu sgt2 sbb tiba-tiba je ada masa yang sangat lapang. Biasanya sibuk dgn kelas n klinik. Awal2 dok kat umah ni,memang asyik tido je. Padahalnya banyak je benda yang perlu dibaca sebelum kena repeat satu paper yang aku paling xberkenan iaitu Oral Surgery..hehe. Akan tetapi Allah itu Maha Berkuasa dan dia dah tunjuk kat aku hikmah disebalik kena repeat paper ni.. Rupa2 nya baru aku sedar betapa ceteknya ilmu aku lebih2 lagi utk subjek OS ni. Bila dh kena repeat paper ni,barulah ilmu tu makin bertambah walaupun xdelh bnyak mane..=).. Yang pasti, sepanjang kelas dengan dr.Azmeel mmg best. Sporting n steady. Kalo boleh nak je blaja ngn dia untk sepanjang tahun 4 nnt.

Abis je exam, aku n sarah kuar jalan2 untuk enjoy w'pun sarah xnmpk mcm enjoy sgt..tp
selepas je abis tgk wayang mood dia happy semula..hehe... Untuk pengetahuan korang,
cite X-men first class tu mmg best tp cite Green Lantern hampeh sikit..nak dikategori hampeh
banyak pun boleh gak.

Permulaan cite ni agak boring sikit sbb action lbh kepada dialog yg berjela.tapi mmg patut pun sbb kalo x, mmg xtahu asal usul cite X-Men ni. Part tengah n akhir untuk cite ni banyak bab sedih n aksi yg menyeronokkan. Lepas tengok cite ni, Barulh tahu asal usul sebenar cite X-men
ni. Kalo xtengok cite ni,mmg sampai kesudah aku xtahu dari mana timbulnya prof X @ charles
xavier n Magneto. Bila dah tgk, barulah rasa puas hati.

(^_*) wink2!!hehe..sebenarnya banyak lagi masa yang aku habiskan utk aktiviti sepanjang
cuti ni tp malas nak citer sume. Nanti ada orang marah..=P

Apa2 pun,aku harap Allah permudahkan segala urusan aku lebih2 lagi untuk result exam hari tu..

Sunday, May 29, 2011

Imaginasi Aku


Salam semua...^_^

Entry aku untuk kali ini tak berat dan tak melibatkan apa-apa emosi.Just nak share sikit sesuatu yang aku pernah terpikir sebelum ini dan pemikiran ini adalah ketika zaman aku masih kanak-kanak dan juga untuk zaman sekarang..hehe.

1- Rumah fluorescence???
Aku pernah terpikir bestnye kalo ada 'rumah fluorescence'.Banyak kelebihannya kalo ada rumah camni,salah satunya korang xpyh guna letrik dh malam-malam.Pastu kalo ada pencuri nak pecah rumah,awal2 lagi korang dh nampak pencuri tu jalan kat sekitar rumah.Yang paling penting,mestilah nampak cantik sbb bila waktu malam je rumah kita menyala..cam kunang2..tak ke cantik kalo ada rumah camtu.

2- mesin faks???

Yang ni xdelah nak cite psl kemajuan yg boleh diubah utk mesin faks ni. Cuma aku nak cite kalo waktu dulu memang aku xtahu camne mesin ni berfungsi. Aku ingatkan mesin ni akan hantar kertas tu terus kt 'receiver'..Rupa-rupanya telahan aku salah ye..hoho.Mesin ni hanya akan copy information,pastu hantr information tu dalam bentuk data yang dah di 'copy'...memang ntah apa2la aku pikir waktu tu.

3- will be continued..hehe

Monday, May 23, 2011

Subjek Elektif

Salam semua..

Sebelum aku memulakan penulisan aku untuk edisi cuti ni (xleh blah bila ada edisi cuti plak..hehe), aku nak ucapkan selamat bercuti kepada kawan2 tersayang. Korang dah mula wat ke projek korang untuk subjek elektif??? Kalo korang tanya aku, jawapan aku mestilah 'tak'.hehe..

Ramai gak yang tanya aku nak buat apa untuk subjek elektif ini kat facebook. Untuk pengetahuan korang semua, aku akan bergabung dengan sarah, che pah, didi, nisah dan nus. Kitorang akan buat outdoor activity kat Shah Alam. Nama tempat tu Sky Trex Adventure. Kat sini korang boleh wat macam2 aktiviti lasak contohnya flying fox, jungle trek n bermacam-macam lagi. Kalo sape2 berminat, boleh layari laman web www.skytrex-adventure.com. Kat sini korang akan tahu lebih terperinci apa yang ada kat skytrex ni. Nampak macam best tapi tak tahulah camne bila kitorang join nanti.

Apa2 pun thanks to sarah yang tolong booking dan thanks to che pah yang tolong deal dengan akmal untuk jadi bodyguard kitorang.

Monday, May 16, 2011

Mari Mewarna..(''>)


Tengah syok dok layan internet, tiba2 adik perempuan aku ni mintak aku lukiskan satu gambar untuk dia warnakan. Walaupun pelik dengan permintaan dia,tapi aku teruskan juga usaha untuk lukis sesuatu sebab aku tahu dia memang takde bakat langsung dalam bidang seni ni,lagi2 bab melukis..hehe..sedap je mulut kutuk adik sendiri..dengan berbekalkan bakat yang tak seberapa,akhirnya aku berjaya jugak hasilkan satu lukisan..(rama-rama je pun)

Nilah proses mewarna yang dihasilkan oleh adik aku sendiri..


(Ni aku lukis khas untuk adik aku)


(proses mewarna menggunakan warna yang tak seberapa)


(aku cadangkan dia supaya dia guna watercolour pencil sebab warnanya akan jadi lagi cantik)


(proses touch up dengan air untuk hasil yang lagi baik)


(inilah hasilnya)

Sebenarnya warna untuk lukisan ni lagi cantik dari yang korang tengok sekarang ni tapi disebabkan camera aku yang tak seberapa (guna camera phone je), maka terhasillah gambar yang tak seberapa jugak.

Apa2 pun, bangga kat dia sebab dia bersungguh2 untuk siapkan jugak proses mewarna ni.
hehe..Kalo korang nak tau,adik aku ni dah abis SPM dah.Dia gak yang suh aku post gmbr ni kat blog..LYKIR @ likir, i dah tunaikan janji i dah as ur sister..

Selamat Hari Cikgu @ Guru..

SELAMAT HARI GURU

DIUCAPKAN KEPADA:

WARGA GURU SEK.KEB.MENTUAN

WARGA GURU MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

WARGA PENSYARAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


"JASAMU AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIRNYA"

DAN TAK LUPA JUGA KEPADA AYAH @ DADDY LONG LEG,

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA,

KHIDMAT AYAH SELAMA 33 TAHUN SANGATLAH BERMAKNA.

(''>)

KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BAKAL MENJADI GURU:

INGATLAH..

ANDALAH GENERASI CONTOH BAGI KAMI SEMUA,

TUNJUKKAN TELADAN YANG BERGUNA,

AGAR MENJADI IKUTAN KAMI SEMUA.

Friday, May 13, 2011

Don't Give Up..

Aku rasa apa yang korang rasa,
Mungkin apa yang aku rasa tak sehebat yang korang rasa,
Cuma satu yang aku pinta,
Janganlah korang putus asa,
Lagi2 untuk memohon kepada Yang Maha Esa,
Sesungguhnya Dia tahu apa yang kita rasa,
Menangislah semahu-mahunya,
Di depan Allah yang Maha Berkuasa,
Kerana kita ni hanyalah hambanya yang hina,
lalai dengan apa yang ada,
Dia takkan menghampakan kita,
Jika kita sungguh2 ingat akanNya,
Dan selagi kita berusaha,
Allah pasti bersama...

Hanya satu yang aku pinta,
kemaafan dari 'korang' semua,
Sesungguhnya,
Aku bukanlah pemujuk yang setia,
Kerana aku juga sebahagian darinya,
Dan untuk semua tangisan yang ada,
Kita kongsi bersama...

p/s: Marilah kita bangkit bersama..chiayokk!!!

Saturday, April 23, 2011

Bila aku...

Bila tengah exam ni banyak plak benda yang mengganggu fikiran ni..Lagi2 bila balik dari exam terjumpa benda ni kat tepi jalan..



Sedapnye kalo dapat makan durian sesegar ni..mintak2la balik umah nanti,durian tengah banyak kat pasar.boleh borong beli banyak2..huhu..rasa nak terleleh air liur ni..

Dok tengah study plak,asyik teringat kat family je..lagi2 ayah n mak.Mintak2la diorang sume sihat walafiat.Lebih2 lagi ayah..


love u all so much!!

Bila borak ngan kawan2,teringin nak pegi bercuti plak.Bestnya kalo boleh pegi bercuti kat pulau lagi..


hoho..suka sangat suasana yang tenang dan damai macam ni..

Bila bukak facebook plak,rindu kat budak ni.Dah makin besar dah.

ijad!!Bila ibu ijad nak bawak ijad jumpa c.ya ni..dah lama dh c.ya tak jumpa ijad..

Saturday, April 16, 2011

Minggu Yang Menyeksa Jiwa..


Berserabut otak aku bila exam dah hampir tiba.Lagi berserabut bila pikir yang 'study week' ni dah nak habis.Dan ini bermakna,aku perlukan masa lagi untuk betul2 bersedia masuk exam ini sebab maklumat dalam kepala aku ni masih tak cukup untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Kalo dulu aku xpernah kisah bila aku kena amik 12 subjek masa SPM.Tapi sekarang ini,sume tu dah berubah sebab aku rasa sangat2 terseksa bila aku harus hadapi 13 subjek.Lagi tensen bila tiap2 hari aku harus duduki exam.Tak macam SPM dulu.huhu...(T_T)

Paling tak tahan bila aku kena hadapi 5 subjek dalam hari yang sama..ARGHHH!!!!

Owh!!silap..Bukan aku sorang tapi bersama 26 lagi kawan2 aku..

Bila baca blog kwn aku sorang ni,baru aku perasan yang aku pun jarang call rumah.Lagi2 masa nak exam ni.Bagi aku kalo xcall untuk beberapa minggu pun,aku rasa dah biasa..Teruk sangatkan aku ni!!Kadang2 aku jeles bila tengok kawan2 mengadu kat mak diorng bila diorng ada masalah.Aku??Memang aku tak biasa wat camtu sebab dari kecik aku dah biasa pendam.Masa aku gembira,memang aku kongsi je ngan sume orang.Tapi bila aku sedih,aku simpan sorang2.

Pernah sekali,aku rasa sedih dan geram sangat..Masa tu aku rasa macam hati dan jantung aku nak meletup je sebab tak tahan sangat.Tapi aku tak pandai nak luahkan.Pernah gak kawan aku ajar untuk luahkan dgn menjerit sepenuh hati.Aku tryla wat,tapi satu bunyi pun tak kuar dari mulut aku.Last sekali,terpaksala aku tahan je walaupun keadaan tu sangat memeritkan bagi aku.

Tak tahulah bila keadaan ni akan berakhir..

Sunday, April 3, 2011

M.O.O.D part 2


hm..
makin nak exam ni makin hilang mood aku nak study..
skang ni banyak dok tgk tv.

owhh..ye.
ni tv zaman dulu kala ye..
bukan peti keselamatan.

HARAP MAKLUM!!

Sunday, March 27, 2011

Deja Vu


Salam sejahtera semua..

Topik yang akan dipersembahkan hari ini adalah berkaitan dengan deja vu..(n_n)
korang penah dengar tak perkataan ni @ korang penah alami sendiri tak????

xpe2..
sebelum aku melangkah lagi jauh,aku nak bagitau dulu definisi deja vu ni kat korang..

Deja vu ni bermaksud peristiwa yang korang sedang alami sekarang ni macam pernah korang alami sebelum ni tapi korang tak pasti.

Tanda2 yang korang rasa masa tu sama ada rasa pelik @ familiarity.Kadang2 korang akan rase tersentak secara tiba-tiba seperti korang pernah berada dalam situasi tersebut sebelum ini.

Pengkaji2 sebelum ni pernah mengaitkan deja vu ni dengan penyakit schizophrenia, anxiety, and dissociative identity disorder. Namun telahan dan idealogy mereka semua tak diterima dan tak berjaya dirungkaikan melalui kajian mereka.

Selain daripada deja vu,ada lagi fenomena lain yang lebih kurang sama dengan deja vu ni..Ia dipanggil:

Jamais vu (sila klik)

dan

Presque vu (sila klik)


okey..
sambung semula topik kita pasal deja vu ni,aku sendiri pun selalu je alami fenomena ni.
Bukan sekali dua je tapi banyak kali.Aku sendiri pun still tak jumpa lagi jawapan..korang rasala kan,camne kita boleh alami deja vu ni???

Kalau dulu,ustaz aku pernah cerita pasal roh2 ni.Dia cakap masa kita tido,roh kita akan keluar dari badan dan berjalan kemana-mana je yang kita nak..mungkin masa kita tengah tido,roh kita dah alami sesuatu peristiwa ni.Bila di alam sebenar,kita ulang semula peristiwa tu menyebabkan kita rasa kita sedang alami deja vu.
hmm..boleh pakai ke theory camni???rasa macam mengarut je plak.

apa2 pun,sesapa yang rasa dia ada theory yang lagi baik dan bagus,sila bagitau aku.Boleh kita share ramai2..(n_n)

p/s:kadang2 bila terbau minyak wangi dan dengar lagu pun boleh mnyebabkan aku rasa macam deja vu..:P


Saturday, March 19, 2011

Bila dah BORING!!!



Ni lah jadinya bila aku boring sangat..Orang lain dok sibuk bending wire untuk ortho,aku plak sibuk dok bending wire wat nama aku sendiri.Hujung minggu camni memang liat sikit nak study..Kalo dah malas namanya,asyik bagi alasan je keje aku ni.Asyik nak lari dari kena study..

Keje aku hari ni je,asyik dok kat ruang tamu tengok tv.Dah abis cite katun aku khatam,aku sambung plak cite hindustan..Abis je cite hindustan,aku sambung tengok korea plak..aduish!!Apala nak jadi ngan aku ni.Asyik dok buang masa je.

Argh!!!Kna study ni..

TOLONG!!!!

Malasnye nak study!!!

Friday, March 18, 2011

penghujungnya??

haish!!

Bila pikir pasal exam yang akan dilalui tak lama lagi memang menakutkan. Lagi2 bila dalam otak ini,satu information pun xmelekat. Ditambahkan lagi dengan keadaan badan yang selalu tak sihat dan nota2 yang makin bertimbun.

Doc pun selalu pesan suruh kitorang jaga kesihatan disebabkan cuaca sekarang yang tak menentu ni.Kadang2 hujan kadang2 panas. Kalo sakit masa exam nanti,memang susah.

Aku harap kita semua (kawan2) dapat menempuhi exam ni dengan sabar dan tabah.

SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA ORANG!!!
dan

SELAMAT BERUSAHA SEMUA!!




Thursday, March 10, 2011

Jaga Mulut

Hm..korang rasa ada tak orang jual insuran untuk mulut??
Kalau adala kan,aku ingat nak beli untuk mulut aku ni.

Manela taukan satu hari nanti ada orang nak cili mulut aku ni,
at least aku dah ada insuran awal2
Takdela sia-sia je mulut aku ni kena cili.

hish!!

Apala yang aku merepek ni.

Tapikan akhir2 ni aku rasa aku dah tak cakap berlapis dah
ikut sedap je nak kuar apa dari mulut aku
sampaikan kawan2 aku dah ramai yang terasa disebabkan percakapan aku yang tak bertapis ni.

Seingat akula dulu2 aku takdela camni (perasan)..hehe
Kat sekolah dulu,aku ni baik je (nerd)..tapi tu bila orang judge melalui muka aku la,
perangai aku yang sebenar manela diorang tau.

aku rasa aku kna ubah semula dari segi percakapan aku ni,
kadang2 kita xboleh jujur sangat,
sebab kebenaran itu adalah pahit.

hmm..

tgh pikir camne nak berubah ni..

DOES ANYONE HAVE ANY SUGGESTION???

Saturday, March 5, 2011

I'm not so complicated..

I'm just a simple girl.Sometimes,i can be a little crazy and sometimes i'm trying to be a mature lady.i have many friends but it is hard for me to choose them to be my bestfriend. It is not i'm too fussy but it is about that i'm really suitable with them or not.I'm not saying that i'm a perfect person.It just about that i don't feel i'm belonging to that group. The way i'm thinking is a bit different from them.Although i was behave like a kid in front of u,but it is only to cover the real feelings of mine.
I can't even show to other people when i'm in stress.Only He knows well about my feelings.I'm totally agree when someone said that silence is golden cause when we are not talking too much,no ones is hurting by our words.The most important part is i love my family so much.My life would be terrible if i'm losing them.

mood: :(

Sunday, February 20, 2011

Masa Itu Emas


Entry aku kali ni adalah berkisarkan tentang masa.Banyak 'input' yang aku dapat dari seorang senior aku berdasarkan tajuk ini.Sebelum ini,aku selalu merasakan yang masa ini mencemburui aku.Sedar tak sedar,dah dekat dengan exam professional dah.Bila kitorang bincang tentang masa ini,baru aku sedar betapa aku dah banyak membuang masa.Tapi aku asyik dok merungut yang aku tak cukup masa.Padahalnya,boleh je plak aku luangkan masa untuk baca komen2 kat facebook aku ini.Yang paling teruk bila aku habiskan masa dengan tengok tv je.Lepas satu cerita habis,aku sambung lagi tengok cerita lain.Pendek kata kalau dok depan tv tu,mmg takkan abis cerita yang aku nak tengok.Tapi nak wat camnelah kan sebab bila aku tengah tensen,memang tvlah pengubat tensen aku tu. Bila dah tengok tv,aku dah tak pikir dah masalah yang aku hadapi tu.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu masa,masa ini memang berharga.Kalau tak,takdelah plak pepatah yang mengatakan 'Masa Itu Emas'..kan2??Kalau korang perasanlah kan,satu2nya harta yang kita ada dan takkan habis kat dunia ini ialah masa,melainkan dah ditakdirkan kita tak hidup lagi kat dunia ini.

Baltasar Gracion juga ada menyatakan:
All that really belongs to us is time,even he who has nothing else has that

Ini menunjukkan orang yang tak punya apa2 kat dunia pun masih memiliki masa.Ia hanya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan masa.Orang yang sentiasa membazirkan masa dia untuk benda yang tak berfaedah sesungguhnya dia adalah orang yang dalam kerugian.MasyaAllah..sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan orang yang rugi ini.

Allah juga ada menyebut dalam Al-Quran:

Demi masa.Sungguh,manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
surah Al-Asr

Bila terbaca ayat2 ini,barulah aku sedar betapa aku banyak menghabiskan masa aku dengan benda2 yang tak berfaedah.Sedangkan di luar sana,ramai yang sedang berjuang dan membuat kebajikan.Namun,apa yang aku dah sumbangkan untuk Islam?

Hari2 aku hanyalah diisi dengan kekeluhan disebabkan penat dengan kelas dan klinik.Padahal,kalau nak dibandingkan dengan orang lain,mereka lagi berhak untuk merungut sedemikian.Aku sangat mengagumi wanita2 di luar sana yang sentiasa setia menjalankan tanggungjawab mereka sebagai isteri,ibu,anak dan pekerja tanpa sedikit pun mengeluh.Malah,mereka berjaya dalam hidup mereka.

It's not so much how busy you are,but why you are busy. The bee is praised. The mosquito is swatted.
-Mary O'Connor-

p/s: harap2 masa aku untuk berblogging ni tak dikira membuang masa lh ye..hehe

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul


Bersempena dengan Maulidur Rasul kali ni,
aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul
kepada seluruh umat Islam tak kira di mana korang berada,

Marilah kita sama-sama mengingati Rasulullah
dengan memperbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.

Antara sedar dan tak sedar,
dah 23 tahun aku hidup di atas muka bumi ni,
dan baru aku perasan betapa aku telah alpa dengan dunia yang serba fana ni,
dan baru aku perasan juga,
betapa banyak sejarah Nabi kita yang aku masih tak tahu dan masih tak terhafal di kepala,
dan sangat memalukan kalau ada yang bertanya tentang sejarah nabi kita
tetapi kita masih bingung untuk memberikan jawapan yang sebetulnya.

Marilah kita sama-sama menghayati sejarah hidup Rasulullah,
mengamalkan sunnah hidup Baginda,
sentiasa mengingati dan menyayangi Baginda,
seperti mana Rasul sayang akan umatnya.

Perbanyakkanlah selawat ke atas Rasul junjungan kita
Muhammad S.A.W...

Saturday, February 12, 2011

sabar dan masih lagi bersabar..

Sabar????

korang tahu ke apa maknanya sabar?mestila tahukan (yang ni pun nak tanya ke??)..Disebabkan korang memang dah 'expert' sangat dengan definisi sabar, jadi aku taknak la bagitahu definisi untuk SABAR. Aku hanya nak kongsi peristiwa2 yang aku perlu bersabar untuk minggu ni..

1- balik dari kampung halaman dengan keadaan jalan yang sangat sesak..lagi2 bila aku pun terlibat sama kena 'drive' kete dan terpaksa bersesak di atas jalan raya selama 16 jam.. "sabar jela"
2- bangun je dari tido, kepala dah pening2 dan mata dah berpinar2..pegi jumpa doc dan xpasal2 kena wat 'blood test'. Jadi, sampai sekarang aku masih bersabar menunggu keputusan untuk ujian darah tu... "sabar jela"
3- tengah beratur tunggu minuman kat food court,blh je pakcik bangla tu wat dono je..padahal,ramai tengah dok tunggu minuman masing2.. "sabar jela"
4- pakcik teksi pun wat hal gak..ada ke dia bawak kitorang ikut jalan yang paling jauh masa nak balik glenview tadi.. "sabar jela"
5- rasanya,part time job aku sekarang ni asyik kena tunggu pesakit je..lagi hampeh bila pesakit yang dinanti2 tu tak muncul pun.. "sabar jela"

p/s: Mungkin Allah nak ajar hambanya untuk lebih bersabar dan sentiasa beristighfar..

Friday, February 4, 2011

tragedi..

"Ya Allah,jauhilah aku dan keluargaku dari segala mala petaka dan musibah"

Benda yang aku tak penah bayangkan,tiba-tiba berlaku di depan mata aku.Saat aku melihat wajah dia,aku sempat pikir adakah ini kali terakhir aku tengok wajah dia.

"Ya Allah,jauhilah dia dari segala musibah."

Hanya ini yang aku sempat berdoa.Aku tak nak apa2 berlaku kat dia.Disaat aku menjerit,airmata sudah tak tertahan di mata aku.Ingin saja aku rembeskan airmata ini tapi bila difikirkan semula,airmata ni xmampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.Aku menjerit kepada akak n adik aku supaya meminta bantuan.Aku dah tak sanggup tengok dia yang makin jauh dari kami.Abang aku pun xmampu untuk berbuat apa disaat kecemasan ni disebabkan dia pun xpandai berenang.Dari jauh aku hanya dengar suara dia yang sayup2 meminta tolong.Abang dan aku hanya mampu memberi arahan supaya dia berenang ke tepi.Disebabkan keadaan ombak yang bergelora,dia sukar untuk berenang.Aku memang kaget sangat.Aku dapat lihat dia mencuba juga untuk melawan arus ombak.Dalam masa yang sama,adik aku pergi mencari bantuan.Ayah n abang ipar aku xtahu apa yang sedang berlaku disebabkan diorang berada jauh dari tempat kitorang mandi.Aku cuba mencari tali namun usaha ku hanyalah sia-sia.Aku cuba melihat kelibat dia yang makin jauh dari kami,namun ombak yang sangat bergelora kadang2 menghalang pandangan ku dan dia hilang disebalik ombak yang tinggi.

Dalam keadaan yang sangat panik, tiba-tiba aku nampak dia mula berjaya melawan ombak dan aku nampak dia mula menghampiri abang aku.Akhirnya, dia berjaya menggapai tangan abang aku.Aku sangat bersyukur kerana Allah masih selamatkan dia dan Allah masih cuba mengembalikan dia kepada kami.

p/s: masih rasa takut bila memikirkan hal ni..huhu

Friday, January 28, 2011

Jakarta......

selamat kembali..hehe

mood menulis sudah datang kembali,

ingin meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati,

bagi mengisi kekosongan di ruangan ini..

waduh2..

xsangka aku pandai berpantun..(perasanla plak)..anyway, entry kali ni berkisar tentang trip aku ke Jakarta. Nak letak gambar pun takde sebab tak bawak camera sendiri.Jadi,aku kenalah tunggu nak amik gambar2 dari akak2 aku yang tersayang.

Memang tak dapat nak dinafikan melancong ni memang best.Lagi2 kalo pegi satu family.yang tak bestnya bila korang busy dengan benda lain..masa aku bercuti kat Jakarta ni, aku memang tengah sibuk dengan preparation for exam.Tapi, faham2 sendirilah kalo terpaksa baca buku sambil bercuti ni..bawak je nota tu ke hulu hilir tapi satu benda pun xmasuk dalam kepala otak aku,lagi2 kalo dok sibuk dgn shopping.klah,tak nak cite pasal exam tp nak cerita pasal pengalaman kat negara orang.

Mula2 aku sampai kat airport Jakarta,aku tak nampak lagi apa2 perbezaan Jakarta dgn Kuala Lumpur..yelah,apa yang aku dengar, Jakarta ni lebih kurang sibuk dan sesak cam KL.Kemudian, bila aku dalam perjalanan ke hotel IBIS,barulah aku nampak rupa sebenar Jakarta.memang jalan dia sesak sangat dgn kereta. Nak dibandingkan dengan KL,memang kita patut bersyukur sebab KL xlah seteruk yang kita sangka.Lagi2 kalo melibatkan struktur dan kebersihan jalan. Lagi teruk bila jalan2 kat sana banyak yang ditenggelami air.masa aku sampai tu baru lepas hujan lebat.satu je yang aku nampak kehebatan orang2 kat sana.cara diorang bawak kereta ni memang lainlah dgn cara kita.diorang takkn tunggu utk masuk line orang lain.diorang terus masuk je.yang hebatnya sebab aku tak nampak satu pun kereta yang tergores kalo nak dibandingkan dgn cara diorang bawak kereta tu sepatutnya dah banyak calar balar kat kereta.

Datang Jakarta ni part yang aku paling suka part shopping. Diorang punya barang2 memang murah lagi2 kalo barangan seperti baju,kasut dan beg.Part makanan tu harganya lebih kurang kat tempat kita je.kadang2 lagi mahal pun ada..yang aku perasan gak,diorang punya fastfood memang ada disediakan nasi tak kiralah Popeye ke,KFC ke..memang akan ada nasi.nasi dia lebih kurang cam pulut.diorang memang suka makan camtu.

diorang punya sistem negara pun lain gak.kita punya identity card memang khas utk sume negeri dalam Malaysia tapi diorang punya identity card berbeza utk setiap negeri.cnthnya kalo korang dok bandung,korang punya identity card tu xsah kat tempat lain dalam Indonesia ni.samalah jugak kalo korang dari bandung dan korang nak bercuti kat Jkarta ataupun tempat lain kat indon ni,korang kena bagitau pegawai daerah kat tempat tersebut.kena bagitaulah berapa hari nak menetap kat situ.kalo taknak bagitau,korang akan ada masa dalam 24 jam je utk menetap kat situ.ni khas utk orang2 indonlah.kita sebagai pelancong ni just ada pasport dah cukup.selain itu, rasuah memang sangat2 berleluasa kat Indon,lagi2 dikalangan polis diorang sendiri.

hmm..banyakla plak dok bercerita..kesimpulannya,memang antara Indon dan Malaysia,banyak perbezaannya.kalo nak dapat banyak pengalaman,memang kena keluar dari negara sendiri.barulah boleh bandingkan negara sendiri. Bila dah pegi ke tempat orang ni,lagi2 negara yang ramai penduduk ni,memang aku rasa bersyukur sangat tinggal kat Malaysia..

klah,nanti aku sambung lagi bila berkesempatan sebab banyak sangat benda nak cite..hehe..gambar pun aku upload kemudian gak..skali ngan sambungan utk entry ni..

chow dulu..

Sunday, January 16, 2011

Perlukan Perubahan

salam..

sejak beberapa hari ni,
aku mcm dah hilang topik n hilang mood nak tulis kt blog ni
disebabkan kesibukan yang melanda.
bila dh cuti ni,
barulah datang semula idea2 nak tulis kt sini.

tadi masa aku pegi hospital,
mcm2 ragam orang aku tengok kt sana.
ada yang dtng nak amik ubat je & ada yang datang nak wat pemeriksaan,
tak kurang jgak yang datang sebab kecemasan.

tengah syok dok tunggu mak sedara n pak sedara aku wat CT scan,
aku dokla sebelah sorang makcik cina ni.
dia datang ngan cucu dia.
tiba2 dia tegur aku dulu.kitorng borak2la..
perbualan kitorang ni berkisar psl kesihatan..
kalo korang perasanla kan,muda2 dah kna penyakit macam2 dah.
makcik tu cakap kt aku,zaman dia dlu2, dah tua brulah dpt penyakit.

hm..kesian kan kita ni.
muda2 dah kna penyakit macam2.
antara faktor perubahan ni xlain dan xbukan adalah disebabkan makanan.
korang bayangkan, setiap kali keluar,
mesti fast food yang jd pilihan.
camnelh xdpt macam2 penyakit.
aku bukan nak ckp psl orang lain tp sbg peringatan utk diri sendiri sbb aku pun lebih kurang cmtulah.
mgkn aku patut ubah cara hidup aku ni..
banyakkan senaman,kurangkan makanan ringan..
klah,malas nk tulis panjang2..

p/s: ajak kawan naik bukit..boleh sama2 bersenam.